PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kesebelas.
Aktiviti program pada sesi kali ini adalah senamrobik dan zumba.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kesepuluh.
Aktiviti sesi kali ini telah diadakan di Gymnasium Kompleks Sukan Panji.
SARINGAN 'MANTOUX TEST'
Lokasi: Jabatan Anestesiologi
Seramai 165 orang kakitangan dari Jabatan Anestesiologi telah menjalani saringan TB pada sesi kali ini. Saringan TB merangkumi sesi temuduga, suntikan Mantoux dan bacaan ujian Mantoux. Program saringan ini adalah untuk kakitangan yang berisiko tinggi dan dijalankan secara berperingkat untuk meliputi semua pekerja kesihatan yang terlibat.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT HOSPITAL TENGKU ANIS
Bahan bengkel: https://linktr.ee/jkkp_hrpz
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dijemput untuk menjayakan Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Hospital Tengku Anis (HTA) pada 1 dan 2 Disember 2025. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Rufaida, Hospital Tengku Anis, dengan penyertaan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan unit.
Program ini merupakan inisiatif UKKP HTA dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan risiko dalam proses kerja di hospital. Bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Tengku Anis, YBrs Dr Muhammad Fidaie bin Abdul Kadir, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hospital Tengku Anis, YBrs Dr Saiful Nazri bin Satiman serta Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Tengku Anis, YBrs Dr Nurul Farehah binti Che Ab Rahman.
Tiga pegawai perubatan daripada UKKP HRPZ II turut dijemput sebagai penceramah dan fasilitator, iaitu:
YBrs Dr Izzul Ikhwan bin Che Arifin
YBrs Dr Muhammad Syukran bin Samshudar
YBrs Dr Zulzaire bin Zulkefli
Bengkel HIRARC ini dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan pengurusan risiko di peringkat hospital.
Pelaksanaan bengkel ini telah memberikan pelbagai impak positif, antaranya:
- Peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
- Pengurangan potensi insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui penilaian serta kawalan risiko yang lebih terancang.
- Pemupukan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.
- Pengukuhan kolaborasi antara UKKP HTA dan UKKP HRPZ II dalam membangunkan budaya pencegahan risiko yang mampan di tempat kerja.
SARINGAN 'MANTOUX TEST'
Lokasi: Jabatan Anestesiologi
Seramai 142 orang kakitangan dari Jabatan Anestesiologi telah menjalani saringan TB pada sesi kali ini. Saringan TB merangkumi sesi temuduga, suntikan Mantoux dan bacaan ujian Mantoux. Program saringan ini adalah untuk kakitangan yang berisiko tinggi dan dijalankan secara berperingkat untuk meliputi semua pekerja kesihatan yang terlibat.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kesembilan.
Aktiviti program pada sesi kali ini adalah Cardio and Bodyweight Training. Turut serta ialah Pegawai Dietetik yang menerangkan tentang Diari Pemakanan.
SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 18 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
Penekanan tentang teknik pengendalian darah yang betul telah diberikan bagi mengurangkan risiko Needle Stick Injury (NSI) di kalangan Pegawai Perubatan Siswazah.
PENDAFTARAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 18 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW dan sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kelapan.
Aktiviti program pada sesi kali ini adalah senamrobik dan zumba.
TAKLIMAT "FROM CURE TO CARCINOGEN: OCCUPATIONAL HAZARDS OF COAL TAR HANDLING"
Bahan taklimat: Klik di sini
Pihak Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Jabatan Farmasi HRPZ II telah menjemput Dr. Muhammad Naim bin Deraman, Pegawai Perubatan/ Chemical Health Risk Assessor dari Pejabat Kesihatan Daerah Machang untuk berkongsi ilmu tentang coal tar.
Coal tar digunakan oleh Jabatan Farmasi dalam penyediaan ubat bagi pesakit psoarisis. Coal tar termasuk dalam kategori 1A berdasarkan jadual Peraturan CLASS (Classification, Labelling and Safety Data Sheet of Hazardous Chemicals). Oleh disebabkan itu, saringan kesihatan kepada pekerja yang terdedah dengan coal tar akan dilakukan secara berkala.
KURSUS NADOPOD PERINGKAT HRPZ II 2025
Bahan kursus: https://linktr.ee/Nadopod_HRPZII
Kursus ini telah dijalankan selama satu hari di Bilik Seminar 1 dan 2 dan telah dihadiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Antara tajuk-tajuk ceramah adalah:
Peraturan NADOPOD 2004: Pematuhan Kepada Peraturan dan Implikasi Kepada Organisasi HRPZ II
Penggunaan Borang OHU SIS/ WEHU Survelan Kecederaan Jarum dan Alatan Tajam: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Pengurusan NADOPOD di HRPZ II
Langkah Pencegahan dan Tindakan Segera Selepas Kecederaan Jarum/ Alatan Tajam
Pengenalan Borang WEHU A, D, E, L, S dan Cara Pengisiannya
Latihan Praktikal/ Kes Simulasi melibatkan WEHU A, D, E, L, S
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang ketujuh.
Aktiviti program pada sesi kali ini adalah Cardio and Bodyweight Training menggunakan Theraband. Turut serta ialah Pegawai Dietetik yang menerangkan tentang Diari Pemakanan.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 10/2025
Lokasi: Klinik Pakar Pediatrik dan Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Aminah Rusmin bt Mohamad Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan II)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Hasmawati binti Muhamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Abdul Adzim bin Mohd Yusoff (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Norani binti Shafii (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Mohd Rozi bin Zahari (Unit Penyelia Hospital)
En. Afias Akma bin Ariffin (Unit Kejuruteraan)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
En. Wan Khairi b. Wan Hamat (Ketua Unit Aset & Perolehan)
Pn. Rosmaliza binti Mohd Zain (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Haseliza binti Mohamad Ripin (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Siti Aminah binti Ismail (Unit Penyelia Jururawat)
En. Mohd Sabri bin Abdul Rahman (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kesihatan Awam)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang keenam.
Aktiviti program pada sesi kali ini adalah senamrobik dan zumba oleh ZIN Khai.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN FARMASI HRPZ II
Bahan bengkel: https://linktr.ee/jkkp_hrpz
Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Jabatan Farmasi merupakan inisiatif bersama antara Jabatan Farmasi HRPZ II dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HRPZ II dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan risiko di tempat kerja.
Bengkel ini disertai oleh wakil daripada pelbagai unit dan seksyen di bawah Jabatan Farmasi, termasuk:
Unit Farmasi Pesakit Dalam
Unit Farmasi Galenikal
Unit Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)
Unit Farmasi Logistik
Unit Farmasi Satelit
Bengkel ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan konsep HIRARC di peringkat jabatan. Secara khusus, bengkel ini bertujuan untuk:
Mengenal pasti hazard yang berpotensi wujud dalam aktiviti kerja seharian di Jabatan Farmasi.
Menilai tahap risiko bagi setiap hazard yang dikenal pasti.
Membincangkan serta menyelaras langkah kawalan bagi mengurangkan risiko.
Memastikan pematuhan terhadap kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022).
Meningkatkan keupayaan kakitangan dalam mengurus risiko di tempat kerja secara sistematik dan berkesan.
Usaha ini juga diharapkan dapat memperkukuh pematuhan terhadap kehendak undang-undang, meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan Hospital Raja Perempuan Zainab II secara keseluruhan.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kelima.
Pada sesi kali ini, para peserta telah dibawa untuk memanjat Bukit Gunong.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang keempat.
Pada sesi kali ini, para peserta telah menjalani senaman Cardio and Bodyweight Training.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang ketiga.
Pada sesi kali ini, para peserta telah menjalani senaman Senamrobik/ Zumba.
BENGKEL PENGENDALIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN (BKBKK)
Bahan bengkel: https://linktr.ee/BKBKK_HRPZII
Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), HRPZ II telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (BKBKK).
Bengkel ini diadakan untuk
Memahami Peraturan USECHH 2000 dan tanggungjawab pengendalian bahan kimia.
Mempelajari cara membaca Safety Data Sheet (SDS) dengan mudah dan praktikal.
Mengenali pengendalian selamat formaldehyde di tempat kerja.
Mengetahui langkah pengurusan sisa berjadual dari sudut undang-undang.
Mendapatkan pendedahan sebenar tentang pengurusan tumpahan bahan kimia bersama pasukan HAZMAT
Penceramah berpengalaman yang turut serta dalam bengkel ini ialah:
Dr. Muhammad Naim bin Deraman – Pegawai Perubatan / Chemical Health Risk Assessor, PKD Machang
Dr. Muhammad Syukran bin Samshudar – Pegawai Perubatan (OHD), UKKP HRPZ II
PkPgB Tc. Ahmad Ridhuan bin Mohamad Ghazali – Ketua Balai Bomba & Penyelamat Bachok
PBK II Mohd Azlan bin Zainal – Pegawai HAZMAT, BBP Kota Bharu
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijalankan pada setiap hari Khamis selama 3 bulan. Sesi kali ini adalah sesi yang kedua.
Pada sesi kali ini, para peserta telah menjalani senaman Fitness Cardio.
KURSUS ERGONOMIK DI TEMPAT KERJA PERINGKAT KLUSTER KELANTAN UTARA 2025
Kursus ini telah diadakan bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran pekerja tentang pengendalian tong gas dan amalan ergonomik yang betul untuk mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan di tempat kerja.
Antara penceramah terlibat ialah:
Pn. Nur Yanti Hariana binti Othman (Pegawai Pemullihan Perubatan FIsioterapi U10)
En. Nor Inzan bin Awang (Pegawai Pemullihan Perubatan FIsioterapi U10)
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Aktiviti Trim & Fit telah bermula pada 2 Oktober 2025 dan akan dijalankan setiap hari Khamis selama 3 bulan.
Pada sesi kali ini, para peserta telah menjalani Ujian Kecergasan yang merangkumi
3-minute step test
Tekan tubi
Modified Abdominal Curl Test
Para peserta turut diberikan Buku Panduan Pemakanan dari Pegawai Dietetik, En. Wan dan Pn. Noraini.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 9/2025
Lokasi: Unit Perpustakaan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Surau Hospital, Kafe AR, Kedai Serbaneka D’Zara dan kawasan sekitar Balai Pelawat
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail (Timbalan Pengarah Perubatan I)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Nik Ahmad Arif bin Nik Mohamad Zaki (Ketua Penolong Pengarah II)
Dr. Hasmawati binti Muhamad (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Muhammad Izwan bin Abdul Manan (Ketua Unit Medikolegal dan Aduan)
Dr. Nurul Wahida binti Mohamad Zaki (Pegawai Perubatan Unit Medikolegal dan Aduan)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Mazuin binti Ismail (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Mohd Rozi bin Zahari (Unit Penyelia Hospital)
En. Syed Ahmad Farhan b. Said Omar (Jurutera Hospital)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
Cik Nur Atiqah binti Mohd Haris (Unit Aset & Perolehan)
Pn. Norazizah bt Che Din (Unit Penyelia Jururawat)
Pn. Noor Dini bt Sulaiman (Unit Penyelia Jururawat)
En. Mohd Sabri bin Abdul Rahman (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kesihatan Awam)
En. Muhammad Afiq bin Mohd Ghazi (RADICARE)
En. Wan Ahmad Syahir Irfan bin Wan Azman (RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
PELAKSANAAN AKTIVITI IMUNISASI TAMBAHAN MEASLES DAN RUBELLA (MEASLES AND RUBELLA SUPPLEMENTARY IMMUNISATION ACTIVITY- MR SIA)
Aktiviti imunisasi tambahan Measles & Rubella (MRSIA) telah dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu (PKD KB) dan pasukan V.I.V.A di Klinik Vaksin dan IV Antibiotik.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk mengukuhkan program imunisasi sedia ada demi meningkatkan imuniti kelompok sekali gus mengurangkan insiden kes dan kejadian wabak dalam komuniti.

PENILAIAN AKREDITASI MALAYSIAN SOCIETY FOR QUALITY IN HEALTH (MSQH)
Hospital Raja Perempuan Zainab II telah menjalani Penilaian Akreditasi MSQH dari 8 hingga 10 September 2025.
Penilaian ini bukan sekadar ukuran piawaian, malah merupakan bukti kesungguhan dan komitmen HRPZ II dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu, selamat, mesra dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan.
Semoga usaha, komitmen dan semangat berpasukan ini terus menjadi budaya kerja berterusan demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.
TABLETOP EXERCISE KOD GREY (KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA)
Kod Grey merupakan satu kod kecemasan yang diaktifkan bagi bertindak balas dan mengendalikan mana-mana insiden kekerasan yang merbahaya atau berpotensi mengakibatkan bahaya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kerja dan lain-lain orang. Tabletop Exercise Kod Grey ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha HRPZ II meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam menangani insiden kekerasan terhadap warga kerja di hospital ini.
Tabletop Exercise Kod Grey ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman warga kerja HRPZ II terhadap prosedur kecemasan Kod Grey dan menguji tahap respons pasukan Kod Grey dan pasukan sokongan.
Kaedah pelaksanaan Tabletop Exercise Kod Grey ini merangkumi Tabletop Exercise (diskusi senario di meja rundingan tanpa pergerakan fizikal) dan tayangan video/senario kes, diikuti perbincangan kumpulan, soal jawab dan sesi rumusan.
Antara pihak-pihak terlibat adalah:
Timbalan Pengarah Perubatan I
Ketua Jabatan Kecemasan
Pakar Perubatan Psikiatri
Pakar Perubatan Kecemasan
Pegawai Perubatan UKKP
Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan
Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
Penyelia PPP
Penyelia Jururawat
Pegawai Perhubungan Awam
Pegawai Psikologi
Pembantu Keselamatan
Penolong Pegawai Perubatan
Jururawat Terlatih
Jururawat Masyarakat
Pembantu Tadbir (PO)
Tabletop Exercise Kod Grey ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan warga kerja HRPZ II dalam menghadapi insiden kekerasan di fasiliti kesihatan.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT BAHAGIAN PENGURUSAN HRPZ II
Bahan bengkel: https://linktr.ee/jkkp_hrpz
Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Bahagian Pengurusan Hospital Raja Perempuan Zainab II telah berjaya dilaksanakan pada 26 Ogos 2025. Program ini dianjurkan hasil kerjasama antara Bahagian Pengurusan HRPZ II dengan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HRPZ II.
Bengkel ini disertai oleh wakil daripada semua unit dan seksyen di Bahagian Pengurusan, iaitu:
Unit Pembangunan
Unit Khidmat Pengurusan
Unit Kewangan
Unit Sumber Manusia
Unit Perolehan & Aset
Unit Teknologi Maklumat
Unit Komunikasi Korporat
Unit Psikologi & Kaunseling
Unit Perpustakaan
Seksyen Keselamatan
Seksyen Angkut
Bengkel HIRARC ini dilaksanakan dengan tujuan untuk:
Mengenalpasti hazard yang berpotensi wujud dalam aktiviti kerja seharian di Bahagian Pengurusan.
Menilai tahap risiko bagi setiap hazard yang dikenalpasti.
Membincangkan serta menyelaras tindakan kawalan terhadap hazard berisiko.
Memperkukuh pematuhan terhadap kehendak undang-undang berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022).
Meningkatkan kefahaman dan keupayaan kakitangan dalam mengurus risiko di tempat kerja secara sistematik.
Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada organisasi, antaranya:
Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
Mengurangkan potensi insiden, kemalangan dan penyakit pekerjaan.
Membentuk persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera bagi semua warga hospital.
Selain itu, Sesi Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) turut dilaksanakan sebagai simbolik komitmen warga HRPZ II terhadap pembudayaan amalan kerja yang selamat dan sihat, selaras dengan seruan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 8/2025
Lokasi: Jabatan Kecemasan & Trauma
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Norhana bt Mohamed Fadzil (Timbalan Pengarah Perubatan III)
Dr. Muhd Muammar Hakimi bin Razali (Ketua Penolong Pengarah I)
Dr. Nik Ahmad Arif bin Nik Mohamad Zaki (Ketua Penolong Pengarah II)
Dr. Nor Aishah binti Md Sopian (Ketua Penolong Pengarah III)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Zurina Wati binti Hassan (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
En. Wan Md Zaki bin Wan Ibrahim (Unit Penyelia Hospital)
En. Syed Ahmad Farhan b. Said Omar (Jurutera Hospital)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
Cik Nur Atiqah binti Mohd Haris (Unit Aset & Perolehan)
Pn. Hazelina binti Daud Unit (Penyelia Jururawat)
En. Mohd Sabri bin Abdul Rahman (Unit Kesihatan Awam)
En. Norman bin Nor Pengurus (RADICARE)
En. Muhammad Afiq bin Mohd Ghazi (RADICARE)
Pn. Saliza binti Bharuddin (RADICARE)
Pn. Nurul Izzati binti Mokhtar (RADICARE)
Pn. Shaidatul Akmar binti Zulkefli (RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
Sebuah majlis perasmian program Trim & Fit peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II telah dilaksanakan pada 21 Ogos 2025 di Pusat Latihan Jabatan O&G. Majlis ini telah disertai oleh 30 kakitangan HRPZ II yang mempunyai BMI melebihi 25.
Program Trim & Fit telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan latihan kepada peserta yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti.
Antara program pada hari perasmian tersebut adalah:
Saringan Body Mass Index yang dijalankan di Klinik Kesihatan Kota Bharu
Ceramah Pemakanan- Calorie Matters oleh En. Wan Hafizul Hafiz bin Wan Suleman (Pegawai Dietetik)
Ceramah Kecergasan oleh En. Mohd Zarir bin Mohamad (Fisioterapi)
TAKLIMAT PENGURUSAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN (BKBKK)
Bahan bengkel: https://linktr.ee/BKBKK_HRPZII
Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan secara hybrid dari pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang.
Antara intipati yang dibentangkan dalam taklimat tersebut adalah:
Safety Data Sheet: Apa yang anda perlu tahu.
Chemical Registry
Sebuah sesi praktikal pengwujudan Chemical Registry bagi bahan kimia Endopa dan Formalin juga diadakan pada akhir sesi tersebut.
MOBILE VACCINE
Lokasi: Auditorium ACC
Bersempena CME mingguan untuk Pegawai Perubatan Siswazah yang bertajuk 'Vaccine for Health Care Worker', pasukan dari Klinik V.I.V.A telah hadir ke Auditorium ACC untuk mobile vaccine.
Seramai 39 pegawai perubatan siswazah telah menerima suntikan vaksin Influenza, Hepatitis B dan TDap.
Pekerja yang belum sempat menerima vaksin Influenza pada hari berkenaan diarahkan untuk mendapat suntikan vaksin di Klinik V.I.V.A.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN HRPZ II
Taklimat Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) peringkat Jabatan Dietetik & Sajian Hospital Raja Perempuan Zainab II telah berjaya dilaksanakan pada 11 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Jabatan Dietetik & Sajian (JDS). Taklimat ini telah disampaikan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Objektif
- Mengenalpasti hazard yang timbul dalam aktiviti kerja seharian di Jabatan Dietetik & Sajian.
- Membincangkan dan menyelaras tindakan kawalan terhadap hazard yang berisiko di Jabatan Dietetik & Sajian.
- Memperkukuh pematuhan terhadap kehendak undang-undang seperti yang digariskan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022).
- Meningkatkan kefahaman serta keupayaan kakitangan dalam mengurus risiko di tempat kerja secara sistematik.
Hasil Taklimat
Melalui sesi ini, anggota Jabatan Dietetik & Sajian telah didedahkan kepada:
- Kaedah mengenal pasti hazard di persekitaran kerja.
- Penilaian tahap risiko berdasarkan kebarangkalian dan kesan.
- Cadangan langkah kawalan risiko yang bersesuaian dan praktikal.
- Keperluan dokumentasi dan pelaporan HIRARC mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Harapan dan Impak
- Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangan.
- Mengurangkan potensi insiden dan kemalangan di tempat kerja.
- Menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera bagi semua warga hospital.
KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT HOSPITAL TUMPAT
Hospital Tumpat telah mengadakan Hari Sambutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day) 2025 pada 3 Ogos 2025 di Pusat Latihan Hospital Tumpat.
Dr Siti Nur Farhan binti Mohamed Rasidi, mewakili pihak UKKP, HRPZ II telah menerima jemputan dari Hospital Tumpat untuk memberikan ceramah bertajuk Kod Grey.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 7/2025
Lokasi: Dewan Bedah ACC, Dewan Bedah Intan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali (TP Perubatan II)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua Unit Kesihawan Awam)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua UKKP)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua Unit Kawalan Infeksi)
Pn. Hasnida binti Fakrudin (Jururawat Terlatih Unit Kawalan Infeksi)
Tn. Hj. Suzura bin Hassan (Unit Penyelia Hospital)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
En. Syed Ahmad Farhan bin Said Omar (Jurutera Hospital)
En. Wan Khairi b. Wan Hamat (Ketua Unit Aset & Perolehan)
Cik Nur Atiqah binti Mohd Haris (Unit Aset & Perolehan)
En. Wan Muhammad Aqil Syahmi bin Wan Mohd Sukri (RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN 2024
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua warga UKKP, iaitu:
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin
Pn. Nurul Amirah binti Che Hamzah
atas sumbangan perkhidmatan cemerlang mereka sehingga berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.
PENDAFTARAN DAN SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 12 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN PEMBEDAHAN HRPZ II
Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) Peringkat Jabatan Pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II telah berjaya dilaksanakan pada 9 dan 10 Julai 2025 bertempat di Dewan Dato’ Hashim. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembedahan dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada warga Jabatan Pembedahan mengenai kaedah mengenal pasti hazard dalam aktiviti kerja seharian, menilai tahap risiko yang terlibat, serta merancang langkah kawalan yang bersesuaian. Selain itu, bengkel ini turut bertujuan memperkukuh pematuhan terhadap kehendak undang-undang seperti yang digariskan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022).
Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan dan latihan oleh tiga orang pegawai perubatan dari UKKP HRPZ II iaitu:
- YBrs Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin
- YBrs Dr. Zulzaire bin Zulkefli
- YBrs Dr. Eileen Farhana binti Shair
Antara fokus utama sesi pembentangan adalah penerangan mendalam tentang pindaan terkini Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pendekatan sistematik dalam melaksanakan pentaksiran risiko melalui teknik HIRARC. Peserta turut terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan kumpulan dan latihan amali bagi mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh ke dalam situasi sebenar di jabatan masing-masing.
Adalah diharapkan, melalui pelaksanaan bengkel ini, tahap kesedaran dan keupayaan kakitangan Jabatan Pembedahan dalam mengenal pasti dan menguruskan risiko di tempat kerja dapat dipertingkatkan. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera bagi semua warga hospital.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 6/2025
Lokasi: Stor Gas Perubatan, Wad 6A, Wad 1, Wad MAC dan laluan di sekitar blok lama hospital
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail (TP Perubatan I)
Dr. Rozila binti Aziz (Penyelaras Akreditasi)
Dr. Hasmawati binti Mohamad (Ketua UKKP)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Arifin (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua UKA)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (Pegawai Perubatan UKI)
Pn. Amrah binti Mat (SN UKI)
Cik Nur Atiqah binti Mohd Haris (Ketua Unit Aset)
Tn. Hj. Suzura bin Hassan (Unit Penyelia Hospital)
Pn. Hazelina binti Daud (Unit Kejururawatan Hospital)
En. Wan Suhardi bin Wan Md Sukri (Ketua Unit Pembangunan)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
En. Syed Ahmad Farhan bin Said Omar (Ketua Unit JOHN)
Pn. Noraziah binti Zakaria (SHO RADICARE)
En. Muhamad Afiq bin Mohd Ghazi (RADICARE)
En. Makhzumi bin Mokhtar (RADICARE)
En. Nubli bin Ab Nasir (RADICARE)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
KURSUS KOD KECEMASAN HRPZ II 2025
Bahan kursus: linktr.ee/UKKPHRPZ2
Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (JPKK) HRPZ II telah mengadakan Kursus Kod Kecemasan HRPZ II secara hibrid pada 23 Jun 2025 (Isnin) dari pukul 8.30 pagi - 5.00 petang di Auditorium, ACC dan secara atas talian (Google Meet). Tema kursus kali ini adalah "Kod Kecemasan Bukan Sekadar Warna". Kursus mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh warga HRPZ II.
PENDAFTARAN DAN SESI ORIENTASI HOSPITAL KEPADA PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH BARU
Seramai 11 orang Pegawai Perubatan Siswazah baru telah berdaftar untuk memulakan alam pekerjaan di HRPZ II.
UKKP terlibat dalam proses saringan kesihatan, pemberian vaksin Influenza dan Hepatitis B, ujian Mantoux, KOSPEN WOW, sesi taklimat Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Risiko serta demonstrasi proses pengambilan darah kepada warga baru.
BENGKEL HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL (HIRARC) DI HOSPITAL PASIR MAS
Dr Syukran, Dr Izzul dan Dr Zulzaire mewakili UKKP, HRPZ II telah memenuhi jemputan dari Hospital Pasir Mas bagi menjayakan Bengkel HIRARC.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 5/2025
Lokasi: Klinik ENT dan Klinik Oftalmologi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Norhana binti Mohamed Fadzil (Timbalan Pengarah Perubatan III)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (UKKP)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Ariffin (UKKP)
Dr. Abdul Adzim bin Mohd Yusoff (UKI)
Pn. Lalily Yusnida binti Yakub (UKI)
En. Wan Mohd Zaki bin Wan Ibrahim (Unit Penyelia Hospital)
En. Syed Ahmad Farhan bin Said Omar (Jurutera Hospital)
Pn. Nurul Asma binti Mohd Khairul Parker (Unit Aset)
En. Mohd Sabri bin Abdul Rahman (PPKP, UKA)
En. Makhzumi bin Mokhtar (Radicare)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
KURSUS SAFETY ENVIRONMENTAL TRAINING (SET) BIL. 2/ 2025
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (JPKK) telah berjaya menganjurkan Kursus Safety Environmental Training (SET) Siri 2/2025 secara maya melalui platform Google Meet.
Kursus ini merangkumi beberapa topik penting yang disampaikan melalui sesi ceramah, antaranya:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bencana dan Insiden Kecemasan
Keselamatan Radiasi
Keselamatan Bahan Kimia
Keselamatan ICT
Keselamatan Perlindungan (Security)
Keselamatan Kebakaran
Keselamatan Sitotoksik
Pengurusan Sisa Klinikal
Antara objektif kursus ini adalah:
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan warga HRPZ II mengenai risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja secara umum dan di hospital secara khusus.
Memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan terhadap bahaya, bencana, dan insiden yang boleh berlaku di tempat kerja dan hospital.
Memberikan penekanan kepada tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku bahaya, bencana, atau insiden di tempat kerja dan hospital.
BENGKEL PENGURUSAN PENDEDAHAN BUNYI BISING DI TEMPAT KERJA
Bahan bengkel: linktr.ee/Noisehrpz
Bengkel separuh hari yang berlangsung secara hibrid ini menghimpunkan seramai 201 peserta keseluruhan tentang keperluan pengurusan bunyi bising di tempat kerja hospital. Tiga orang penceramah berpengalaman telah dijemput berkongsi kepakaran dari sudut klinikal, teknikal dan perundangan:
Miss Wan Nur Anis Binti Wan Draman– Pakar ENT, HRPZ II
En. Shahrom bin Ab Rahman– Audiologis, HRPZ II
Dr Mohamad Afiq Amsyar Bin Hamedin– Pegawai Perubatan (OHD) PKDKB, Hearing Conservation Administrator Trained Person (NIOSH), Calon pelajar DrPH, USM.
Antara objektif utama bengkel ini termasuk:
Memberi kesedaran mengenai risiko pendedahan kepada bunyi bising
Menjelaskan strategi kawalan pendedahan mengikut ICOP Noise 2019
Menyediakan warga kerja ke arah pematuhan *Standard 2 Akreditasi MSQH Edisi ke-6
Bunyi bising melebihi tahap selamat tanpa pengurusan yang baik boleh membawa kepada kehilangan pendengaran pekerjaan (NIHL).
Oleh itu, budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga HRPZ II perlu diperkasakan lagi.
LANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN/ OSH COORDINATOR (OSH-C) HRPZ II
Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai UKKP berikut telah dilantik sebagai Penyelaras KPP atau OSH-C:
Dr. Mohd Sukri bin Saidinal Ali
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Ariffin
Untuk makluman, Dr. Sukri dan Dr. Izzul telah menghadiri kursus Bengkel Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Coordinator) pada 20-22 Mei 2025 di AZN Training Centre, Kok Lanas, Ketereh.
Perlantikan ini adalah bagi menyelaras pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital. Lantikan ini berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2027.
Dr Syukran
Lokasi: Jabatan Bedah Mulut
MOBILE VACCINE
Lokasi: Jabatan Farmasi
Seramai 60 anggota yang bertugas di Jabatan Farmasi telah menerima suntikan vaksin Influenza.
Pekerja yang belum sempat menerima vaksin Influenza pada hari berkenaan diarahkan untuk mendapat suntikan vaksin di Klinik V.I.V.A.
MOBILE VACCINE
Lokasi: Jabatan Radiologi
Seramai 57 anggota yang bertugas di Jabatan Radiologi telah menerima suntikan vaksin Influenza.
Pekerja yang belum sempat menerima vaksin Influenza pada hari berkenaan diarahkan untuk mendapat suntikan vaksin di Klinik V.I.V.A.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 4/2025
Lokasi: Wad Dahlia & Wad Cempaka (Jabatan Ortopedik)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan II)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua UKA)
Dr. Syukran bin Samsudar (UKKP)
Dr. Zulzaire bin Zulkefli (UKKP)
Dr. Izzul Ikhwan bin Che Ariffin (UKKP)
Dr. Arfa Adura binti Arshad (UKI)
Pn. Nurul Asma binti Mohd Khairul Parker (Unit Aset)
En. Ahmad Shamsuri Yaacob (Unit Pembangunan)
Pn. Noraini Haneem binti Noor Azmi (Unit Pembangunan)
En. Afias Akma Ariffin (Unit JOHN)
SHO Pn. Noraziah binti Zakaria dan wakil unit (Unit Konsesi Radicare)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
PENGENALAN KEPADA PENYAKIT PEKERJAAN
Lokasi: Bilik Seminar, Jabatan Dietetik dan Sajian
Dr Eileen telah menerima jemputan daripada Jabatan Dietetik dan Sajian untuk menjadi penceramah bersempena Kursus Dalaman OSHA Bil 1, dengan tema Peka, Waspada dan Bertindak.
Ceramah yang diberikan bertajuk Pengenalan Kepada Penyakit Pekerjaan selama satu jam.
SARINGAN 'MANTOUX TEST'
Lokasi: Jabatan Kecemasan
Ini merupakan sesi kedua pasukan UKKP mewakili Jawatankuasa TB HRPZII menjalankan Saringan Mantoux untuk kakitangan Jabatan Kecemasan. Petugas yang tidak sempat untuk membuat saringan Mantoux di Jabatan Kecemasan diarahkan untuk ke Klinik V.I.V.A untuk ujian Mantoux.
JAMUAN HARI RAYA UKKP
Jamuan Hari Raya UKKP telah diadakan bersempena menyambut bulan Syawal 1446. Tema bewarna hijau menjadi pilihan bagi tahun ini. Pelbagai juadah potluck telah disediakan, antaranya:
Nasi lemak dengan sambal bilis dan sambal udang
Nasi impit dengan rendang ayam
Bihun sup
Lasagna daging
Spaghetti aglio olio
Roti jala
Tat keju
Puding tutti frutti
Brownies
Cream puff
Kuih cara berlauk
Buah tembikai
SAMBUTAN HARI TUBERKULOSIS SEDUNIA PERINGKAT HRPZ II DAN KURSUS KESEDARAN PENYAKIT
Tema sambutan Hari Tuberkulosis Sedunia pada tahun ini adalah 'Bersama Hentikan TB: Perkasa Komitmen, Dana dan Perkhidmatan'.
Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perubatan Respiratori HRPZ II dengan kerjasama Jawatankuasa Tuberkulosis HRPZ II yang dianggotai oleh wakil Pengurusan, wakil Unit Perubatan Respiratori, wakil Unit Kesihatan Awam dan wakil Unit Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan. Antara penceramah yang terlibat adalah:
Dr. Yelmizaitun binti Osman (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit KPAS, JKNK)
Dr. Azza bin Omar (Ketua Unit Respiratori)
Dr. Siti Nur Farhan binti Mohamed Rasidi (Pegawai Perubatan UKKP)
Dr. Kuganishah Jeyabalan (Pakar Perubatan dan Respiratori Fellow)
Dr. Noridah binti Nordin (Pakar Perunding Perubatan dan Penyakit Berjangkit)
Dr. Tee Sun Ren (Pakar Perubatan dan Respiratori Fellow)
Dr. Suzila binti Che Sayuti (Pakar Perubatan dan Respiratori)
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PERINGKAT JABATAN ANESTESIOLOGI
Lokasi: Bilik Seminar, Jabatan Anestesiologi
Dr Asremzee telah menerima jemutan Jabatan Anestesiologi bagi memberi ceramah bertajuk NADOPOD (Notification of Accident, Dangerous Occurence, Poisoning and Occupational DIsease) selama satu jam.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 3/2025
Lokasi: Wad SCN, Wad NICU dan Wad PICU/ PHDW (Jabatan Pediatrik)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Puteri Nurbaya binti Mohamed Ismail (Timbalan Pengarah Perubatan I)
Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan II)
Dr. Maizun binti Mohd Zain (Ketua UKA)
Dr. Che Noraini binti Ibrahim (Ketua UKI) dan wakil UKI
En. Wan Khairi bin Wan Hamat (Ketua Unit Aset dan Perolehan) dan wakil unit
En. Wan Suhardi bin Wan Md. Sukri (Ketua Unit Pembangunan) dan wakil unit
En. Syed Ahamd Farhan b. Said Omar (Ketua Unit Jurutera Operasi Hospital Negeri) dan wakil unit
Tn. Hj. Suzura bin Hassan (Ketua Unit Penyelia Hospital)
SHO Pn. Noraziah binti Zakaria dan wakil unit (Unit Konsesi Radicare)
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
TAKLIMAT CODE GREY KEPADA AHLI JAWATANKUASA CODE GREY
Taklimat tentang tatacara pengaktifan Code Grey dan peranan yang perlu diambil telah disampaikan oleh Dr Siti Nur Farhan di Bilik Seminar, Aras 5, Bangunan ACC, HRPZ II.
TAKLIMAT PROGRAM KOSPEN WOW DAN PENGISIAN MODUL_MODUL MALAYSIA VIRTUAL HEALTH ASSISTANT SYSTEM (MYVAS) TAHUN 2025.
Saringan kesihatan KOSPEN WOW bagi tahun 2025 akan menggunakan sistem MyVAS secara sepenuhnya.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pengetahuan dan maklumat terbaru berkenaan Program KOSPEN WOW dan sistem MyVAS.
Program berjalan dengan lancar selama dua hari di Makmal komputer Unit IT, Aras 5, Bangunan ACC. Sambutan baik diberikan oleh para peserta dan diharapkan sasaran 100% maklumat saringan kesihatan seluruh warga HRPZ II direkodkan dalam sistem MyVAS berjaya dicapai.
SARINGAN 'MANTOUX TEST'
Lokasi: Jabatan Kecemasan
Pasukan UKKP mewakili Jawatankuasa TB HRPZII telah menjalankan Saringan Mantoux untuk kakitangan Jabatan Kecemasan pada 10/3/2025 (Isnin).
Apa itu Mantoux?
Mantoux adalah ujian saringan bagi mengenal pasti pendedahan terhadap bakteria Tuberkulosis (TB).
Prosedur:
Suntikan 0.1 ml larutan Turbekulin secara intradermal di lengan kiri.
Peringatan Penting:
Jangan garu, gosok, atau tutup dengan plaster.
Jangan sapu krim, minyak, atau losyen.
Jangan rendam dalam air lama, tetapi boleh mandi seperti biasa.
Sekiranya mengalami kesan sampingan teruk (bengkak besar, sukar bernafas), dapatkan rawatan segera!
Keputusan Mantoux:
Bacaan Mantoux dibuat selepas 48 hingga 72 jam pada 12 -13 Mac 2025. Keputusan melebihi10mm adalah positif dan perlu mendapatkan konsultasi di Klinik Warga untuk langkah seterusnya.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT JABATAN PEDIATRIK HRPZ II
Tujuan bengkel ini adalah untuk mengenalpasti hazard yang timbul dalam aktiviti kerja di Jabatan Pediatrik dan membuat penilaian risiko bagi hazard-hazard tersebut serta mencadangkan langkah kawalan bagi hazard yang berisiko. Ini termasuklah mematuhi kehendak perundangan berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.
Terdapat beberapa perkongsian dan penerangan yang disampaikan tiga orang pegawai perubatan daripadanya UKKP HRPZII iaitu YBrs Dr. Izzul Ikhwan Bin Che Arifin, YBrs Dr. Zulzaire Bin Zulkefli dan YBrs Dr. Eileen Farhana Binti Shair. Dalam bengkel ini, mereka banyak menekankan berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2022) dan juga Proses Pentaksiran Risiko menggunakan teknik HIRARC.
Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, kakitangan di Jabatan Pediatrik akan lebih cakna mengenai hazard yang timbul dalam aktiviti kerja di Jabatan serta dapat membuat langkah kawalan bagi hazard yang berisiko. Sekaligus dapat menjamin kebajikan keselamatan dan kesihatan kakitangan semasa bekerja.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 2/2025
Lokasi: Klinik Psikiatri, Bilik Terapi Carakerja, Bilik ECT & Wad B/C (Jabatan Psikiatri)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah melaksanakan General Inspection di lokasi tersebut dan turut dihadiri oleh:
Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan II)
Dr. Norhana bt. Mohamed Fadzil (Timbalan Pengarah Perubatan III)
En. Saharuddin bin Mohd Kia (Timbalan Pengarah Pengurusan)
Dr. Rozila binti Aziz (Penyelaras Akreditasi)
Wakil Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Wakil Unit Kesihatan Awam
Wakil Unit Kawalan Infeksi
Wakil Unit Pembangunan
Wakil Unit Jurutera Operasi Hospital Negeri
Wakil Unit Aset & Perolehan
Wakil Penyelia Hospital
Wakil Unit Konsesi Radicare
Tujuan utama General Inspection ini adalah untuk memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, bersih, dan kondusif bagi pekerja serta pesakit.
Diharapkan, dengan pelaksanaan pemeriksaan ini, semua warga hospital akan lebih cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan tempat kerja sentiasa terpelihara.
ROAD TOUR DI JABATAN OFTALMOLOGI
Pasukan UKKP yang menjaga bahagian saringan non-communicable disease (NCD) diketuai oleh Dr Mohd Sukri bin Saidinal Ali. Program saringan kesihatan bagi warga HRPZ II telah diadakan di bilik seminar di Jabatan Oftalmologi dan dihadiri seramai ??? orang.
KURSUS SAFETY ENVIRONMENTAL TRAINING (SET) BIL. 1/ 2025
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (JPKK) telah berjaya menganjurkan Kursus Safety Environmental Training (SET) Siri 1/2025 secara maya melalui platform Google Meet.
Kursus ini telah mencatatkan kehadiran seramai 361 peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan. Kursus SET dirancang untuk diadakan secara berkala setiap tahun bagi meningkatkan penglibatan warga HRPZ II dalam program dan latihan berkaitan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.
Kursus ini merangkumi beberapa topik penting yang disampaikan melalui sesi ceramah, antaranya:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bencana dan Insiden Kecemasan
Keselamatan Radiasi
Keselamatan Bahan Kimia
Keselamatan ICT
Keselamatan Perlindungan (Security)
Keselamatan Kebakaran
Keselamatan Sitotoksik
Pengurusan Sisa Klinikal
Antara objektif kursus ini adalah:
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan warga HRPZ II mengenai risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja secara umum dan di hospital secara khusus.
Memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan terhadap bahaya, bencana, dan insiden yang boleh berlaku di tempat kerja dan hospital.
Memberikan penekanan kepada tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku bahaya, bencana, atau insiden di tempat kerja dan hospital.
BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) PERINGKAT ZON KLUSTER KELANTAN UTARA
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah menganjurkan Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) Peringkat Zon Kluster Kelantan Utara pada secara hibrid (Fizikal dan Maya).
Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk membuat pentaksiran risiko di tempat masing-masing serta bagi mematuhi kehendak perundangan berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2022).
Sesi online hanya melibatkan separuh hari pada hari pertama sahaja di mana Pegawai Perubatan daripada UKKP HRPZ II memberi perkongsian berkenaan Overview Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2022) dan Proses HIRARC untuk mengenalpasti hazard yang ada dalam aktiviti kerja, membuat penilaian risiko dan membuat kawalan risiko.
Sesi petang pada hari pertama melibatkan brainstorming aktiviti kerja di lapangan dan membuat lawatan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Peserta telah membentangkan hasil HIRARC mengikut kumpulan pada hari kedua.
Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, para peserta dapat membuat pentaksiran risiko di tempat masing-masing dan mengenal pasti hazard yang timbul dalam aktiviti kerja serta membuat langkah kawalan bagi hazard yang berisiko. Sekaligus dapat menjamin kebajikan keselamatan dan kesihatan kakitangan semasa bekerja.
BENGKEL LATIHAN HIRARC PERINGKAT HOSPITAL TUMPAT– LANGKAH PROAKTIF DALAM KESELAMATAN PEKERJAAN
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Tumpat dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah berjaya menganjurkan Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) di Dewan Utama, Hospital Tumpat.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam kepada kakitangan hospital mengenai pentaksiran risiko yang timbul dalam proses kerja, selaras dengan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022. Latihan ini juga bertindak sebagai langkah proaktif dalam memastikan aktiviti kerja yang lebih selamat serta mengurangkan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan dalam setiap aktiviti proses kerja.
Peserta didedahkan dengan Teknik HIRARC yang merangkumi:
Pengenalan kepada HIRARC
Jenis-jenis hazard yang ada dalam aktiviti kerja
Kaedah mengenal pasti hazard (Risk Identification)
Proses penilaian risiko (Risk Assessment)
Strategi kawalan risiko (Risk Control)
Diharapkan agar bengkel sebegini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta membudayakan amalan keselamatan dalam kalangan pekerja hospital.
TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM MyKKP BAGI MEDICAL SURVEILLANCE DAN NOTIFIKASI KES KEMALANGAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN
Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Ridzuan bin Abdullah, Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Kelantan.
Taklimat ini berlangsung dari pukul 12 sehingga 1 tengahari, secara online, dan dihadiri oleh berapa ramai peserta dari hospital, klinik kesihatan dan PKD seluruh negeri Kelantan.
MOBILE VACCINE
Lokasi: Wad 2 dan Wad 3 (Jabatan Pediatrik)
Anggota dari Klinik V.I.V.A telah melawat Wad 2 dan Wad 3 untuk suntikan imunisasi TDaP. Seramai 36 orang telah berjaya menerima suntikan TDaP (Adacel) iaitu perlindungan dari penyakit Diphteria, Tetanus dan Pertussis.
TAKLIMAT PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA DI HRPZ II BAGI TAHUN 2025
Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Izzul Ikhwan bin Che Ariffin, Pegawai Perubatan OHD UKKP. Tujuan pelaksanaan program taklimat ini adalah untuk:
meningkatkan kefahaman dan kemahiran wakil-wakil JKKP berkenaan pemeriksaan di tempat kerja
mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja
mengambil langkah kawalan yang praktikal bagi mengelakkan kejadian penyakit atau kemalangan pekerjaan
3 aspek utama yang ditekankan sepanjang pembentangan beliau adalah:
Tujuan pemeriksaan tempat kerja dijalankan
Penggunaan Format Senarai Semak Pemeriksaan Tempat Kerja yang telah disediakan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan, Sektor KPAS (KKM) bersama dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) KESUMA.
Pelaksanaan langkah penambahbaikan hasil dari penemuan pemeriksaan tempat kerja
Sesi taklimat ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 10.00 -hingga11.30 pagi bertempat di Bilik Seminar Aras 5, ACC dan dihadiri oleh 46 peserta secara fizikal dan maya yang melibatkan wakil-wakil JKKP daripada pelbagai Jabatan dan Unit di HRPZ II.
GENERAL INSPECTION HRPZ II BILANGAN 1/2025
Lokasi: Jabatan Dietetik dan Sajian
General Safety Inspection telah diketuai oleh Dr. Norhana bt. Mohamed Fadzil (Timbalan Penolong Pengarah III) dan 15 orang wakil dari UKKP, Unit Kawalan Infeksi, Unit Penyelia Hospital, Unit Pembangunan, Unit Aset, Unit Kesihatan Awam dan Radicare. Sebanyak 22 penemuan hazard dikenalpasti dan semuanya dalam proses penambahbaikan.
KURSUS SAFETY ENVIRONMENTAL TRAINING (SET) BIL. 6/ 2024 (KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA KESIHATAN DAN KOD GREY HRPZ II)
Kursus SET kali ini memberi penekanan tentang kekerasan terhadap anggota kesihatan.
Kami telah menjemput penceramah Dr Siti Nur Farhan bt Mohamed Rasidi (Pegawai Perubatan UKKP), Puan Hazwanie binti Husain Bustari (Timbalan Pendakwaraya dari Cawangan Pendakwaan Kelantan), En Mohamad Norhayatudin bin Mohamd Yaacob (Wakil Kaunselor Pengurusan) dan Dr Zuraida binti Ahmad (Pakar Psikiatri & Aggression Management Team).
Tajuk program sepanjang kursus adalah seperti berikut:
Pengenalan Polisi Kekerasan HRPZ II dan Kod Grey
Undang-undang Akta Berkaitan Kes Kekerasan
Post Incident Response Critical Incident Stress Debriefing dan DASS
Management of Aggression: Pencegahan & Kawalan De-escalation dan sesi praktikal Breakaway
Kursus telah berlangsung di Auditorium, Aras 5, Bangunan ACC, dan mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran kira-kira 120 peserta. Selain itu, terdapat juga peserta yang mengikuti kursus melalui siaran langsung di YouTube.
CME Mingguan Jabatan Bius: Management of Occupational Sharp Injury or Body Fluid Exposure
Pihak kami amat berbesar hati di atas jemputan ini memandangkan kes kecederaan alatan tajam di kalangan pegawai perubatan agak tinggi berbanding di kalangan paramedik.
Dr Mohd Sukri bin Saidinal Ali bersama-sama Dr Zulzaire bin Zulkefli telah mewakili UKKP dalam menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan kes kecederaan disebabkan alatan tajam atau cecair badan di tempat kerja di Jabatan Bius.
Ceramah ini memberi pendedahan dan penekanan berkaitan:
Keperluan membuat notifikasi kes kepada pegawai perubatan UKKP dan mengisi borang yang berkaitan
Memastikan status HIV, Hepatitis B dan C pesakit yang menjadi sumber kepada pendedahan kes kecederaan alatan tajam dan cecair badan diperiksa
Menekankan kepentingan pematuhan kepada garis panduan penggunaan alatan tajam supaya kecederaan dapat dielakkan
CME ini telah berlangsung di Bilik Seminar ICU Intan selama 1 jam dari pukul 8.00-9.00 pagi dengan kehadiran 35 orang peserta melibatkan pegawai perubatan siswazah, pegawai perubatan dan pakar.