Pendaftaran Ahli dan Kumpulan

PENDAFTARAN AHLI

Proses pendaftaran ahli

  1. Keahlian persatuan terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, jantina dan fahaman politik. Ahli dan sukarelawan yang berasal daripada pelbagai golongan sepatutnya memberi sumbangan perkhidmatan bagi mencapai hasrat dan dan prinsip persatuan.

  2. Pendaftaran ahli Bulan Sabit Merah Malaysia akan disimpan dalam sistem pangkalan data di Ibu Pejabat Kebangsaan.

  3. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing.

  4. Rekod keahlian boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan jika cawangan tidak mempunyai Unit di bawah pentadbirannya.

Penyelarasan pendaftaran keahlian

  1. Nombor bersiri kad keahlian boleh diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan.

  2. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.

  3. Kad lama perlu digantikan dengan kad baharu melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang.

  4. Borang keahlian harus dilengkapi dengan gambar.

  5. Borang permohonan yang telah diluluskan oleh pihak Cawangan hendaklah diserahkan kepada:

  • Salinan asal diserahkan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan.

  • Salinan kedua disimpan oleh Cawangan.

  • Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit.

  • Kad keahlian kepada ahli biasa atau ahli seumur hidup.

Keahlian Biasa

  • Yuran tahunan adalah sekurang-kurangnya RM2.00.

  • Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.

  • Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang.

Ahli Belia

  • Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi. Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak (Link).

  • Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior).

  • Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD).

Ahli Seumur Hidup

  • Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan.

  • Yuran tahunan adalah sekurang-kurangnya RM1000.00.

Ahli Kehormat Seumur Hidup

  • Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.

  • Tidak melebihi 4 orang setiap tahun.

Pasukan Bantuan Sukarela

  • Yuran tahunan adalah RM2.00.

  • Ahli digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk 5 tahun.

PENDAFTARAN KUMPULAN

Pasukan Kanak-Kanak (LINK)

  • Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan satu pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.

  • Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 15 orang ahli.

  • Pihak sekolah hendaklah menghantar Borang 1, Borang 2, dan Borang 3 kepada Setiausaha Cabang untuk urusan pendaftaran.

  • Cabang hendaklah memajukan permohonan tersebut kepada Setiausaha Cawangan setelah disemak.

  • Cawangan pula hendaklah mengangkat permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Kebangsan (IPK) untuk diluluskan dan didaftarkan jika memenuhi semua syarat.

  • Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan dihantar kepada Cawangan untuk diserahkan kepada Cabang dan Guru Besar sekolah berkenaan.

  • Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan (Borang 3) hendaklah diperbaharui setiap tahun dan dihantar kepada Cawangan bersama dengan yuran tahunan ahli sebanyak RM2.00 seorang.

  • Cawangan hendaklah menghantar satu salinan Borang 3 kepada Cabang bersama bahagian yuran tahunan ahli kepada Cabang sebagaimana yang dipersetujui.

Pasukan Belia

Pasukan Belia Terbuka

  • Pasukan Belia Terbuka boleh ditubuhkan di kawasan-kawasan yang dilulus oleh Cabang sahaja.

  • Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 15 orang ahli.

  • Cabang/ Pegawai Penjaga Belia hendaklah menghantar Borang 1, Borang 2, dan Borang 3 kepada Setiausaha Cabang untuk urusan pendaftaran.

  • Cabang hendaklah memajukan permohonan tersebut kepada Setiausaha Cawangan setelah disemak.

  • Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) dan dihantar kepada Cawangan untuk diserahkan kepada Cabang berkenaan.

  • Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Terbuka (Borang 3) hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan dihantar kepada Cawangan oleh Cabang sebelum bulan Februari bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cawangan sebagaimana yang dipersetujui.

Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam

  • Pasukan Bantuan Sukarela boleh ditubuhkan di kawasan-kawasan yang disyorkan/ ditentukan oleh Cabang.

  • Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 15 orang ahli.

  • Cabang hendaklah menghantar Borang 1, Borang 2, dan Borang 6 kepada Setiausaha Cabang untuk urusan pendaftaran.

  • Cabang hendaklah memajukan permohonan tersebut kepada Setiausaha Cawangan setelah disemak.

  • Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) dan dihantar kepada Cawangan untuk diserahkan kepada Cabang berkenaan.

  • Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Terbuka (Borang 3) hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan dihantar kepada Cawangan oleh Cabang sebelum bulan Februari bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cawangan sebagaimana yang dipersetujui.

  • Cawangan hendaklah menghantar satu salinan Borang 3 kepada Cabang bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cabnag sebagaimana dipersetujui.

Pasukan Bantuan Sukarela Di Institut Pendidikan Tinggi

  • Pasukan Bantuan Sukarela di Institut Pengajian Tinggi boleh didaftarkan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf.

  • Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 15 orang ahli.

  • Cabang hendaklah menghantar Borang 1, Borang 2, dan Borang 3 kepada Setiausaha Cabang untuk urusan pendaftaran.

  • Cabang hendaklah memajukan permohonan tersebut kepada Setiausaha Cawangan setelah disemak.

  • Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) dan dihantar kepada Cawangan untuk diserahkan kepada Cabang berkenaan.

  • Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Terbuka (Borang 3) hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan dihantar kepada Cawangan oleh Cabang sebelum bulan Februari bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cawangan sebagaimana yang dipersetujui.

  • Cawangan hendaklah menghantar satu salinan Borang 3 kepada Cabang bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cabang sebagaimana dipersetujui.