LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MINGGU 3

Perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah Minggu 3 ditelah dilaksanakan pada:

  • TARIKH: 25 Ogos 2022

  • HARI: Khamis

  • MASA: 8 Pagi sehingga 10 Pagi

  • PENSYARAH: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

  • SISWA GURU TERLIBAT: W12

  • JUMLAH SISWA GURU TERLIBAT:18 Orang siswa guru

LAPORAN:

  • Siswa guru diminta untuk duduk bersama ahli kumpulan. Selepas itu, Encik Krishna memberi pendedahan dan penerangan kepada siswa guru mengenai kain anduh dan ikatan buku sila. Encik Krishna menunjukkan tutorial ikatan buku sila kepada siswa guru dan fungsinya. Encik Krishna juga mengaplikasikan ikatan buku sila dalam ikatan kain anduh kepada siswa guru. Kemudian, siswa siswi guru mengaplikasikan ikatan tersebut pada kain anduh dan membuat tutorial ikatan buku sila. Dalam waktu yang sama, Encik Krishna juga memberi pendedahan kepada siswa guru cara menggunakan kain anduh pada pesakit yang patah tangan

REFLEKSI

  • Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, siswa siswi guru mendapat maklumat dan info tentang Bulan Sabit Merah Malaysia. Siswa siswi guru dapat membina satu kemahiran dalam ikatan kain anduh dan ikatan buku sila serta cara untuk menjaga dan melipat kain anduh. Pendedahan sebegini akan digunakan pada kehidupan realiti siswa siswi guru.

Gambar diatas menunjukkan Encik Krishna memberi pendedahan tentang BSMM

Gambar diatas menunjukkan siswa guru duduk dalam kumpulan dan mendengar teliti penerangan tentang BSMM

Gambar diatas menunjukkan En Krishna memberi pendedahan dan peenrangan tentang kain anduh dan ikatan buku sila

Gambar diatas menunjukkan ahli kumpulan 2 iaitu terdiri daripada cikgu Syaza sendiri sedang mengaplikasikan ikatan buku sila pada kain anduh

VIDEO TUTORIAL IKATAN BUKU SILA PADA KAIN ANDUH

VIDEO TUTORIAL IKATAN KAIN ADUH PADA PESAKIT OLEH

EN KRISHNA

HASIL KERJA SISWA SISWI GURU W12

Gambar diatas menunjukkan hasil kerja Cikgu Syaza

LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MINGGU 4

Perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah Minggu 4 ditelah dilaksanakan pada:

  • TARIKH: 1 September 2022

  • HARI: Khamis

  • MASA: 8 Pagi sehingga 10 Pagi

  • PENSYARAH: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

  • SISWA GURU TERLIBAT: W12

  • JUMLAH SISWA GURU TERLIBAT:18 Orang siswa guru

LAPORAN:

  • Perhimpunan antara siswa siswi guru W dijalankan seperti biasa sebelum unit w dipecahkan mengikut unit masing masing. Perhimpunan pagi dimulakan dengan asas kawad kaki yang diketuai oleh Muhammad Aqil Sallehudin wakil siswa guru W13. Seterusnya siswa guru menyanyikan lagu negaraku dan negeri Perak. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan dan negeri siswa siswi unit w diminta untuk keluar baris dan melakukan aktiviti mengikut kelas masing-masing . Selepas perhimpunan berakhir, siswa siswi guru unit W12 diminta untuk berlatih kawad kaki mengikut 4 kumpulan yang telah dibahagikan pada minggu pertama. Selepas 1 jam siswa guru w12 berlatih kawad kaki, Encik Krishna memberi pendedahan balutan dengan menggunakan kain anduh pada kepala. Sebelum berakhir sesi perjumpaan, seorang AJK Ikatan iaitu Ahmad Iqbal Fikri Bin Khainuri menunjukkan demonstrasi cara ikatan buku sila, simpul manuk, dan tindih kasih.

REFLEKSI:

  • Siswa siswi guru unit W12 dapat maklumat baru tentang ikatan-ikatan yang boleh digunakan dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat melahirkan siswa sisiwi guru yang berkemahiran sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Gambar diatas menunjukkan siswa guru unit W12 mendengar taklimat mengenai aktiviti pada hari tersebut

Gambar diatas menunjukkan Encik Krishna menunjuk tutorial ikatan kain anduh di kepala, dan hasil kerja siswa guru unit W12

VIDEO JENIS-JENIS IKATAN YANG DILAKUKAN OLEH AJK IKATAN