MAKLUMAT UMUM
LAMAN RASMI POLITEKNIK UNGKU OMAR
MAKLUMAT UMUM
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit yang dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti, merancang, melaksanakan dan menilai pengambilan dan pengurusan latihan staf akademik dan sokongan dengan efektif. Di samping itu, ULPL juga menguruskan program Penswastaan Sektor Masa (TSP) bagi agensi-agensi luar. ULPL terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pembangunan Kompetensi Staf
b) Bahagian Pembelajaran Sepanjang Hayat
BAHAGIAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Program Jangka Pendek ialah program yang jangka masanya kurang dari 3 bulan dan dilaksanakan di antara politeknik dengan pihak luar mengikut struktur/modul yang ditetapkan oleh politeknik dalam memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat. Kursus ini terbuka kepada semua golongan peserta.
Program Terlanggan ialah program yang dilaksanakan mengikut keperluan dan permintaan agensi swasta, pihak industri dan badan-badan kerajaan. Modul bagi program jenis ini dibentuk secara ‘customised’ mengikut keperluan dan permintaan sesuatu agensi, syarikat, atau industri itu sendiri. Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah politeknik dan peserta pula adalah dari kalangan kakitangan pihak yang memerlukan latihan berkenaan. Kemudahan seperti peralatan asas, kelas, makmal dan bengkel akan disediakan oleh politeknik.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI STAF
Bahagian Pembangunan Kompetensi Staf berfungsi bagi membantu mengenalpasti, merancang, menyelaras, dan melaksanakan latihan-latihan yang diperlukan oleh kakitangan politeknik. Latihan yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada peningkatan kemahiran semata-mata malah latihan-latihan berbentuk peningkatan kendiri seperti kursus jati diri, komunikasi, integriti, kepimpinan, dan lain-lain turut direncanakan setiap tahun.
FASILITI ULPL
Sewaan Fasiliti secara Pakej (Penginapan Anjung Premier, Asrama, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah, Dewan, Makmal)
Tempahan boleh dilakukan melalui pautan dibawah atau klik-->
GARISPANDUAN
Semua permohonan adalah melalui pautan dibawah. Setiap calon hanya perlu memilih sekurang-kurangnya dua (2) bidang sahaja. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan di tandatangani oleh pegawai. Semua permohonan lengkap beserta salinan Senarai Tugas / Job Description yang telah disahkan hendaklah sampai di ULPL selewat-lewatnya pada 13 Januari 2026 untuk tindakan pengesahan dan tandatangan Pengarah.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK) sedang melaksanakan penilaian MYDH Profile 360 bagi tahun 2025. Penilaian ini melibatkan semua Pengarah Bahagian, Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai calon. Untuk makluman, MYDH Profile 360 merupakan instrumen yang dibangunkan bagi tujuan mengukur, menganalisis, dan mengklasifikasikan kumpulan bakat (talent pool) pengurusan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Sehubungan dengan itu, pelaksanaan penilaian ini ditetapkan bermula pada 18 Disember 2025 (Khamis) sehingga 9 Januari 2026 (Jumaat). Oleh yang demikian, bersama ini, disertakan surat pemakluman untuk perhatian dan tindakan semua warga PUO.
eSIS : https://esis.gov.my/esis2/loginutamaesis.jsp
Kepada Semua warga PUO, mohon beri perhatian kepada perkara berikut:
a. Semua penilaian MYDH Profil adalah melalui sistem eSIS masing-masing.
b. Log in eSIS-->klik MYDH Profile 360
c. klik KLIK UNTUK MEMILIH PEGAWAI YANG DINILAI-->klik Pengarah Institusi
d. Buat Penilaian LPI dan Penilaian BIG 5 untuk Pengarah Institusi
e. Klik SIMPAN/KEMASKINI
f. Selesai
Kepada semua PPPT, setelah selesai perkara 3, mohon untuk membuat penilaian BIG 5 untuk diri sendiri, dengan cara berikut:
a. Menu utama eSIS--> klik klik MYDH Profile 360
b. Klik PENILAIAN BIG 5 DIRI SENDIRI untuk menilai diri sendiri.
c. Baca Arahan yang tertera. Ambil maklum bahawa Penilaian ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 minit sebaik sahaja dimulakan.
d. Jawab semua penilaian-->klik SIMPAN/KEMASKINI
e. Selesai.
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Instruktional dan Pembelajaran Digital (BIPD), JPPKK telah melancarkan platform Pembelajaran AWS Training Provider (ATP) yang boleh diakses melalui pautan https://atppolycc.cidos.edu.my
Bagi menggalakkan penyertaan kursus ATP di kalangan pensyarah dan kakitangan POLYCC khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Pengkomputeran Awan adalah selari dengan agenda pendigitalan pendidikan politeknik dan kolej komuniti : POLI DIGITAL (2023-2027).
Kursus ini diambilkira dalam pengiraan bilangan hari berkursus dengan jumlah kumulatif 6 jam adalah bersamaan dengan 1 hari berkursus selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 (2025) Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam). Pengiraan ini terpakai bagi mana-mana kursus yang dihadiri bagi tahun 2025-2026 sahaja.