STAF RESIDEN KOLEJ (SRK)
Setiap kolej terdapat SRK yang dilantik oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.
Semua program / aktiviti yang dirancangkan diperingkat kolej adalah di bawah kelolaan dan pengawasan SRK kolej terbabit.
Disamping berperanan sebagai Penasihat Program anjuran kolej, pegawai ini juga bertanggungjawab untuk membantu melaporkan kes pelajar sakit di kolej untuk bantuan seterusnya.
Selain dari itu, sebagai SRK, mereka juga bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan bagi mengawal disiplin yang termaktub dalam AKTA 174.