Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif percukaian dan fasilitasi perdagangan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan Industri. Salah satu insentif dan fasilitasi perdagangan yang melibatkan perundangan yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah pengecualian duti / cukai yang diberikan oleh Y.B. Menteri Kewangan di bawah seksyen 14(2) Akta Kastam 1967, seksyen 11(2) Akta Eksais 1976 dan seksyen 35(3) Akta Cukai Jualan 2018.
Pengecualian duti / cukai yang diberikan adalah bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran barangan siap dan kos operasi syarikat agar dapat berdaya saing di pasaran tempatan dan peringkat antarabangsa.
Terdapat beberapa agensi yang memberi pengecualian duti/ cukai di bawah insentif dan fasilitasi ini seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan lain-lain agensi yang diberi kuasa.