LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MINGGU 5

Perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Minggu 5 ditelah dilaksanakan pada:

  • TARIKH: 8 September 2022

  • HARI: Khamis

  • MASA: 8 Pagi sehingga 10 Pagi

  • PENSYARAH: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

  • SISWA GURU TERLIBAT: W12

  • JUMLAH SISWA GURU TERLIBAT:18 Orang siswa guru

LAPORAN:

  • Perhimpunan Unit Beruniform Siswa Siswi Guru dijalankan seperti minggu sebelumnya. Selepas perhimpunan tamat, siswa siswi guru menjalankan aktiviti membina gajet. Sehari sebelum perjumpaan badan unit beruniform dijalankan, siswa siswi guru unit W12 telah masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu yang dijadikan sebagai bahan membina gajet. Semua kumpulan telah diberikan tugas untuk membina gajet. Sebagai contohnya, Kumpulan 1 Alfa ditugaskan untuk memberi rak kasut, Kumpulan 2 Beta membina ampaian, Kumpulan 3 Gamma membina tempat gantung air dan Kumpulan 4 Charlie membina tiang bendera.

REFLEKSI:

  • Siswa siswi guru berpengalaman untuk membina gajet dengan menggunakan ikatan yang telah mereka belajar pada minggu lepas. Aktiviti ini adalah sebagai persediaan perkhemahan pada 20 sehingga 23 September 2022.

RAK KASUT

GAJET KUMPULAN ALFA

AMPAIAN

GAJET KUMPULAN BETA

TEMPAT GANTUNG AIR

GAJET KUMPULAN GAMMA

TIANG BENDERA

GAJET KUMPULAN CHARLIE

Gambar diatas menunjukkan siswa guru W12 dan cikgu Syaza sedang membina gajet