Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah tunjang kepada sistem pendidikan Malaysia. Ianya terhasil dari revolusi dan pembaharuan berterusan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia semenjak dari zaman kolonialisme British sehingga sekarang. Dalam pelaksanaan FPK, pembangunan potensi para pelajar menjadi keutamaan dalam membangunkan modal insan yang pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, setiap aktiviti pendidikan perlu dipastikan untuk mempunyai unsur-unsur utama FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Pendidikan memainkan peranan yang tersendiri dalam pembangunan kualiti kehidupan demi mengejar tamadun dunia kini. Dalam kehidupan bermasyarakat, aspek pendidikan yang berteraskan amalan nilai murni dapat melahirkan masyarakat yang beretika dan berbudi pekerti tinggi. sehubungan dengan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dibentuk supaya menjadi asas kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk menyokong usaha pembangunan insan dalam mendidik rakyat secara seimbang dan holistik. Semua institusi pendidikan perlu melaksanakan segala aspek berkaitan pendidikan berdasarkan FPK. Hal ini adalah untuk memastikan semua dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kita akan berada dalam landasan yang sama seperti yang ditetapkan di dalam FPK.
PENGARUH FPK TERHADAP PEMBENTUKAN KURIKULUM