Lodge Anjung Premier merupakan satu kemudahan penginapan untuk latihan yang kondusif di kampus Politeknik Ungku Omar. Anjung Premier menyediakan 12 bilik VIP dan 2 bilik VVIP yang berhawa dingin dan selesa dilengkapi dengan set katil queen (bilik VIP) dan katil king (bilik VVIP), peti ais mini, penghawa dingin, pancuran air panas, serta set televisyen 32 inci yang dilengkapi dengan sistem njoi. Semua bilik penginapan di Anjung Premier mempunyai ciri keselamatan dimana semua bilik dilengkapi dengan Door Access Control.
Door Access Control adalah sistem untuk mengawal akses ke ruangan dengan meletakkan sistem kontrol di pintu. Ciri ciri keselamatan ini adalah perlu memandangkan lodge Politeknik Ungku Omar sering digunakan bagi penginapan peserta kursus PSH dan dengan adanya Door Access Control ini, dapat memberikan kepuasan pelanggan serta memberikan imej yang baik.
Penginapan Kamsis merupakan asrama pelajar yang telah dinaiktaraf. Bilik tamu ini telah diubahsuai dari 2 bilik pelajar digabungkan dan diletak tandas diantara dua bilik tersebut. Setiap bilik boleh memuatkan 2 pelajar, maksima 4 pelajar sama jantina pada satu-satu masa.
Maklumat berkenaan fasiliti adalah seperti berikut:
a. Jumlah bilik tamu ini adalah sebanyak 10 bilik.
b. Kemudahan: Katil Single lengkap dengan tilam dan bantal, almari pakaian, kipas, penghawa dingin dan water heater.
Selain itu, institusi ini menyediakan pelbagai kemudahan kursus yang lengkap dan moden untuk memastikan penganjuran program dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Antara kemudahan yang disediakan termasuk bilik seminar, bilik mesyuarat, dan dewan kuliah, yang masing-masing direka khas untuk menampung pelbagai jenis aktiviti seperti sesi pembelajaran, bengkel, dan mesyuarat.
Setiap kemudahan ini dilengkapi dengan peralatan terkini seperti projektor LCD yang membolehkan persembahan visual yang jelas dan berkesan, serta skrin LCD yang memastikan paparan berkualiti tinggi untuk para peserta. Selain itu, TV LCD juga disediakan bagi tujuan tayangan video atau sesi latihan yang memerlukan visual tambahan. Untuk meningkatkan kualiti interaksi dan perbincangan, sistem persidangan (conference system) turut disediakan, lengkap dengan mikrofon dan pembesar suara bagi memudahkan komunikasi antara peserta dan penceramah.
Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, penganjur kursus dapat memastikan bahawa semua keperluan teknikal dan logistik dipenuhi, seterusnya memberikan pengalaman pembelajaran yang optimum kepada para peserta. Kemudahan ini juga diselenggara secara berkala untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik dan bersedia digunakan pada bila-bila masa.
A. Lokasi : Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Kapasiti: 12 - 15 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja mesyuarat
b. Skrin projektor
c. LCD projektor
d. Speaker system
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Diantara Dewan Kuliah Awam dan Dewan Kuliah Mekanikal
Kapasiti: 40 orang
Kemudahan:
a. Kerusi bankuet dan meja bulat
b. Meja bankuet
c. Kerusi dan meja rehat (1 meja 4 kerusi)
c. LCD dan skrin projektor
tambahan:
Bilik makan didalam bilik kaca
Kapasiti: 15 orang
Kemudahan:
a. Kerusi bankuet
b. Meja bankuet
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Bangunan Pentadbiran Aras 2
Kapasiti: 40 - 50 orang mengikut susunan meja bankuet
Kemudahan:
a. Kerusi bankuet dan meja bankuet
b. Internet
c. Smart TV
d. Rostrum
e. Skrin projektor
f. LCD projektor perlu dibawa sendiri
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Bangunan Pentadbiran, Aras 3
i. Kapasiti: 30 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja pelajar
b. Skrin projektor
c. LCD projektor
ii. Kapasiti : 20 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja komputer
b. Komputer
b. Skrin projektor
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Bangunan Pentadbiran, Aras 3
Kapasiti: 30 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja pelajar
b. Skrin projektor
c. LCD projektor
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Bangunan Unit Teknologi Maklumat, Aras 3
Kapasiti: 40 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja pelajar
b. Berkarpet
c. Skrin projektor
d. LCD projektor
e. Smart TV
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Blok D, Kamsis Lama PUO
Kapasiti: 30 orang
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja pelajar
b. Skrin projektor
c. LCD projektor
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.
A. Lokasi : Diantara Dewan Kuliah Awam dan Dewan Kuliah Mekanikal (Atas bilik makan ULPL)
Kapasiti: 20 pelajar
Kemudahan:
a. Kerusi dan meja pelajar
b. Skrin projektor
c. LCD projektor
Untuk tempahan sila klik butang dibawah. Terhad untuk warga PUO sahaja.