JAWATANKUASA PERWAKILAN NON RESIDENT (JPNR)
Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (JPNR) adalah selaras dengan amalan sedia ada di kolej-kolej kediaman di mana satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi mewakili pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus supaya pihak pengurusan mendapat maklumbalas dari pelajar perwakilan ini.
Disamping itu, fungsi jawatankuasa ini adalah menerima penurunan kuasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memimpin segala aktiviti pelajar yang dijalankan dengan pemantauan Timbalan Rektor HEP (TRHEP) Kampus Cawangan dan Staf Residen Non Resident (SRK NR).
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JPK)
JPK merupakan sebuah badan perwakilan pelajar yang dipilih di kalangan penghuni kolej. Pelantikan JPK dibuat oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar setelah mengambil kira ulasan dan cadangan pihak pengurusan kolej.
JPK memainkan peranan yang penting dalam perhubungan di antara penghuni kolej, Pengurusan HEP dan masyarakat kampus. JPK juga bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan aktiviti kolej dengan kerjasama warga kolej dan pihak-pihak yang berkaitan.
Empat (4) skop aktiviti utama yang dilaksanakan merangkumi aktiviti akademik, kerohanian, pembangunan diri & kecergasan / kesukanan seperti forum, ceramah, kursus, aktiviti sukan & rekreasi, khidmat masyarakat, keagamaan dan kebudayaan.