PENGESAHAN AGIHAN KUANTITI
PENGESAHAN AGIHAN KUANTITI
Tekan icon hantar diatas untuk hantar permohonan
MUAT TURUN BORANG
Permohonan ini hanya terpakai bagi syarikat yang telah mendapat kelulusan pengecualian duti import/cukai jualan bagi bahan mentah daripada MIDA sahaja. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;
Surat Kelulusan Pengecualian Perbendaharaan (MIDA sahaja)
Borang TE01 - Pengesahan Agihan Kuantiti
Nota Penting :
Syarikat perlu memberikan salinan asal kepada setiap stesen import yang dimohon, oleh itu syarikat perlu mengisi dan membawa jumlah salinan yang mencukupi untuk diserahkan kepada setiap stesen import (sila sediakan satu salinan untuk simpanan kastam dan satu salinan untuk simpanan syarikat)
Syarikat dinasihatkan untuk menghubungi pegawai kastam yang bertanggungjawab sebelum hadir ke pejabat kastam untuk mendapatkan pengesahan pegawai kanan.
Permohonan ini hanya terpakai jika syarikat telah mendapat kelulusan agihan kuantiti kali pertama dan berhasrat untuk menukar atau menambah stesen import yang baru sahaja.
Surat Iringan daripada Syarikat (Menggunakan Letterhead rasmi)
Surat Kelulusan Pengecualian Perbendaharaan (MIDA sahaja)
Borang TE01 - Pengesahan Agihan Kuantiti yang telah diluluskan
Borang TE03 - Pertukaran Stesen import yang lengkap diisi
Nota Penting :
Syarikat perlu serahkan surat kelulusan pertukaran stesen import kepada semua stesen import yang terlibat sebelum proses pengimportan dibuat.