VIDEO LOGO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

LOGO/LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatar belakang putih seperti mana bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera di mana perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka

November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Kovensyen Geneva bahawa Lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya, dan mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka

Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan banyak penduduk muslim

Sebanyak 29 buah negara menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva

Negara yang menandatangani konvensyen ini mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya dipamerkan di atas kenderaan,kapal terbang, kapal laut, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang

Persatuan Kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah mengikut ACT 162, Malaysia Red Cross Society (Change of name) ACT 1975

KEGUNAAN LAMBANG

  • Perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan

  • Untuk pengenalan iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

  1. Bulan Sabit Merah- berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pda tahun 1929

  2. Lambang ini digunkaan oleh pasukan penyelaras dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan

COGAN KATA