Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid
Selain itu, PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal pasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalendar Akademik 2023/2024 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam.
Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan oleh KPM dengan objektif yang berikut:
Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir;
Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan;
Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid;
Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik;
Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu; dan
Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.
© 2016 ubkskaa. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian Data dan Maklumat
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Api Api Kota Kinabalu adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.