SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 21 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
Penekanan tentang teknik pengendalian darah yang betul telah diberikan bagi mengurangkan risiko Needle Stick Injury (NSI) di kalangan Pegawai Perubatan Siswazah.
PENDAFTARAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 21 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW dan sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko.
SEMINAR KESEDARAN PENYAKIT PEKERJAAN PERINGKAT HRPZ II 2026
Bahan bengkel: https://linktr.ee/penyakitpekerjaan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Penyakit Pekerjaan pada 10 Jun 2026. Seramai 130 orang kakitangan telah menghadiri seminar tersebut. Antara tajuk yang disampaikan adalah:
Penyakit Berjangkit Bawaan Darah di Hospital
Penceramah: Dr Amalina binti Ramli (Pakar Perubatan)
Kesihatan Pendengaran (NIHL): Kesan Bunyi Bising Daripada Mesin/ Persekitaran Hospital
Penceramah: Ms. Nurul Syuhadah binti Hasny (Pakar ORL)
Penyakit Muskuloskeletal (MSD): Memahami Sakit Belakang dan Kecederaan Otot
Penceramah: Mr. Norisyam bin Yusoff (Pakar Ortopedik)
Penyakit Kulit Pekerjaan
Penceramah: Dr Siti Aribah binti Alias (Pakar Dermatologi)
Perbezaan Burnout dan Depresi
Penceramah: Dr Nik Haslimatum binti Nik Hassan (Pegawai Perubatan Pakar Prawarta Psikiatri)
Kesejahteraan Minda: Teknik Intervensi Awal Stres di Tempat Kerja
Penceramah: En. Zulkarnain bin Idris (Pegawai Psikologi dan Kaunseling), Hospital Sultan Ismail Petra
KURSUS SAFETY ENVIRONMENTAL TRAINING (SET) BIL.1/2026
Bahan bengkel: https://mylink.la/ukkp_hrpz2
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (JPKK) telah berjaya menganjurkan Kursus Safety Environmental Training (SET) Siri 1/2026 secara maya melalui platform Google Meet.
Kursus ini merangkumi beberapa topik penting yang disampaikan melalui sesi ceramah, antaranya:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bencana dan Insiden Kecemasan
Keselamatan Radiasi
Keselamatan Bahan Kimia
Keselamatan ICT
Keselamatan Perlindungan (Security)
Keselamatan Kebakaran
Keselamatan Sitotoksik
Pengurusan Sisa Klinikal
Antara objektif kursus ini adalah:
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan warga HRPZ II mengenai risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja secara umum dan di hospital secara khusus.
Memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan terhadap bahaya, bencana, dan insiden yang boleh berlaku di tempat kerja dan hospital.
Memberikan penekanan kepada tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku bahaya, bencana, atau insiden di tempat kerja dan hospital.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT HOSPITAL PASIR MAS TAHUN 2026
Bahan bengkel: https://linktr.ee/HIRARC_HPM2026
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dijemput untuk menjayakan Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Hospital Pasir Mas (HPM) pada 3 dan 4 Jun 2026. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Permai, Hospital Pasir Mas, dengan penyertaan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan unit.
Program ini merupakan inisiatif UKKP HPM dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan risiko dalam proses kerja di hospital.
Tiga pegawai perubatan daripada UKKP HRPZ II turut dijemput sebagai penceramah dan fasilitator, iaitu:
YBrs Dr Izzul Ikhwan bin Che Arifin
YBrs Dr Eileen Farhana binti Shair
YBrs Dr Zulzaire bin Zulkefli
Pelaksanaan bengkel ini telah memberikan pelbagai impak positif, antaranya:
Peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
Pengurangan potensi insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui penilaian serta kawalan risiko yang lebih terancang.
Pemupukan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.
Pengukuhan kolaborasi antara UKKP HTA dan UKKP HRPZ II dalam membangunkan budaya pencegahan risiko yang mampan di tempat kerja.
PENUTUP PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Program Penutup Trim & Fit telah diadakan pada 21 Mei 2026 di Parkir Tingkat 4A (ACC), HRPZ II.
Acara dimulakan dengan Zumba Dance Workout oleh ZIN Khai selama satu jam setengah. Kemudian, ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hasmawati binti Mohamad.
Program diteruskan dengan majlis penyampaian sijil penyertaan dan pengumuman pemenang bagi peserta yang dapat menurunkan peratus berat badan dan lemak terbanyak.
Majlis diakhiri dengan sesi makan pagi dan bersurai pada pukul 11 pagi.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 5/2026
Lokasi: Unit Hemodialisis Akut, Unit CAPD dan persekitaran
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail (Timbalan Pengarah Perubatan I)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Zaidatul Zarina bt Mohd Zahidi (Pakar Psikiatri)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (Pegawai Perubatan UKKP)
Datin Dr. Nur Asiah binti Jasney (Pegawai Perubatan Unit Kualiti)
En. Mohd Nor Hafis bin Ahmad Pauzan (Ketua Unit Khidmat Pengurusan)
Dr. Abdul Adzim bin Mohd Yusoff (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Nik Husawaini binti Hussin (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Syed Ahmad Farhan bin Said Omar (Ketua Unit Kejuruteraan)
Pn. Natasha Amalina binti Ismail (MySTEP Unit Kejuruteraan)
Pn. Farawahida binti Mohd Yusoff (Ketua Unit Pembangunan)
En. Ahmad Shamsuri bin Yaacob (Unit Pembangunan)
Tn. Hj. Zalami bin Mat Yaacob (Unit Penyelia Penolong Pegawai Perubatan)
En. Mohd Sabri bin Abdul Rahman (PPKP UKA)
Matron Hazelina binti Daud (Unit Penyelia Jururawat)
Matron Ramlah Isa (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Noraziah binti Zakaria (RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
CME UKKP: HAK PESAKIT DAN KELUARGA
Bahan CME: Klik di sini
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh YBrs Dr Hasmawati binti Mohamad.
CME kali ini membincangkan tentang hak-hak pesakit dan keluarga.
Objektif CME telah tercapai dengan peningkatan kefahaman tentang topik ini.
KURSUS ORIENTASI WARGA BARU HRPZ II BIL 2/2026
Bahan kursus: Klik di sini
Kursus orientasi tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah diberikan oleh YBrs Dr Hasmawati binti Mohamad kepada warga yang baru berdaftar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Pendedahan awal tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap pekerja HRPZ II dapat mengurangkan risiko bahaya kepada kakitangan dan meningkatkan budaya kerja yang selamat dan sihat.
LAWATAN UNIT DIALISIS, KLINIK KESIHATAN MAHLIGAI
YBrs Dr Hasmawati binti Mohamad, Dr Muhammad Syukran bin Samshudar dan Dr Zainab binti Abdullah telah melakukan lawatan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di Unit Dialisis, Klinik Kesihatan Mahligai.
Pemeriksaan ini dibuat susulan penerimaan notifikasi WEHU.
SAMBUTAN HARI TB SEDUNIA 2026 DAN KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN TB PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER/ DAERAH NEGERI KELANTAN
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah dijemput untuk sama-sama menjayakan Sambutan Hari TB Sedunia 2026. Wakil UKKP telah terlibat dengan pembukaan meja pameran untuk memberi kesedaran kepada kakitangan HRPZ II tentang penyakit TB di kalangan warga hospital.
LAWATAN TAPAK NAIK TARAF PICU DAN PHDW
SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 42 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
Penekanan tentang teknik pengendalian darah yang betul telah diberikan bagi mengurangkan risiko Needle Stick Injury (NSI) di kalangan Pegawai Perubatan Siswazah.
LAWATAN TEMPAT PENYIMPANAN TONG OKSIGEN DI BANGUNAN WAD LAMA
SARINGAN 'MANTOUX TEST'
Seramai 21 orang kakitangan dari Jabatan Kecemasan telah menjalani saringan kontak rapat TB. Daripada jumlah itu, 16 orang kakitangan telah dikenalpasti untuk menjalani ujian Mantoux.
PENDAFTARAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 42 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW dan sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 4/2026
Lokasi: Jabatan Radiologi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Norhana binti Mohamed Fadzil (Timbalan Pengarah Perubatan III)
Dr. Nor Aishah binti Md Sopian (Ketua Penolong Pengarah III)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua Unit Kualiti)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua Unit Kesihatan Awam)
Dr. Zaidatul Zarina binti Mohd Zahidi (Penyelaras Jawatankuasa PAFR)
En. Mohd Nor Hafis bin Ahmad Pauzan (Ketua Unit Khidmat Pengurusan)
Dr. Abdul Adzim bin Mohd Yusoff (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Norani binti Shafii (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Syed Ahmad Farhan bin Said Omar (Ketua Unit Kejuruteraan)
Pn. Natasha Amalina binti Ismail (Unit Kejuruteraan)
Pn. Noraini Hanoon binti Noor Azmi (Unit Pembangunan)
En. Ahmad Shamsuri bin Yaacob (Unit Pembangunan)
Tn. Haji Suzura bin Hassan (Ketua Unit Penyelia Penolong Pegawai Perubatan)
Matron Suhalini binti Latif (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Hazelina binti Daud (Unit Penyelia Jururawat)
Matron Rosmaliza binti Md Zain (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Nur Atiqah binti Mohd Haris (Unit Perolehan & Aset)
Pn. Rohayati binti Safee (Ketua Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
MOBILE VACCINE
Lokasi: Jabatan Farmasi
Seramai 38 kakitangan Jabatan Farmasi telah menerima suntikan Influenza semasa mobile vaccine dijalankan.
Anggota pasukan mobile vaccine yang terlibat ialah En. Mohd Syahiman bin Samsudin (Penolong Pegawai Perubatan) dan En. Mohamad Abdul Hakim bin Husin (Penolong Pegawai Perubatan).
CME JABATAN FARMASI: ERGONOMIK
Bahan CME 1: Klik di sini
Bahan CME 2: Klik di sini
YBrs Dr Eileen Farhana binti Shair telah menerima jemputan dari Jabatan Farmasi bagi menyampaikan ceramah ergononik. Dr Eileen merupakan salah seorang Ergonomic Trained Person (Initial dan Advanced) di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
CME ini telah dihadiri oleh lebih kurang 20 pekerja di Jabatan Farmasi. Dalam sesi ini, Dr. Eileen telah berkongsi teknik-teknik yang betul untuk mengangkat dan memindahkan barang dan teknik ergonomik yang betul di dalam pejabat.
Semoga dengan sesi perkongsian ini, kakitangan di Jabatan Farmasi dapat mengurangkan risiko kecederaan muskuloskeletal semasa bekerja.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN KARDIOTORASIK HRPZ II
Bahan bengkel: https://linktr.ee/HIRARC_CTS
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sentiasa komited dalam memperkukuh kesedaran serta pelaksanaan elemen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan warga kerjanya. Sehubungan itu, Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) peringkat Jabatan Pembedahan Kardiotorasik telah berjaya dilaksanakan melalui kolaborasi antara Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP).
Sepanjang dua hari penganjuran, bengkel ini telah memberi penekanan kepada empat unit utama iaitu Pejabat Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Wad HDW Jantung & Paru-Paru, Klinik Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Dewan Bedah Pembedahan Kardiotorasik. Latihan intensif yang dijalankan berjaya meningkatkan keupayaan peserta dalam mengenal pasti hazard, menilai tahap risiko serta merangka langkah kawalan yang lebih praktikal dan berkesan mengikut keperluan unit masing-masing.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif, seterusnya memastikan kesejahteraan serta keselamatan warga kerja sentiasa terpelihara.
KURSUS ORIENTASI WARGA BARU HRPZ II BIL 1/2026
Bahan kursus: Klik di sini
Kursus orientasi tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah diberikan oleh YBrs Dr Hasmawati binti Mohamad kepada warga yang baru berdaftar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Pendedahan awal tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap pekerja HRPZ II dapat mengurangkan risiko bahaya kepada kakitangan dan meningkatkan budaya kerja yang selamat dan sihat.
CME UKKP: OFFICE ERGONOMICS
Bahan CME: Klik di sini
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh YBrs Dr Eileen Farhana binti Shair.
CME kali ini membincangkan tentang posisi ergonomik yang betul bagi kerja-kerja pejabat.
Objektif CME telah tercapai dengan peningkatan kefahaman terhadap ergonomik di pejabat.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN PATOLOGI HRPZ II
Bahan bengkel: https://linktr.ee/HIRARCPatologi
Sebagai usaha memperkukuh agenda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC) Peringkat Jabatan Patologi HRPZ II telah dilaksanakan hasil kolaborasi bersama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Majdan bin Haji Ramli, Timbalan Ketua Jabatan Patologi. Bengkel ini turut dibimbing oleh barisan Pegawai Perubatan UKKP yang berpengalaman, iaitu Dr. Izzul Ikhwan Bin Che Arifin, Dr. Zulzaire Bin Zulkefli dan Dr. Muhammad Syukran Bin Samshudar.
Sepanjang dua hari penganjuran, latihan intensif telah memberi fokus kepada empat unit utama: Hematologi, Histopatologi, Mikrobiologi dan Patologi Kimia. Program ini berjaya meningkatkan keupayaan peserta dalam mengenal pasti hazard, menilai risiko serta merangka langkah kawalan yang lebih praktikal dan berkesan di peringkat unit masing-masing.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Patologi dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan warga kerja.
“Work Safely, Staffs Protected”
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
Bahan bengkel: https://linktr.ee/BengkelHIRARCjknk2026
Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 1 dan 2 April 2026 bertempat di Dewan Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, dan turut menampilkan penceramah jemputan khas iaitu IR Tajul Ariffin bin Mohamed Nori daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran praktikal peserta dalam mengenal pasti hazard, menilai risiko dan merancang langkah kawalan yang berkesan di tempat kerja. Pelaksanaan HIRARC secara sistematik adalah penting bagi mencegah kemalangan, penyakit pekerjaan serta kejadian tidak diingini, khususnya dalam persekitaran hospital yang berisiko tinggi.
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, pihak urusetia telah memanfaatkan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam pelaksanaan bengkel ini dengan menjana beberapa situasi kerja harian. Peserta dikehendaki mengenal pasti hazard bagi setiap aktiviti kerja yang dipaparkan, seterusnya menilai risiko serta mencadangkan langkah kawalan yang sesuai, praktikal dan berkesan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan terpelihara.
Hasil daripada bengkel ini, para peserta telah menunjukkan peningkatan kefahaman terhadap pengurusan risiko, keupayaan mengenal pasti hazard kritikal di fasiliti kesihatan, serta kebolehan mencadangkan langkah kawalan yang lebih realistik dan berkesan. Bengkel ini juga berjaya mengukuhkan budaya kerja selamat dan amalan pencegahan kemalangan pekerjaan dalam kalangan warga kerja kesihatan.
Pelaksanaan bengkel HIRARC ini mencerminkan komitmen berterusan JKN Kelantan dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan warga kerja sentiasa menjadi keutamaan.
“𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.”
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 3/2026
Lokasi: Klinik Pakar Pembedahan, Klinik Pakar Kardiotorasik, Klinik Pakar Urologi, Klinik Pakar Ortopedik
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan II)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Nur Amalina binti Che Mansor (Pegawai Perubatan Unit Kualiti)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua Unit Kesihatan Awam)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Nor Zihamdah binti Abdullah (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
Cik Nazmi Liana binti Azmi (Pegawai Farmasi)
En. Bulkini bin Mohamed (Unit Penyelia Penolong Pegawai Perubatan)
Pn. Noor Aini binti Sulaiman (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Hazelina binti Daud (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Nik Zarina binti Nik Kob (Unit Penyelia Jururawat)
En. Wan Khairi bin Wan Hamat (Ketua Unit Perolehan & Aset)
Pn. Nur Atiqah binti Mohd Haris (Unit Perolehan & Aset)
Pn. Rohayati binti Safee (Ketua Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Farawahida binti Mohd Yusoff (Ketua Unit Pembangunan)
En. Wan Lokman bin Wan Zin (Unit Pembangunan)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
CME BULANAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH
YBrs Dr Muhammad Syukran bin Samshudar telah mewakili Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) bagi memenuhi jemputan penceramah untuk CME bulanan Pegawai Perubatan Siswazah.
Tajuk ceramah yang diberikan ialah. Sesi CME ini telah berlangsung selama satu jam dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan Pegawai Perubatan Siswazah seramai lebih kurang 40 orang.
CME UKKP: LATENT TB DAN IGRA
Bahan CME 1: Klik di sini
Bahan CME 2: Klik di sini
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh PPP Mohd Ahnaf bin Asahari.
CME kali ini bertajuk Latent TB.
Objektif CME telah tercapai dengan peningkatan kefahaman terhadap latent TB dan IGRA.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 2/2026
Lokasi: Klinik Penjagaan Luka dan Sub Gimnasium Unit Fisioterapi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail (Timbalan Pengarah Perubatan I)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Nor Aishah Md Sopian (Ketua Penolong Pengarah III)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua Unit Kualiti)
Datin Dr. Nur Asiah binti Jasney (Pegawai Perubatan Unit Kualiti)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua Unit Kesihatan Awam)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Dr. Zaidatul Zarina binti Mohd Zahidi (Pakar Psikiatri)
Pn. Mazuin binti Ismail (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Mohd Nor Hafis bin Ahmad Pauzan (Ketua Khidmat Pengurusan)
En. Syed Ahmad Farhan b. Said Omar (Ketua Jurutera Hospital)
Tn. Hj. Suzura bin Hassan (Ketua Unit Penyelia PPP)
Pn. Rohayati binti Safee (Ketua Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Farawahida binti Mohd Yusoff (Ketua Unit Pembangunan)
En. Wan Lokman bin Wan Zin (Unit Pembangunan)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis.
Sesi ini telah diadakan di Parkir Tingat 4A, Bangunan ACC.
Aktiviti kali ini adalah Zumba bersana ZIN Khai.
SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 33 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
Penekanan tentang teknik pengendalian darah yang betul telah diberikan bagi mengurangkan risiko Needle Stick Injury (NSI) di kalangan Pegawai Perubatan Siswazah.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dijemput untuk menjayakan Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Hospital Tengku Anis (HTA) pada 2 dan 3 Februari 2026. Bengkel ini telah diadakan di Hospital Tanah Merah, dengan penyertaan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan unit.
Program ini merupakan inisiatif UKKP HTM dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan risiko dalam proses kerja di hospital.
Tiga pegawai perubatan daripada UKKP HRPZ II turut dijemput sebagai penceramah dan fasilitator, iaitu:
YBrs Dr Izzul Ikhwan bin Che Arifin
YBrs Dr Muhammad Syukran bin Samshudar
YBrs Dr Zulzaire bin Zulkefli
Bengkel HIRARC ini dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan pengurusan risiko di peringkat hospital.
Pelaksanaan bengkel ini telah memberikan pelbagai impak positif, antaranya:
- Peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
- Pengurangan potensi insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui penilaian serta kawalan risiko yang lebih terancang.
- Pemupukan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.
- Pengukuhan kolaborasi antara UKKP HTM dan UKKP HRPZ II dalam membangunkan budaya pencegahan risiko yang mampan di tempat kerja.
PENDAFTARAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 33 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW dan sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 1/2026
Lokasi: Seksyen Hasil, Unit Komunikasi Korporat, Bilik Kawalan Keselamatan dan Kedai Serbaneka D'Putra Shoppe
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Norhana bt Mohamed Fadzil (Timbalan Pengarah Perubatan III)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Nor Aishah Md Sopian (Ketua Penolong Pengarah II)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua Unit Kualiti)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua Unit Kesihatan Awam)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Zurina binti Hassan (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Syed Ahmad Farhan b. Said Omar (Ketua Jurutera Hospital)
Pn. Noraini Hanoon binti Noor Azmi (Unit Pembangunan)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
Pn. Nurul Asma binti Mohd Khairul Parker (Unit Aset & Perolehan)
En. Suhaiman bin Yusoff (Unit Khidmat Pengurusan)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
TAKLIMAT PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Bahan taklimat: Klik di sini
Taklimat Pemeriksaan Tempat Kerja Peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dilaksanakan pada 27 Januari 2026 bertempat di Bilik Seminar, Aras 5 Bangunan ACC HRPZ II dan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin, Pegawai Perubatan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif berterusan HRPZ II dalam memperkukuhkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), selaras dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] serta peraturan-peraturan yang berkaitan.
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kompetensi ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam melaksanakan pemeriksaan tempat kerja secara sistematik, berfokus dan berkesan bagi mengenal pasti hazard, menilai risiko serta mencadangkan langkah kawalan yang bersesuaian.
Antara peruntukan undang-undang dan garis panduan yang dibincangkan dalam taklimat ini termasuk:
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
- Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
Secara keseluruhannya, taklimat Pemeriksaan Tempat Kerja ini diharap dapat meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran serta komitmen ahli JKKP HRPZ II dalam melaksanakan pemeriksaan tempat kerja secara berkesan dan berterusan. Pelaksanaan pemeriksaan yang sistematik dan berfokus diyakini mampu mengurangkan risiko kemalangan serta penyakit pekerjaan, seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif di HRPZ II.
BENGKEL PENGURUSAN TB PERINGKAT HRPZ II, BIL 1/2026
Unit Perubatan Respiratori telah menganjurkan Bengkel Pengurusan TB Peringkat HRPZ pada 25 Januari 2026 di Dewan Dato' Dr Abdul Aziz.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini berkenaan pengurusan dan rawatan TB khususnya kepada Liaison Officer TB yang bertindak sebagai pegawai yang terlibat dengan pengurusan TB di unit, klinik dan wad di HRPZ II.
YBrs Dr. Siti Zainab, selaku wakil dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah memberikan ceramah bertajuk "TB di Kalangn HCW: Apa Yang Perlu Anda Tahu?"
PROGRAM THE SURVIVOR PROJECT: HUNT AND COOK JUNGLE QUEST (FROM CLUES TO CUISINE)
YBrs Dr. Hasmawati dan YBrs Dr. Muhammad Syukran telah mewakili Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyertai program dua hari yang bertajuk The Survivor Project: Hunt and Cook Jungle Quest (From Clues to Cuisine). Program ini telah berlangsung di Teratak Abam Peah, Sungai Pas, Kuala Krai.
Program ini diadakan untuk memupuk semangat berpasukan di kalangan pekerja Hospital Raja Perempuan Zainab II.
CME UKKP: PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC)
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh YBrs Dr Izzul Ikhwan bin Che Arifin.
CME kali ini bertajuk Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Melalui CME ini, pekerja dapat
- meningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
- mengurangan potensi insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui penilaian serta kawalan risiko yang lebih terancang.
- memupuk persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.
CME UKKP: NOTIFICATION OF ACCIDENT, DANGEROUS OCCURRENCE, POISONING AND OCCUPATIONAL DISEASE (NADOPOD) DAN PENGISIAN MYKKP
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh YBrs Dr. Asremzee dan YBrs Dr. Siti Zainab.
CME kali ini membincangkan tajuk NADOPOD dan cara pengisian MyKKP.
Objektif CME telah tercapai dengan peningkatan kefahaman terhadap NADOPOD dan MyKKP.
CME UKKP: PENULISAN SURAT, MEMO DAN MINIT MESYUARAT
Bahan CME: Klik di sini
Sesi Continuous Medical Education (CME) untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah disampaikan oleh YBrs Dr Izzul Ikhwan bin Che Arifin.
CME kali ini membincangkan cara-cara penulisan surat, memo dan minit mesyuarat yang mengikut format yang betul.
Objektif CME telah tercapai dengan peningkatan kefahaman terhadap teknik penulisan surat, memo dan minit mesyuarat.
SARINGAN IGRA
Seramai 76 orang kakitangan dari Jabatan Bius telah menjalani saringan IGRA. Saringan ini bertujuan untuk mengesan jangkitan Mycobacterium Tuberculosis yang menjadi punca penyakit latent TB atau TB aktif.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang ke dua belas.
Sesi ini adalah sesi penghabisan tiga bulan bersama coach. Para peserta hendaklah meneruskan program Trim & Fit secara kendiri selama 3 bulan lagi.
Aktiviti sesi kali ini adalah Inbody: Analisis Komposisi Badan.