LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MINGGU 1

Perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah Minggu 1 ditelah dilaksanakan pada:

  • TARIKH: 8 Ogos 2022

  • HARI: Isnin

  • MASA: 5 Petang sehingga 7 Petang

  • PENSYARAH: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

  • SISWA GURU TERLIBAT: W12

  • JUMLAH SISWA GURU TERLIBAT:18 Orang siswa guru

LAPORAN:

  • Encik Krishna memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai BSMM seperti Logo, Lambang, Lagu, Ikrar, dan Prinsip-Prinsip BSMM. Kemudian, Siswa dan siswi guru diberi pendedahan video nyanyian lagu BSMM. Selepas itu, Encik Krishna memberi penerangan tentang Sejarah penubuhan Bulan Sabit Merah dan pengasasnya.

REFLEKSI

  • Cikgu Syaza dan siswa guru unit W12 yang lain telah mengetahui secara mendalam mengenai Bulan Sabit Merah di Malaysia. Sebaik sahaja, perjumpaan berakhir, siswa siswi guru mula untuk menghafal lagu, ikrar, cogan kata Bulan Sabit Merah Malaysia dan sebagainya.

Gambar diatas menunjukkan En Krishna selaku Pensyarah subjek MPU 3053 memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai Bulan Sabit Merah Malaysia seperti Logo, Lambang, Lagu, Ikrar, Sejarah dan Prinsip- Prinsip BSMM

LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MINGGU 2

Perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah Minggu 2 telah dilaksanakan pada:

  • TARIKH: 18 Ogos 2022

  • HARI: Khamis

  • MASA: 8 pagi sehingga 10 pagi

  • PENSYARAH: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

  • SISWA GURU TERLIBAT: W12

  • JUMLAH SISWA GURU TERLIBAT:18 Orang siswa guru

LAPORAN:

  • En Krishna memberi taklimat tentang pembahagian tugas tajuk yang terdapat dalam Rancangan Maklumat Kursus (RMK). Selepas itu, siswa siswi guru berbincang untuk membentuk 4 kumpulan yang akan digunakan dalam sesi pembentangan, latihan kawad, ikatan, simpulan dan sebagainya. Setelah perbincangan tamat, kumpulan diberi nama Alfa, Beta dan Gamma dan Charlie. Kemudian, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu Nawal Syahirah telah membahagikan tajuk mengenai Asas Pertolongan Cemas

REFLEKSI

  • Selepas 4 kumpulan telah dibentuk segala aktiviti seperti kawad kaki, aktiviti melakukan ikatan dan simpulan serta membina gajet akan mengikut kumpulan masing-masing. Nilai kerjasama diterapkan dlam setiap ahli kumpulan semasa setiap aktiviti kokurikulum dilaksanakan.

Gambar di atas menunjukkan En Krishna memberi taklimat mengenai BSMM dan pembahagian tajuk yang terdapat dalam RMK