PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATLAMAT
Supaya anda memahami tentang diri.
Supaya anda dapat menerima diri anda dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik.
Supaya anda dapat mengenal pasti apakah keperluan anda.
Agar anda dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan anda pada masa sekarang dan akan datang.
BAGAIMANAKAH PERHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan di Bilik Bimbingan & Kaunseling SK API API KOTA KINABALU.
Kaunseling Individu - Pertemuan ANDA dengan Guru Bimbingan.
Kaunseling Kelompok - Pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan Guru Bimbingan.
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau bersama dengan rakan anda ATAU
Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di Bilik Bimbingan dan Kaunseling atau secara atas talian.
TEMUI GURU BIMBINGAN ANDA SEKARANG!
JANGAN TUNGGU MASALAH ANDA MENJADI LEBIH PARAH!
💜 KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA 💜