Visi Perkhidmatan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.
Misi Perkhidmatan
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ), dan berakhlak mulia (SQ).
Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
Piagam Pelanggan
Menyediakan bilik kaunseling dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.
Menerima semua klien tanpa syarat.
Memenuhi temujanji klien.
Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi menglahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
CARTA ORGANISASI
APLIKASI PERKHIDMATAN B&K
PERKHIDMATAN B&K
LOKASI
SEKOLAH KEBANGSAAN API API KOTA KINABALU
Jalan Bukit Padang
Mile 1.4 Off Jalan Tuaran
88300 Kota Kinabalu.
Tel :
088-314191
Email :
eubkskapiapi@gmail.com
© 2016 ubkskaa. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian Data dan Maklumat
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Api Api Kota Kinabalu adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.