STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT KEBANGSAAN

CARTA ORGANISASI BSMM

SENAT BSMM

MAJLIS KEBANGSAAN

  • Merupakan badan yang membuat polisi dan dasar BSMM

  • Mesyuarat:

  • Sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun

  • Memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum

Ia dianggotai oleh:

  • Pengerusi Kebangsaan

  • Timbalan Pengerusi Kebangsaan

  • 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan

  • Bendahari Kehormat Kebangsaan

  • 8 orang ahli yang dipilih

  • 2 orang wakil setiap Cawangan

  • Wakil-wakil agensi kerajaan

  • Kementerian

  • Setiausaha Agung

LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN

  • Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan

  • Pengurusan seharian mengenai persatuan

  • Mesyuarat:sekurang-kurangnya 2 bulan sekali

Tugas

  • Melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan

  • Menjalankan aktiviti seharian

Dianggotai oleh:

  • Pengerusi Kebangsaan

  • Timbalan Pengerusi Kebangsaan

  • 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan

  • Bendahari Kehormat Kebangsaan

  • 8 orang ahli yang dipilih

  • 5 orang wakil zon

  • Setiausaha Agung

PENGERUSI KEBANGSAAN

Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan PENGERUSI BSMM yang terkini

JAWATANKUASA KEBANGSAAN

  1. Belia

  2. Kewangan

  3. Kutipan Derma

  4. Latihan

  5. Pembangunan Organisasi

  6. Pentadbiran & Perjawatan

  7. Perhubungan Antarabangsa

  8. Perkhidmatan Ambulan & Pengurusan Bencana

  9. Perkhidmatan Masyarakat

  10. Program Darah/HIV-AIDS & Penyalahgunaan Dadah

  11. Lembaga Tender

  12. Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

  13. Pengurusan

STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH

STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT SEKOLAH

FUNGSI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI

  1. Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.

  2. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.

  3. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka.

  4. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan.

NAIB PENGERUSI

  1. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

  2. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.

  3. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

SETIAUSAHA

  1. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.

  2. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang.

BENDAHARI

  1. Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.

  2. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit.

  3. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang.