Bahagian Pembangunan Kompetensi Staf berfungsi bagi membantu mengenalpasti, merancang, menyelaras, dan melaksanakan latihan-latihan yang diperlukan oleh kakitangan politeknik. Latihan yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada peningkatan kemahiran semata-mata malah latihan-latihan berbentuk peningkatan kendiri seperti kursus jati diri, komunikasi, integriti, kepimpinan, dan lain-lain turut direncanakan setiap tahun.
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan latihan iaitu kursus dalaman, kursus luaran dan menyenggara data berkaitan latihan staf. Ini bagi memastikan semua aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut perancangan, bermula dari staf tersebut dilantik, ditempatkan, sehingga pemberian latihan dilakukan sama ada dari segi latihan dalaman, luaran, formal, tidak formal serta memastikan setiap staf yang dikenalpasti mengikuti program peningkatan kemahiran yang diperlukan.
Di samping itu juga Bahagian Pembangunan Kompetensi Staf juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan pensyarah ke Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) yang ingin meningkatkan kemahiran dan kompetensi masing-masing. Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmu teori tetapi juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi di sektor industri di samping memberi pendedahan kepada budaya kerja dalam pelbagai sektor di industri.
LATIHAN adalah proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.
Terdapat 3 jenis program latihan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 iaitu:
a. LATIHAN
Definisi: Aktiviti latihan yang dijalankan secara bersemuka dan berterusan anjuran jabatan, bahagian atau agensi luar didalam dan diluar negara.
b. SESI PEMBELAJARAN
Definisi: Aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam, anjuran jabatan, bahagian dan agensi luar; dan jumlah hari yang boleh diambil kira terhad kepada 5 hari (30 jam) sahaja setahun.
c. PEMBELAJARAN KENDIRI
Definisi: Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri; dan terhad maksimum 3 hari setahun, iaitu bersamaan dengan 3 pembentangan setahun.
Merupakan kursus yang telah dirancang berdasarkan Training Need Analysis (TNA). Need analysis dilaksanakan bagi merancang program latihan dan pembangunan yang bersesuaian dan dikendalikan bagi pembangunan kompetensi staf di Politeknik Ungku Omar.
Merupakan kursus yang dilaksanakan oleh ajensi kerajaan dan swasta dimana staf dibenarkan untuk memohon secara atas talian atau dipanggil untuk berkursus.
Antara kursus yang boleh dimohon secara online adalah:
a. INTAN : https://www.dtims.intan.my/
b. INTAN EXECUTIVE SEMINAR SERIES: https://www.iemg.intan.my/
c. INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA : https://espl.ipn.gov.my/ipnweb/page/home.asp
d. INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA: https://sso.instun.gov.my/oxauth/login.htm
Walauagaimanapun, kebenaran berkursus adalah tertakluk kepada kelulusan Pengarah dan tuntutan berdasarkan kewangan semasa institusi.
PEMBELAJARAN KENDIRI Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri; dan terhad maksimum 3 hari setahun, iaitu bersamaan dengan 3 pembentangan setahun.
Kursus-kursus percuma yang dilaksana secara atas talian juga boleh diikuti melalui laman berikut:
a. e-latih:https://elatih.hrdcorp.gov.my/courses
b. epsa: https://www.epsa.gov.my/course/
c. MY5G ERICSSON PIONEER PROGRAM: https://www.ericsson.com/en/about-us/company-facts/ericsson-worldwide/malaysia/my5g-ericsson-educate
d. Program AI Untuk Rakyat: https://ai.gov.my/#/home
Bagi staf yang selesai menamatkan kursus, satu salinan esijil kursus perlu dimuatnaik melalui pautan berikut: https://bit.ly/jurnalpembelajarankendiriPUO untuk pihak ULPL mengemaskini ke dalam eSIS masing-masing.
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER
JABATAN PENGAJIAN AM
JABATAN PERDAGANGAN
UNIT SOKONGAN