PENGENALAN
Kesedaran berkaitan minda sihat sangat diberi keutamaan bermula dari era pendamik sehinggalah era endamik ini. Kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa kepada tercetusnya Projek Laman Minda Sihat (LMS) untuk disebar luas ke sekolah-sekolah secara berperingkat. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Api Api Kota Kinabalu bertuah kerana telah terpilih menerima waran untuk membina laman LMS.
Dengan adanya hebahan berterusan berkaitan minda sihat ini; sedikit sebanyak warga sekolah akan mempunyai informasi berkaitan pentingnya menjaga kesihatan mental bermula di peringkat sekolah. Ini kerana sekolah dianggap sebagai rumah kedua murid dan banyak masa dihabiskan di sekolah. Semua warga diharapkan dapat memahami konsep ‘Minda Sihat, Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera’.
TUJUAN
Menyebarluaskan informasi (outreach) berkaitan minda sihat secara berterusan.
Mewujudkan Laman Minda Sihat yang menjadi ‘One Stop Cente’ kepada murid mendapatkan Informasi dan merasakan aura berkaitan Minda Sihat.
OBJEKTIF
Memberi informasi berkaitan kesejahteraan mental murid.
Menyediakan ruang khas kepada warga sekolah bertemakan minda sihat.
Memberi kesedaran pentingnya kesihatan mental.
Mengenal emosi yang ada dalam diri dan langkah mengawal emosi.
Memahami langkah mencapai kesihatan mental yang baik.
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan kepada barisan pentadbir SK Api Api Kota Kinabalu atas sokongan yang tidak terhingga. Kepada barisan AJK terlibat langsung dan tidak langsung, kepada semua guru-guru, kepada barisan AKP, kepada barisan pembersihan dan tukang kebun serta kepada barisan anak didik yang sangat membantu tanpa mengira masa dan tenaga.
Penghargaan juga diberikan kepada sokongan dan dorongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kepercayaan memberi peluang sekolah kami terpilih sebagai salah satu sekolah Laman Minda Sihat buat tahun 2022. Kepercayaan ini kami gunakan sebagai platform terbaik menyebarluaskan lagi kesejahteraan mental dalam kalangan murid, guru, ibu-bapa/waris dan semua pihak.
Penghargaan tak terhingga diberikan kepada diri sendiri serta keluarga kami Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Api Api KK, yang turut memberikan sokongan moral, tenaga dan idea untuk menjayakan Program dan Laman Minda Sihat ini. Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua dengan mencapai motto ‘Minda Sihat, Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera’. Bagi kami ‘Kerja Itu Satu Ibadah’. Semoga usaha dan kesungguhan ini akan diteruskan dan memastikan kesejahteraan semua pihak terpelihara.
Penilaian Laman Minda Sihat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Gotong-royong menyiapkan Laman Minda Sihat
Tahniah dan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama barisan pentadbir, rakan-rakan guru, AKP, ibu bapa dan murid dalam menyiapkan projek LMS.