Kurikulum Kebangsaan telah menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara kita. Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan ini, pihak sekolah akan membentuk kurikulum sekolah dimana segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Sekolah meliputi bahagian Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, kurikulum sekolah juga meliputi bahagian kegiatan pendidikan luar bilik darjah iaitu kokurikulum seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Melalui RPT dan RPH, setiap guru di sekolah boleh merangka sesi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi kesemua aspek yang dituntut dalam FPK demi memastikan murid-murid menerima pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu.
Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:
1) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – merujuk kepada pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.
2) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.
3) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) - merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.
Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi yang telah sempurna dibentuk oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum ini diangkat sebagai kurikulum rasmi negara Malaysia setelah diterima dan dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)