Analisa Keperluan Latihan atau Training Needs Analysis sangat penting untuk menjimatkan masa, peruntukan, dan menepati inspirasi pihak pengurusan. Ianya satu proses bagi melaksanakan latihan dengan lebih berjaya, mendapat komitmen dari staf dan mengikut bajet latihan yang telah ditetapkan.
Rajah dibawah menunjukkan proses analisa keperluan latihan yang terdiri daripada elemen permasalahan, tiga jenis analisis yang terlibat dalam analisa keperluan latihan dan hasil setelah analisis dijalankan. Pemasalahan merujuk kepada punca atau sebab yang membuatkan organisasi melaksanakan program latihan dan pembangunan. Setelah itu, pihak pengurusan akan menjalankan analisis dan dari hasil analisis tersebut pihak pengurusan akan merancang program latihan dan pembangunan yang bersesuaian dengan organisasinya dengan merujuk outcome dari analisis tersebut.
Kepentingan analisa keperluan latihan
Mengenalpasti jurang pengetahuan atau kemahiran pekerja.
Memanfaatkan sumber program latihan dan pembangunan secara keseluruhan.
Mengelakkan pembaziran wang dan masa untuk membiayai program latihan dan pembangunan yang tidak relevan dengan organisasi.
Membantu dalam proses pembuatan keputusan bagi mengutamakan keperluan program latihan.
Mengkaji impak program latihan yang telah dilaksanakan kepada pekerja dan prestasi organisasi.
Catatan:
1. Paparan kursus adalah berdasarkan TNA 2024 bagi skor ability sama atau kurang daripada 3.
2. Tarikh yang dipaparkan merupakan anggaran tarikh perancangan. Sila rujuk memo melalui iPUO masing-masing untuk tarikh pelaksanaan yang sebenar.
3. Bagi kursus Kemahiran Jabatan, sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Penyelaras Latihan Staf Jabatan masing-masing untuk maklumat lanjut.