SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR
Di dalam bilik kolej kediaman
Berpakaian yang sesuai dan sopan supaya tidak menyinggung perasaan dan pandangan pelajar lain.
Menutup aurat digalakkan.
Berbelah kiri / kanan yang boleh menimbulkan keghairahan.
Di Medan Selera
Sentiasa memakai baju labuh, longgar, tidak jarang dan berlengan panjang.
Pemakaian kain / seluar panjang hendaklah mengikut Peraturan Sahsiah Rupadiri.
Tidak dibenarkan berseluar pendek dan berkain sarung.
Dilarang berpakaian :
Mempunyai perkataan yang membawa pengertian liar.
Skirt singkat, jarang dan berbelah.
Berseluar pendek, t-shirt berlengan pendek, bertampal, koyak, jarang, ketat.
Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian sopan sebaik sahaja keluar dari bilik penginapan masing-masing, walaupun untuk ke bilik mandi. Semua kawasan di kolej ini adalah dianggap kawasan awam kecuali bilik penginapan.
Sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi khusus untuk masyarakat Melayu dan Bumiputera seperti UiTM ini, haruslah sedar pentingnya kita membina dan mempertahankan budaya asli kita. Oleh itu, pelajar-pelajar dinasihati tidak meniru cara penampilan diri mengikut budaya asing yang boleh merosakkan imej dan akhlak bangsa sendiri. Di antara contoh-contoh yang dapat dinyatakan ialah seperti mewarna rambut hingga perang, memakai anting-anting lebih daripada biasa, berpakaian ketat, pendek dan jarang.