PERATURAN KOLEJ
Tertakluk kepada tuntutan agama, Undang-undang Malaysia, Akta 174, Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib) 1976, disenaraikan ‘Peraturan Kolej Kediaman UiTM Cawangan Terengganu’ adalah seperti berikut :-
Bilik Kediaman
Bilik tidur bersih dan kemas.
Tilam bercadar dan bantal bersarung.
Cermin tingkap/jenang pintu tidak berhabuk dan bersawang.
Meja tulis sentiasa kemas dan teratur.
Pakaian disimpan dalam almari.
Kasut/selipar disusun rapi di rak kasut.
Dilarang menggantung pakaian.
Perabot tidak dialih kedudukan/diubahsuai.
Dilarang keras memasak makanan di dalam bilik.
Suis dimatikan sebelum meninggalkan bilik.
Tidak dibenarkan menampal poster.
Semua kerosakan mesti dilaporkan.
Penggunaan ‘heater’ / ‘coil’ dan ‘hot stove’ serta dan periuk nasi automatik adalah dilarang.
PERATURAN AM
Waktu melawat pelajar adalah :
Ahad – Khamis : 4.30 petang – 7.00 malam
Jumaat – Sabtu / Hari Cuti Am : 8.00 pagi – 7.00 malam
Pelawat tidak dibenarkan memasuki bilik pelajar.
Kad pelajar sentiasa dipakai/dipamerkan.
Mesti berada di kolej sebelum jam 11.00 malam.
Bermain mercun / bunga api tidak dibenarkan.
Wajib menyertai / mengikuti aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.
Berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik dan air.
Aktiviti-aktiviti berikut adalah dilarang :
Berjudi.
Penyalahgunaan dadah.
Meminum minuman keras.
Mencuri dan menceroboh kawasan larangan.
Memiliki/membawa senjata merbahaya.
Memiliki bahan lucah.
Memiliki alat pengintipan.
Berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang mencurigakan.
PERATURAN KOLEJ SECARA TERPERINCI
Peraturan Kolej Kediaman ini dibuat agar lebih memenuhi tuntutan penghayatan nilai agama, pengembangan suasana ilmu, peningkatan mutu, penglibatan dan keterampilan pelajar secara bersepadu dalam mengisi tuntutan pembelajaran dan pendidikan. Tertakluk kepada tuntutan agama, Undang-Undang Malaysia, Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, disenaraikan ‘Peraturan Kolej Kediaman’ UiTMT seperti berikut :
Umum
Pelajar adalah dilarang berdua-duaan (berkenderaan atau tidak) dengan teman lelaki / teman wanita di kawasan kolej pada bila-bila masa dan atas tujuan apa sekali pun. Segala urusan perlu diselesaikan di luar kawasan kolej.
Dilarang memasak makanan di dalam bilik.
Dilarang memiliki, membawa, berada dalam kawalan dan menghisap rokok, dadah, pil khayal / pil estacy dan minuman keras.
Dilarang bermain terup dan judi.
Dilarang memiliki senjata yang merbahaya seperti pisau, parang dan pedang. Selain untuk kegunaan seharian juga dilarang.
Dilarang membuat bising seperti membunyikan radio dengan kuat, menjerit, memekik, berbual dengan kuat atau apa-apa cara sekali pun yang boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman penghuni kolej.
Pelajar hendaklah menginap di bilik yang diperuntukkan padanya. Seseorang pelajar tidak dibenarkan menukar bilik sesuka hati tanpa memohon dan mendapatkan kelulusan bertulis dari Unit Pengurusan Kolej & NR.
Kad matrik hendaklah sentiasa dipakai dan dipamerkan semasa berada di sekitar kolej atau sekitar kampus.
Pelajar-pelajar hendaklah berada di kolej sebelum jam 11.00 malam.
Semua pelajar yang mendaftar untuk tinggal di kolej dikehendaki menandatangani borang perjanjian surat persetujuan mematuhi peraturan kolej dan jika didapati melanggarnya akan dikenakan tindakan tatatertib.
Semua pelajar adalah tertakluk kepada Peraturan Akta 174, Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Kebersihan dan kekemasan bilik dan kawasan
Bilik mestilah dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
Tilam mestilah bercadar dan bantal bersarung.
Tidak dibenarkan menconteng, menampal dan memaku di dinding.
Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.
Kasut hendaklah sentiasa disusun rapi.
Meja tulis hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.
Dilarang membuang sampah sarap melalui tingkap dan kaki lima kolej.
Penggunaan alat-alat elektrik
Peralatan elektrik yang dibenarkan ialah cerek elektrik automatik, seterika, pengering rambut, radio kurang dari 20 watts, pembakar ubat nyamuk elektrik, pengecas telefon bimbit, komputer peribadi, pengecas bateri biasa dan ’extension wire’ untuk komputer peribadi. Pastikan kos pendaftaran semua peralatan elektrik peribadi yang telah diluluskan penggunaannya dibayar di Pejabat Bendahari dan dimaklumkan ke Unit Pengurusan Kolej dan NR.
Pastikan kipas angin, lampu dan alat- alat elektrik dipadamkan sebelum meninggalkan bilik. Dilarang mengubahsuai peralatan dan pendawaian letrik.
‘Heater’ atau ‘coil’ atau ‘hot stove’ dan periuk nasi automatik DILARANG digunakan di kolej.
Mewujudkan pancaran gelombang radio haram adalah diharamkan.
Tanggungjawab terhadap harta benda
Laporkan kerosakan peralatan kolej segera ke Unit Pengurusan Kolej & NR.
Tidak dibenarkan mengalihkan kedudukan perabot.
Pelajar dikehendaki membayar kos mengganti/membaiki alat-alat perabot yang dirosakkan.
Pelajar yang hendak meninggalkan universiti, sila pastikan peralatan kolej berada dalam keadaan baik dan bersih.