Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia. Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan.
Malaysia mempunyai 13 bahagian negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. Demografi dan kependudukan juga mempunyai ciri-ciri khas dengan penduduk Melayu di luar bandar, Cina di bandar-bandar, India di ladang-ladang dan pribumi lainnya di kawasan pedalaman. Di dalam Malaysia sendiri ada negeri yang dikategorikan maju dan kaya dan ada juga negeri yang kurang sumber pendapatannya. Ada negeri yang mempunyai perbandaran yang meluas dan pesat. Ada juga negeri yang kawasan pedalamannya terlalu luas. Perbezaan seperti in membentuk jurang yang luas jika dibiarkan setiap negeri yang mentadbir dan mengurus pendidikan dan kurikulumnya sendiri. Kurikulum kebangsaan dapat memberikan keadilan kepada semua.
Pendidikan berkualili untuk semua. Dengan itu Keseragaman dari segi kurikulum yang meliputi kandungan (mata pelajaran), pentaksiran, buku teks, bahan & kaedah pengajaran dan kuantiti, kualiti guru adalah penting. Tambahan pula penduduk yang mobile kerana tugas yang memerlukan mereka bergerak merentas negeri menyebabkan keseragaman kurikulum adalah penting. Sebagai contoh murid-murid yang berpindah sekolah dari Sabah ke negeri Perlis tidak menghadapi masalah untuk meneruskan pendidikan.
Pembangunan dan perkembangan pendidikan memerlukan perancangan yang sistematik bagi memastikan keberkesanannya. Perancangan berlaku pada peringkat penyemakan, penggubalan, rekabentuk, penyebaran, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan in memerlukan kepakaran sumber tenaga dan kos. Oleh yang demikian, kurikulum kebangsaan memudahkan perancangan dilaksanakan dengan berkesan
Pengurusan secara atas ke bawah (Top -> Down) adalah yang paling mudah, cepat, berkesan dan kos yang rendah. Walaupun perkara sebegini menimbulkan karenah birokrasi namun kurikulum kebangsaan memudahkan pengurusannya yang berkesan.
Kurikulum kebangsaan membolehkan pemantauan dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian dilakukan secara menyeluruh. Jemaah Naziran, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum memainkan peranan bagi memastikan pemantauan kurikulum dilaksanakan sepenuhnya bag memastikan matlamatnya tercapai.
Sektor pendidikan memerlukan pembiayaan yang tinggi untuk urusan perancangan, pelaksanaan dan penilaian kurikulumnya. Hal in melibatkan peruntukan untuk pembangunan prasarana, kemudahan alatan pembelajaran, sumber tenaga dan aspek sokongan yang lain. Oleh itu pengendalian kurikulum kebangsaan membolehkan agihan peruntukan dilakukan secara yang adil kepada semua sekolah di Malaysia.