Kurikulum = Curriculum ( Inggeris)
= Curir/Curere (Latin)
= Larian/laluan: ini kerana kurikulum dikaitkan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba akan mengawal dan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Laluan digunakan dalam konteks pendidikan sebagai suatu jurusan/program/aliran pengajian yang diikuti atau ruang tempat dimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
= Dalam Bahasa Arab kurikulum disebut minhaj/manhaj yang berasal dari anhaja yang bermaksud jurusan,bidang atau fakulti.
Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan murid dari segi JERIS.
Kelly, dalam The Curriculum Theory and Practice, mengatakan bahwa proses perkembangan kurikulum menggunakan pendekatan ideologi yang memfokuskan tentang pendidikan, masyarakat, pengetahuan manusia dan sikap kemanusiaan. Selain itu, Kelly juga menyatakan bahawa kurikulum mestilah berkembang dengan adanya sifat kemanusiaan. Perubahan dan inovasi kurikulum juga mestilah berdasarkan politik negara.
Kurikulum adalah sebuah rancangan atau sebuah sistem yang tersusun secara beralur dari sebuah pembelajaran, dengan mempertimbangkan segala hal baik dari proses pembelajaran serta mengenai perkembangan individu.
Semua kegiatan pembelajaran formal dan terancang yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah
(The curriculum consists of)..... all of the learning of students which is planned by a directed by the school to attain its educational goal.
Unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengaiar kumpulan murid tertentu.
Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang mempunyai nilai untuk diwariskan kepada generasi yang seterusnya.