HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU
IKRAR INTEGRITI
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Bahawasanya kami, majikan dan pekerja Malaysia dengan rasa tanggungjawab dan penuh integriti berikrar menjadikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sebagai teras budaya kerja berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan KKP
Memimpin melalui teladan dengan memastikan setiap tindakan kami mencerminkan komitmen terhadap pelaksanaan KKP di tempat kerja
Mengangkat martabat KKP sebagai keutamaan dalam setiap aktiviti kerja
Memastikan tempat kerja sentiasa selamat, sihat dan kondusif demi kelestarian generasi kini dan hadapan
Mengamalakn budaya KKP saling menjaga dan mengingatkan demi kesejahteraan bersama di tempat kerja
#SayaJanjiSelamatSihat