a. Bahagian Penswastaan Sektor Masa (TSP)
Bahagian Penswastaan Sektor Masa (TSP) merupakan unit yang bertanggungjawab menguruskan kursus luaran kepada agensi swasta, pihak industri, badan-badan kerajaan dan orang ramai perlaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Politeknik Ungku Omar.
Bahagian Penswastaan Sektor Masa (TSP) yang dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar (PUO) terdiri daripada:
Program Jangka Pendek ialah program yang jangka masanya kurang dari 3 bulan dan dilaksanakan di antara politeknik dengan pihak luar mengikut struktur/modul yang ditetapkan oleh politeknik dalam memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat. Kursus ini terbuka kepada semua golongan peserta.
Program Terlanggan ialah program yang dilaksanakan mengikut keperluan dan permintaan agensi swasta, pihak industri dan badan-badan kerajaan. Modul bagi program jenis ini dibentuk secara ‘customised’ mengikut keperluan dan permintaan sesuatu agensi, syarikat, atau industri itu sendiri. Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah politeknik dan peserta pula adalah dari kalangan kakitangan pihak yang memerlukan latihan berkenaan. Kemudahan seperti peralatan asas, kelas, makmal dan bengkel akan disediakan oleh politeknik.
b. Sewaan Fasiliti secara Pakej (Penginapan Anjung Premier, Asrama, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah, Dewan, Makmal)
c. Perkhidmatan Konsultansi bagi Centre of Technology (COT)
i. Perkapalan
ii. Penyaman Udara dan Penyejukbekuan
KURSUS GOOGLE APPS
KURSUS ADOBE PHOTOSHOP
KURSUS KENALI GEOMATIK
KURSUS PENDAWAIAN DOMESTIK
KURSUS SISTEM PAIP DOMESTIK
KURSUS BERSAMA MTA, BHIC