UJIAN SARINGAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN (DASS)
Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan. Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.
Melalui ujian DASS, anda boleh mengetahui:
Tahap kemurungan, kebimbangan dan stres yang anda alami.
Adakah tahap untuk setiap kondisi ini merisaukan?
Adakah setiap kondisi ini mencetuskan simptom fizikal seperti kesukaran bernafas, peningkatan kadar degupan jantung dan sebagainya?
Selepas satu tempoh masa tertentu, anda mungkin perlu menjawab kembali DASS untuk mengetahui sama ada kondisi mental anda menjadi semakin baik selepas rawatan.
Dengan bantuan ahli psikologi, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesihatan mental anda selepas menjawab ujian gangguan mental ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian DASS online sebelum berjumpa pakar.
Jika anda mempunyai skor yang teruk, anda perlulah berjumpa pakar secepat mungkin. Anda boleh membawa keputusan ujian tersebut dan serahkannya kepada doktor yang bertugas di klinik kesihatan untuk diagnosis lanjut. Mereka dapat membantu. Jangan malu jika anda disahkan menghidap gangguan mental.
Klik 👇 untuk mengikuti Ujian Saringan ini.
Saringan Penilaian Kesihatan Pesakit (PHQ-9)
Ujian PHQ-9 adalah ujian pelbagai guna yang direka untuk penyaringan, mendiagnosis, pemantauan dan mengukur keseriusan kemurungan. Anda boleh membuat penilaian kesihatan kendiri dan temui doktor jika anda mengenal pasti sebarang masalah yang dialami sehingga mengganggu mood, emosi, fungsi anda di tempat kerja, melaksanakan tugasan di rumah atau bergaul dengan orang lain.
Klik 👇 untuk mengikuti Ujian Saringan ini.