SELAMAT DATANG
KE LAMAN WEB
HJ. YUNUS BIN SALEH BIN MUSTAFA AL-KELANTANI
( حج يونس بن صالح بن مصطفى الكلنتاني )
[Laman Web ini telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Rabu 2 September 2020, bersamaan 14 Muharram 1442, jam 1.30 t/hari.]
[Laman Web ini telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Rabu 2 September 2020, bersamaan 14 Muharram 1442, jam 1.30 t/hari.]
Laman Web ini saya bangunkan sebagai wadah untuk mengabadikan sedikit sebanyak sejarah dan kerjaya Tuan Guru Hj. Yunus bin Saleh Kelantani (TGHYK) (circa 1882-1947).
Objektifnya agar perjuangan TGHYK dalam menyalakan obor pendidikan Islam, yang dimulakan kira-kira 100 tahun dulu dan kemudiannya disambungkan lagi oleh anak-anak dan cucu-cucunya tidak dilupakan saja, terutama oleh golongan yang merupakan zuriat kepada TGHYK.
SEDIKIT MAKLUMAT:
(1) "Saya" di Laman Web ini ialah WebMaster, iaitu Cikgu Abdul Hadi Ismail.
(2) Panggilan "Abang, Wa, Pak Long/Mak Long", dll. di Laman Web ini adalah berdasarkan panggilan saya kepada mereka masing-masing.