SYARAT PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE ATAS MESIN/ PERALATAN DI BAWAH BUTIRAN 112 PDK(P) 2017
SYARAT PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE ATAS MESIN/ PERALATAN DI BAWAH BUTIRAN 112 PDK(P) 2017
SYARAT-SYARAT PENGECUALIAN DUTI IMPORT KE ATAS MESIN / PERALATAN
DI BAWAH BUTIRAN 112 PERINTAH DUTI KASTAM (PENGECUALIAN) 2017
1. Syarikat tuan hendaklah menuntut pengecualian ini semasa peralatan atau mesin berkenaan diimport / dilepaskan dari kawalan kastam dengan mengemukakan salinan asal surat pengesahan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Surat Kebenaran daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
2. Semua invois dan bill of lading / airway bill bagi pengimportan peralatan atau mesin berkenaan hendaklah atas nama syarikat yang diberi pengecualian.
3. Tiap-tiap pengimportan itu hendaklah diikrarkan di dalam Borang Kastam No. 1 atau No. 9 bersama sijil pengecualian dan diserahkan di stesen kastam di mana peralatan atau mesin akan diimport. Pada tiap-tiap borang kastam tersebut hendaklah diikrarkan seperti berikut:
4. Bagi pengikraran secara elektronik, tiap-tiap pengimportan hendaklah diikrar menggunakan jenis transaksi “X-Import With Exemption” dengan memasukkan Butiran 112/113 PDK(P) 2017 dan nombor rujukan surat kebenaran menuntut pengecualian pada boring ikrar import.
"Saya dengan ini mengesahkan bahawa barang yang diperihalkan di atas adalah diimport oleh (Nama dan alamat orang atau badan bagi siapa pengecualian yang dituntut) dan pengecualian daripada duti import adalah dituntut di bawah Butiran ........ Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 tertakluk kepada syarat yang dinyatakan di dalamnya.”
Tandatangan : ................................
Nama : ................................
No. Kad Pengenalan : ................................
Jawatan/Pangkat : ................................
Tarikh : ................................
5. Bagi tujuan pelupusan, pemindahan, penjualan, pengeksportan dan derma ke atas peralatan atau mesin yang telah diluluskan pengecualian duti import, syarikat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia tertakluk kepada syarat seperti berikut:-
a. bagi peralatan atau mesin yang belum mencapai usia 10 tahun dari tarikh kelulusan pengecualian:-
i. syarikat hendaklah menjelaskan segala duti import terlebih dahulu berdasarkan diskripsi barangan dan kadar duti import sebagaimana Perintah Duti Kastam semasa. Walau bagaimanapun, syarikat adalah dikecualikan dari membayar duti import berkenaan sekiranya peralatan atau mesin berkenaan dieksport semula;dan
ii. bagi peralatan atau mesin berkenaan hendak dijual sebagai sisa / hampas (scraps), ia hendaklah menepati takrif hampas mengikut Perintah Duti Kastam dan syarikat hendaklah membayar duti import berdasarkan kepada kadar duti import di bawah kod tarif hampas berkenaan (jika ada).
b. bagi mesin dan peralatan yang telah mencapai jangka hayat ekonomik iaitu 10 tahun atau lebih, syarikat adalah dikecualikan daripada duti import terlibat di mana syarikat tidak perlu membayar balik duti import yang dikecualikan sebelum ini.
6. Mesin dan peralatan tidak boleh dikeluarkan daripada premis lokasi yang telah diluluskan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam.
7. Syarikat hendaklah menyimpan satu senarai (inventory) bagi mesin / peralatan yang berkenaan. Senarai (inventory) tersebut hendaklah mengandungi butir-butir berikut :
a. Nama mesin dan peralatan
b. Make, Brand, Serial No. dan Model No.
c. Harga C.I.F. / pembelian bagi mesin / peralatan (matawang Malaysia)
d. Tarikh mesin dan peralatan diimport dan no.daftar Borang K1 / K9
e. Kuantiti mesin dan peralatan
8. Syarikat hendaklah menyediakan penyata setiap kali pengimportan mesin dan peralatan seperti mana format yang telah dipersetujui bersama secara bertulis oleh Pegawai Kanan Kastam dan syarikat dan hendaklah ditandatangani serta disahkan oleh Akauntan Syarikat atau pegawai yang diberikan kuasa oleh syarikat. Ia hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam yang mengawal dalam tempoh masa satu (1) bulan dari tarikh pengimportan / pembelian.
9. Syarikat hendaklah memberitahu Pegawai Kanan Kastam yang menjaga Stesen Kastam di mana mesin / peralatan ditempatkan dalam tempoh 14 hari selepas berlakunya salah satu perkara berikut :
a. Sesuatu ketetapan diluluskan untuk penggulungan syarikat;
b. Sesuatu perintah dibuat untuk penggulungan syarikat;
c. Perlantikan pelikwidasi (liquidator) atau penerima (receiver) dibuat; dan
d. Pegawai, pengarah syarikat / syarikat terlibat dalam apa-apa kes tuntutan sivil, muflis, pemberhentian, penutupan dan sebagainya.
10. Pengecualian ini boleh dimansuhkan / ditarik balik oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi apa-apa sebab. Jika duti import berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti import yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa sebulan dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.
11. Sekiranya syarikat didapati tidak mematuhi syarat-syarat pengecualian, duti import akan dikenakan semula mengikut Seksyen 15 Akta Kastam 1967. Nilai dan kadar duti import yang berkuatkuasa semasa pengimportan akan dikenakan seolah-olah tiada pengecualian diberi.
12. Kelulusan ini juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa di Malaysia.