Sejarah Pengasas

Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dari keluarga yang kaya dan kuat beragama. Beliau aktif dalam pelbagai pergerakan kebajikan dan keagamaan. Pada 25 Jun 1859, Henry Dunant dalam perjalanan menguruskan perniagaan telah bertembung dengan pertempuran antara tentera Perancis dan Itali dengan tentera Austria. Selepas berlangsung 16 jam, peperangan ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 40000 tentera yang cedera dan terkorban. Beliau menyaksikan ramai mangsa perperangan yang mati dan sakit. Perkara ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan. Beliau bersama penduduk tempatan memberi pertolongan kepada tentera yang cedera. Beliau telah menggunakan kempen dan slogan “Tutti fratelli” yang bermaksud kitakan bersaudara untuk meminta pertolongan daripada penduduk tempatan.

Sekembali dari kota Solferino, Henry Dunant membentuk dua gagasan. Gagasan yang pertama adalah untuk membentuk organisasi Kemanusiaan Antarabangsa yang dapat membantu tentera yang cedera dalam peperangan. Gagasan yang kedua adalah untuk mengadakan perjanjian antarabangsa yang melindungi askar atau tentera yang cedera ketika di medan perang serta melindungi para ahli sukarelawan yang memberi bantuan ketika perang. Dengan itu, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang. Tajuk buku tersebut ialah “A Memory of Solferino”. Pada tahun 1862, buku ini telah diterbit dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.

Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merha Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Pada 30 Oktober 1910, beliau meninggal dunia.

Cepat klik sini untuk bermula kuiz anda!

Selamat Menjawab!