Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital.
Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy dengan sokongan FWD Takaful.
Sebuah siri webcast yang bertujuan membina generasi celik kewangan.
Antara topik-topik yang akan kita pelajari melalui siri ini: Duit, Bajet, Macamana nak lindungi duit kita dan paling penting sekali.. Macamana nak Dapatkan Duit?
Nantikan hanya di www.fundfor.life bermula 11.11.2020.
Cubalah kuiz Fun(d) For Life dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai!
Sertai pengembaraan Pak Pandir dan keluarga dalam mengharungi masalah kekangan kewangan di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Bantu mereka membuat keputusan yang terbaik dalam menguruskan kewangan sekeluarga!
Kekurangan pengetahuan am tentang pengurusan kewangan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk menghadapi cabaran hidup yang tidak dijangka.
1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang rendah terhadap pengetahuan kewangan mereka sendiri?
1 daripada 10 rakyat Malaysia percaya bahawa mereka tidak berdisiplin dalam menguruskan kewangan mereka.
Hanya 17% rakyat Malaysia mempunyai insurans hayat dan perlindungan takaful.
Di Fun(d) for Life, kami percaya dengan kata-kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Kem Fun(d) for Life adalah kem 3 hari yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia secara percuma!
Kem ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada pengurusan kewangan dan konsep perlindungan takaful melalui simulasi interaktif dan juga pembinaan aplikasi digital atapun penceritaan berimpak!
Di akhir kem, murid mendapat peluang untuk berkongsi idea serta inovasi mereka dalam membantu diri, keluarga dan komuniti menguruskan wang dengan baik dan mendapatkan perlindungan kewangan yang sepatutnya.
Program Fun(d) For Life di Perlis dijalankan pada 25 hingga 27 September 2019. Diikuti dengan Karnival Kewangan Perlis pada 28 dan 29 September 2019.
Program Fun(d) For Life yang kedua dijalankan di Sri Rampai pada 26hb - 28hb November 2019. Program ini disertai oleh 40 pelajar daripada 3 sekolah yang berbeza.
Aktiviti pengurusan kewangan dan pendedahan kepada perlindungan takaful dalam talian sesuai untuk murid, guru dan ibu bapa!
Pelbagai jenis aktiviti seperti permainan, simulasi dan kuiz akan disediakan untuk membantu murid mendapatkan kemahiran pengurusan kewangan diri dan juga pendedahan kepada perlindungan takaful.
Pelan pengajaran khas untuk guru akan disediakan bagi membantu dan membimbing guru memperkenalkan konsep literasi kewangan dan perlindungan takaful di dalam bilik darjah.
Kami percaya kemahiran pengurusan wang bermula di rumah. Dengan itu, kami sediakan cadangan aktiviti untuk ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menguruskan wang dengan baik.