STAF RESIDEN KOLEJ (SRK)
Tugas dan tanggungjawab seseorang Staf Residen Kolej meliputi dua bidang yang khusus iaitu pentadbiran dan pembangunan pelajar.
A. SKOP TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab sebagai Staf Residen Kolej Bahagian Hal Ehwal Pelajar , UiTM untuk urusan sahsiah, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman / di luar kampus (NR).
B. TUGAS UTAMA SRK
Membantu melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar yang dijalankan oleh Kolej Kediaman / Unit Pengurusan Non Residen (UPNR)
Mengawasi dan memantau sahsiah pelajar berdasarkan AKTA 174
Membimbing dan menasihat dalam perancangan program pembangunan pelajar di peringkat kolej kediaman / UPNR
Sebagai ahli jawatankuasa mesyuarat Tabung Amanah Kolej (TAK) / Tabung Amanah UPNR
Sebagai Pegawai Pengiring dalam mana – mana lawatan / program pembangunan pelajar berperingkat BHEP dan Kolej / UPNR
Mengadakan perjumpaan SRK bersama pelajar di kolej sekurang – kurangnya sekali dalam satu semester
Membantu perihal kebajikan pelajar seperti menghantar pelajar mendapatkan rawatan khidmat nasihat dan seumpamanya
Membuat pemeriksaan mengejut ke bilik / kediaman pelajar berdasarkan laporan yang diterima terhadap kes-kes tertentu
Sebagai ahli jawatankuasa tatatertib kolej
Terlibat di dalam pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Terlibat dan menghadirkan diri di dalam mana – mana program yang dianjurkan oleh BHEP
STAF RESIDEN NON RESIDEN (SRNR)
A. SKOP TANGGUNGJAWAB
Bertangunggjawab sebagai Staf Non Residen Hal Ehwal Pelajar, UiTM untuk urusan sahsiah, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus (NR)
B. TUGAS UTAMA SRNR
Membuat lawatan sosial ke rumah pelajar NR secara berkala berdasarkan jadual bertugas SRNR.
Menghadirkan diri pada setiap program pembangunan pelajar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Non Residen
Menjadi penasihat kepada biro – biro JPNR
Bertanggungjawab membantu menyediakan kertas kerja program pembangunan pelajar di peringkat NR
Membantu pelajar dalam urusan mendapatkan wang pendahuluan bagi program pembagunan pelajar di peringkat NR
Memastikan segala urusan pelarasan dan tuntutan perbelanjaan program pembagunan pelajar mengikut peruntukan kolej / UPNR
Memastikan setiap laporan program pembangunan pelajar disediakan dan disemak sebelum dihantar ke BHEP
Membuat rodaan di sekitar kawasan kolej kediaman / zon perumahan pelajar NR sewaktu bertugas
Membantu urusan pengesahan dokumen pelajar (Pegawai A) sekiranya diperlukan oleh pelajar dan juga BHEP
Mengadakan perjumpaan SRNR bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba, Jabatan Agama Islam dan Jabatan kesihatan Daerah (JKD) sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester
Membantu perihal kebajikan pelajar seperti menghantar pelajar mendapatkan rawatan, khidmat nasihat dan seumpamanya
Terlibat dalam pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (NR)