The part which scares most student are the " Projek Geografi" which is usually based on the things that they had learnt in the three years . Here are some of the examples for you all when doing "Projek Geografi".
Terangkan cara-cara mengurangkan aktiviti-aktiviti pembakaran sampah secara terbuka di kawasan anda.
Bank Soalan Geografi Tingkatan 3
1. Apakah ciri-ciri carta pai?
a.Mempunyai tajuk
b. Mempunyai sudut
c. Nilai keseluruhan bulatan ialah 360°
2.Kawasan tanah pamah di Malaysia dan di Amazon (Brazil) diliputi oleh Hutan Hujan Tropika.
3.Contoh kawasan tanah pamah di dunia ialah
a. Lembangan Murray Darling
b. Dataran Manchuria
c. Lembangan Congo
d. Lembangan Ganges-Brahmaputra.
e. Lembangan Congo
3. kawasan tanah tinggi mempunyai ketinggian melebihi 180 m dari aras laut.
4. Contoh Hutan Pantai di dunia ialah
a.Pantai Phra Ae
b.Pulau Raja Ampat
c.Teluk Wineglass
4. Pulau yang terbesar di Thailand ialah Pulau Phuket.
5. Pulau yang terbesar di Vietnam ialah Pulau Phu Quoc.
6. Tanih Chernozem ialah tanih hitam yang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami iklim steppe.
7. Contoh hidupan liar yang terdapat di kawasan beriklim steppe ialah
a. Coyote
b. Bobcat
c. Badger
8. Tanih permafrost ialah tanih yang kurang subur, sejuk dan membeku sepanjang tahun. Ia terdapat di kawasan hutan tundra.
9.Tanih podzol ialah tanih yang nipis, berasid dan beku . Ia terdapat di kawasan hutan konifer.
10.Contoh hidupan liar yang terdapat di kawasan gurun panas ialah
a. Pokok Ghaf
b. Pokok saltbushes
c. Pokok Caper
d. Rumput alfalfa.
11.Apakah perbezaan iklim monsun tropika dan iklim khatulistiwa?
Iklim monsun tropika mengalami iklim yang kering dan lembap yang nyata manakala iklim khatulistiwa pula ialah iklim lembap dan panas sepanjang tahun .
12. Di utara eropah, Jerman dan Poland mengalami iklim Siberia.
13. Contoh tumbuhan yang ada di kawasan iklim siberia ialah
a. Pain merah
b. Paper Birch
c.Dahurian Larch
14.Terdapat 4 lapisan utama di hutan khatulistiwa iaitu
a. lantai hutan
b. lapisan tengah
c.lapisan renjong (emergen)
d. lapisan kanopi (silara)
15. Akar banir dan akar jangkang menyokong pokok di kawasan hutan paya air tawar daripada tumbang.
16.Bagaimanakah manusia boleh menjaga hutan yang ada di bumi kita?
Manusia boleh menjaga hutan yang ada di bumi kita dengan menubuhkan hutan simpan . Hutan simpan yang ada adalah hutan yang tidak boleh diterokai oleh mana-mana pihak untuk tujuaan pembangunan. Hutan yang ada ini dapat membantu hidupan liar dan tumbuhan liar yang ada di sana daripada pupus akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bukan sahaja itu, kita boleh menjaga hutan dengan menjalankan aktiviti penghutanan semula. Penghutanan semula dapat melindungi hutan yang ada daripada pupus. Penghutanan juga dapat menjamin pokok yang telah ditebang akan digantikan oleh pokok yang baru .
Kerajaan juga harus mengehadkan permit pembalakan yang diberikan kepada orang ramai supaya proses pembalakan yang ada dijalankan dengan teratur dan tidak menganggu habitat haiwan liar .Ini membolehkan hidupan liar yang ada supaya terus hidup di hutan tersebut.
17.Ekopelancongan dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan.
Ekopelancongan adalah satu aktiviti penting yang dapat membantu kerajaan meningkatkan pendapatan . Ini adalah kerana pelancong yang datang ke tapak ekopelancongan akan membayar yuran masuk ke kawasan berkenaan . Ini sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara serta penduduk tempatan . Ini adalah tapak ekopelancongan yang ada akan memerlukan pekerja untuk menjaga kawasan tersebut.
Selain itu , tapak ekopelancongan yang terkenal juga dapat menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke sini . Pelancong asing ini akan menyumbang kepada pendapatan negara sekiranya mereka bercadang untuk menginap di salah satu tapak ekopelancongan yang ada di Malaysia.
18.Namakan dua kawasan ekopelancongan yang membolehkan anda berinteraksi dengan hidupan liar.
Taman Negara Similajau (Sarawak) dan Kuala Gandah (Pahang)
19.Mengapakah Malaysia mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik?
Malaysia berpotensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik kerana ia menerima kira-kira 2600mm hujan setahun.
20.Bandar yang berkembang pesat akibat petroleum ialah Kerteh.
21.Silimpopon terkenal dengan sumber mineral _arang batu.___
Terangkan tiga kesan krisis semula jadi terhadap sektor ekonomi dunia.
a. Pendapatan negara pengeksport dan pengimport tidak menentu ekoran kekurangan sumber.
b.Kenaikan sumber.
c. Peningkatan kos sara hidup meningkat kerana nilai mata wang menurun.
2. Apakah kepentingan pengangkutan kereta api di Asia?
Kereta api boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Tambahan pula, ia boleh mengurangkan masa perjalanan. Darjah ketersampaian dan integrasi nasional juga akan meningkat kerana rakyat bebas untuk pergi ke sana dan sini.Perkembangan perdangangan domestik juga akan meningkat .
Bab 8 (Tingkatan 2)
1. Terdapat _________________ negara di Asia.
2. Negara yang mempunyai sempadan di sebelah Eropah dan di sebelah Asia ialah _________________________
3. Lapangan terbang terbesar di Rusia ialah _________________________________
4. Hab penerbangan terbesar China tengah dan barat ialah _________________________________
5. Pelabuhan Kontena Terbesar di India ialah _________________________
6. Pelabuhan yang menjalankan proses pemunggahan di tengah laut ialah _______________________
7. Terminal 3 di Lapangan Terbang Dubai dikhaskan untuk ____________________________
8. Sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi di Jepun juga dikenali sebagai _____________________.
9. Salah satu landasan kereta api yang terpanjang di Asia ialah ________________________________.
10._______________________mempunyai jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia.
Jawapan
1. 48
2. Rusia/ Turkey
3. Lapangan terbang Antarabangsa Domededovo
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu
5. Pelabuhan Jawaharlal
6. Pelabuhan Hong Kong
7. Syarikat penerbangan Emirates.
8. Bullet train.
9. Landasan kereta api Trans-Siberian.
10. Landasan kereta api India.
Keajaiban Geografi
Pada hari ini, kita akan membincangkan tentang satu tempat menarik yang terletak di Temerloh, Pahang . Banyak orang sering mengaitkan bandar ini dengan satu masakan yang istimewa iaitu tempoyok ikan patin. Bandar ini juga terkenal dengan sangkar ikan patin. Temerloh juga dikenali sebagai Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Bank soalan Tingkatan 1 .
Apakah ciri-ciri sebuah peta topografi yang lengkap?
-Simbol
-Petunjuk
-Skala
-Tajuk
-Arah mata angin.
Ciri pandang darat fizikal merujuk kepada ciri-ciri semula jadi yang ada di bumi.
Ciri pandang darat budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia yang ada di bumi.
Nyatakan empat kepentingan tanah tinggi kepada manusia.
-Penjanaan kuasa hidroelektrik
-Pertanian . Ia penting untuk penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran dan buah-buahan .
- Pelancongan. Kawasan tanah tinggi yang mempunyai iklim sejuk sesuai untuk aktiviti pelancongan.
Senaraikan tiga kepentingan pentafsiran peta topografi.
Dapat mengenal pasti ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.
Menghubungkaitkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.
Menentukan taburan penduduk, pola petempatan , kedudukan dan arah sesuatu ciri.
Geografi Tingkatan 1 (Bank soalan)
Mengapakah Shah Alam mempunyai taburan penduduk yang pesat?
A. Kawasan pesisir pantai
B. Kawasan pusat perindustrian
C. Pusat pengumpulan hasil pertanian
D. Kawasan pelancongan hawa sederhana
Mengapakah Sarawak dan Sabah mempunyai kawasan berpenduduk jarang?
A. Kawasan pinggir laut
B. Tanah pamah yang rata
C. Ketinggian lebih daripada 180 meter
D. Mempunyai kegiatan perlombongan sumber.
Kawasan bekas lombong ___________________ kaya dengan mineral tembaga di Sabah.
4. _______________________ ialah bandar yang mempunyai gelaran "Little Hong Kong" di Malaysia
5. Mengapakah terdapat banyak penduduk di kawasan Kerteh dan Bintulu?
A. Industri Petroleum
B. Industri Desa
C. Kegiatan Perikanan
D. Aktiviti pelancongan
JAWAPAN
B
C
Mamut
Sandakan
A
Geografi Tingkatan 1.
Tasik semula jadi terbesar di Sarawak ialah ___________________________________
Sungai yang terpanjang di Sabah ialah ____________________________.
Sungai yang terpanjang di Malaysia ialah _____________________________.
Sungai-sungai di Malaysia adalah ________________ dan ______________________.
Namakan tiga pandang darat fizikal yang terdapat di peringkat hulu sungai.
a.________________________ b. ____________________________________ c. ______________________________
Apakah ciri-ciri peringkat hulu sungai?
a. ________________________________________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________________________________________
c._________________________________________________________________________________________________
Jawapan Tingkatan 1
Loagan Bunut
Sungai Kinabatangan
Sungai Rajang
pendek;deras
a. Air terjun
b. Jeram
c. Lubang periuk
a. Terletak di kawasan tanah tinggi.
b. Aliran air sangat deras.
c. proses hakisan giat berlaku.
.
Bank soalan Tingkatan 1.
Terdapat 4 mata angin utama iaituļ¼
a._________________________ b.__________________________ c. _________________________________
d.________________________
Taman Negara Mulu terletak di ___________________________, Sarawak.
Terdapat 4 negeri yang bersempadan dengan negara Thailand iaitu:
A.____________________________________________________________
B.____________________________________________________________
C.____________________________________________________________
D.___________________________________________________________
Negeri yang mempunyai lapangan terbang terbanyak di Malaysia ialah ________________________
Mengapakah pengangkutan udara penting di negeri Sarawak?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Sisa domestik boleh dibahagikan kepada ______________________ dan _________________________.
Jawapan
utara, selatan , barat dan timur.
Miri
a. Perak
b.Perlis
c.Kedah
d.Kelantan
Sarawak
Pengangkutan udara penting di sarawak kerana pengangkutan darat tidak maju. Tambahan pula, sarawak mempunyai kawasan yang berbukit-bakau.
Bahan organik dan bahan bukan organik.
Fakta hari ini
Keluasan Pahang adalah bersamaan dengan saiz tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Pahang mempunyai kawasan hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia.
Soalan esei
1.Apakah ciri-ciri iklim gurun panas?
Gurun panas adalah satu kawasan yang panas dan kering sepanjang tahun . Min suhu tahunnannya juga tinggi iaitu 25 c . Suhu pada waktu siang pula tinggi kerana tidak berawan . Ini menyebabkan cahaya matahri yang terik sampai ke permukaan bumi dengan cepat . Suhu pada waktu malam pula sejuk keranan langin tidak berawan . Ini menyebabkan haba mudah terlepas dari kawasan persekitaran .
2. Apakah ciri-ciri Hutan Hujan Tropika?
Hutan Hujan Tropika tumbuh rapat dan malar hijau. Batang pokoknya pula lurus, tumbuh tinggi dan berakar banir . Kebanyakan pokok yang ada juga terdiri daripada spesis kayu keras bermutu tinggi seperti meranti, cengal, kapur dan merbau . Tambahan pula, daun pokok di hutan ini lebar dan hujungnya berbentuk tirus. Hutan Hujan Tropika juga mempunyai empat lapisan nyata . Lapisan tersebut ialah lapisan renjong, lapisan kanopi , lapisan tengah dan lantai hutan .
3. Terangkan ciri-ciri yang ada pada pokok di Hutan Paya Air Tawar.
Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang ada di Hutan Paya Air Tawar adalah tumbuhan yang boleh hidup di kawasan bersaliran buruk dan ditenggelami air . Pokok ini mempunyai akar udara . Akar udara ini penting untuk membolehkan tumbuhan tersebut bernafas . Contohnya , Pokok Bintangor . Tumbuhan yang ada juga mempunyai akar pneumatofor . Akar ini juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan akar udara untuk tujuan pernafasan . Tumbuhan yang ada di Hutan Paya air tawar juga mempunyai akar yang kuat seperti akar jangkang dan akar banir untuk menyokongnya agar tidak tumbang .
Soalan -soalan lazim
Nyatakan tiga lokasi yang dilitupi Hutan Pantai .
a. Pulau Sipadan, Sabah
b. Pantai Cheranting, Pahang
c. Desaru, Johor
Namakan tumbuh-tumbuhan liar yang sesuai dijadikan sumber perubatan .
a. Kacip Fatimah
b. Pegaga
c. Kunyit.
Taman Negara terletak di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu .
Contoh Hutan Simpan kekal yang ada di Malaysia ialah
a. Hutan Simpan Lembah Danum, Sabah
b. Hutan Belum, Perak
Sungai Endau-Rompin adalah sempadan negeri Pahang dan Johor.
Sungai Bernam adalah sempadan semulajadi antara Perak dan Selangor.
Namakan pusat konservasi bagi badak sumatera.
a. taman negara
___Johor_________________ merupakan pengeluar nanas yang terbesar di Malaysia.