KHEMAH

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

JENIS-KENIS KHEMAH

Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar. Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkankesesuaiannya.

STRUKTUR KHEMAH

Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.

Khemah Struktur A

  • Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah bersegi tiga.

  • Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

Khemah Hoop

  • Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.

  • Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luasdengan permukaan yang sama.

  • Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

Khemah Rabung

  • Mempunyai dua batang tiang dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung

  • Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.

  • Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakanuntuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuaca yang elok.

Khemah Dinding

  • Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai dinding dan bumbung.

  • Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka masanya pendek.

  • Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

Khemah Satu Tiang

  • Ringan dan senang didirikan

  • Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.

  • Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

KAWAD KAKI

KAWAD KAKI ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak.

Objektif Kawad Kaki:

  1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taatsetia.

  2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.

  3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

  4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada setiap masa.

  5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.

ARAHAN KAWAD KAKI

IKATAN DAN SIMPULAN

Ikatan & Simpulan juga perlu dipelajari oleh anggota-anggota BSMM. Selain daripada mempelajari kaedah ikatan bagi kain anduh, jenis-jenis ikatan asas lain juga perlu diketahui terutamanya apabila melibatkan latihan perkhemahan dan ikhtiar hidup atau operasi menyelamat. Siswa siswi guru dinasihatkan menyediakan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 utas tali yang sesuai dengan panjangnya kira-kira 1 depa sebelum melayari laman ini.

IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh; menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

GAJET

Maksud Gajet

Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.

Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.


Tujuan Gajet

  1. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.

  2. Melindungi makanan dari tercemar

  3. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.

  4. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.

  5. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan

  6. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.

  7. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.