Istiadat-istiadat Rasmi

Istiadat Perhimpunan

1. Masuk dalam barisan

2. Melapor kekuatan pasukan

3. Mengibarkan bendera Malaysia, bendera Bulan Sabit Merah dan bendera negeri

4. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

5. Bacaan doa

6. Ucapan pemimpin

7. Bacaan ikrar

8. Keluar baris

Istiadat Penyampaian Lencana

  1. Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.

  2. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu.

  3. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera.

  4. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)

  5. Taklimat Pemeriksa tentang pentingnya lencana diadakan.

  6. Pemeriksa maju ke arah Ahli PBSM.

  7. Ahli PBSM tabik hormat.

  8. Pemeriksa menyematkan lencana.

  9. Pemeriksa bersalam dan ucapan “Syabas”.

  10. Ahli PBSM tabik hormat.

  11. Selesai semua- Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana.

  12. Ahli PBSM balik ke kumpulan masing-masing.

  • Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.

  • Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM.


Istiadat Bendera

Adat Sebelum Naik Bendera:

  1. Menguji tali temali bendera terlebih dahulu sebelum menaikkan bendera BSMM bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus.

  2. Memastikan tali temali dalam keadaan yang baik sebelum bendera dinaikkan.

  3. Ahli yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas dan lengkap dengan Uniform BSMM.

  4. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.

  5. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu.

Adat Selepas Naik Bendera:

  1. Menaik dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan.

  2. Bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu apabila mengibarkan bendera separuh tiang, dan kemudiannya menurunkannya semula keseparuh tiang.

  3. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama adalah untuk menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudiannya menurunkannya terus.

  4. Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang ditentukan supaya tidak dilangkahi.

  5. Bendera BSMM tidak boleh digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.

  6. Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah ditukarkan dengan bendera yang baharu kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat.


Istiadat Meningkat Naik

  • Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan, serta gembira bagi ahli atau para Pegawai Kanak-kanak yang meningkat naik.

  • Ia bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada ahli yang berjaya melepasi ujian untuk meningkat naik.

  • Ia bertujuan untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli lain untuk berusaha.

  • Ia juga dilakukan bagi memberikan sijil penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau amali.

  • Kedudukan: Pek dan Troop berdiri dalam bentuk satu barisan berhadapan antara satu sama lain.

Prosedur:

Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Ketua Komanden mara ke garisan pemisah.

  1. Pemimpin Kumpulan memberi arahan- “Kumpulan Sedia” dan terangkan tujuan istiadat

  2. Penerima meningkat naik, bergerak satu langkah ke hadapan - kanan pusing -bersalam dengan Pek - terus maju ke Ketua Komanden di garisan pemisah (tali).

  3. Ketua Komanden - Pesanan terakhir kepada Penerima Pangkat.

  4. Penerima Pangkat memberi hormat, salam dengan Ketua Komanden dengan menggunakantangan kiri memimpin Penerima Pangkat melangkah tali pemisah.

  5. Penerima Pangkat memberi hormat kepada pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan bersalam.

  6. Pemimpin menyerah Penerima Pangkat kepada Ketua Patrol.

  7. Ketua Patrol membawa Penerima Pangkat ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan.

  8. Selesai semua sekali - Troop memberi sorakan “SELAMAT DATANG”.

  9. Laung Agung bagi PEK yang tinggal.