Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Kem 3-hari Fun(d) for Life menggabungkan aktiviti interaktif seperti simulasi kewangan dan juga pembinaan aplikasi digital. Kem ini bertujuan untuk memberikan murid sebuah pengalaman sebenar dalam pengurusan kewangan, membina kesedaran takaful dan berfikiran kristis dan kreatif dalam membina sebuah penyelesaian menggunakan kemahiran digital. Berikut adalah sesi-sesi utama dalam kem 3-hari ini!
Pengetahuan
Membina pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada konsep pengurusan wang dan takaful.
Permainan
Simulasi kewangan yang berkonsepkan permainan berperanan (roleplaying game).
Aplikasi
Design Sprint dan pembinaan aplikasi digital untuk membantu masyarakat menguruskan kewangan dan mendapatkan perlindungan takaful.
Pembentangan
Membina keyakinan diri murid dalam sesi pembentangan hasil aplikasi digital.
Antara hasil pembelajaran dalam Kem Fun(d) for Life adalah untuk membina kreativiti murid untuk mereka bentuk dan mengaturcara sebuah aplikasi digital. Antara pernyataan masalah yang diberikan kepada murid adalah:
Bagaimanakah kita boleh membantu masyarakat menguruskan kewangan dan juga memastikan peruntukkan diberikan untuk perlindungan di waktu-waktu kecemasan?
Bagaimanakah kita boleh membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful dengan mudah?
Bagaiamanakah kita boleh membina kesedaran tentang perlindungan takaful?
Berkut adalah antara hasil kerja murid dari kem-kem yang telah dijalankan:
Aplikasi ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pakej takaful yang berada di pasaran. Aplikasi ini mempunyai fitur menarik seperti laman infomasi, kuiz interaktif dan juga pautan kepada pakej takaful yang sesuai untuk anda.
Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan proses pembelian takaful dengan mempamerkan maklumat penting. Pengguna boleh menggunakan fitur map agent untuk mencari agen takaful terdekat dengan anda dan juga pakej-pakej takaful yang sesuai.
Aplikasi ini bertujuan untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perlindungan takaful melalui permainan interaktif yang dibina. Pengguna boleh menyelesaikan teka-teki jigsaw dan pencarian kata-kata yang mencabar minda!
Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi yang mencabar pengetahuan anda tentang perlindungan takaful. Aplikasi ini bertujuan untuk mengajar pengguna tentang takaful melalui kuiz-kuiz yang disediakan sebelum mereka memilih pakej yang sesuai.