Contoh kesalahan bahasa yang lazim .
Salah:Rencana-rencana itu saya akan bukukan.
Betul:Rencana-rencana itu akan saya bukukan.
Salah:Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama.
Betul:Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama.
Salah:Kami telah membaca berita di anda kejayaan anda disiarkan.
Betul: Kami telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.
Salah:Banjiran warga asing dalam rantaian perbekalan sayur perlu dikawal oleh agensi kerajaan berkaitan supaya sektor makanan negara dapat diperkukuh dan tidak lagi terlalu bergantung pada hasil tani yang dimport.
Betul: Kebanjiran warga asing dalam rantaian perbekalan sayur perlu dikawal oleh agensi kerajaan berkaitan supaya sektor makanan negara dapat diperkukuh dan tidak lagi terlalu bergantung pada hasil tani yang dimport.
Salah:DBP menyarankan kerajaan negeri meningkatkan usaha bagi mantapkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan kakitangan.
Betul:DBP menyarankan kerajaan negeri meningkatkan usaha bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan kakitangan.
Cari kesalahan bahasa atau tatabahasa bagi setiap ayat di bawah.
1. Kapal terbang itu tengah mendarat dalam keadaan cuaca buruk .
2. Adik tidak hendak makan walaupun dipujuk oleh ibu.
3. Mei Poh menyambut Tahun Baru Cina di kampong ibunya.
4. Perkara ini telah mendatang kebimbangan kepada semua pihak .
5. Nasi impit perlu direbus selama 3jam sebelum dapat dimakan .
6. Penghidap prostat sukar untuk mula kencing dan terpaksa meneran semasa membuang air besar.
Jawapan
1. Tengah------- sedang
2. Tidak hendak-----------tidak mahu
3. Baru------baharu
4. Mendatang------mendatangkan .
5. Nasi impit-------- nasi himpit
6. Air besar---air kecil
Cari kesalahan bahasa dalam setiap ayat di bawah .
1.Wanita itu mengekori anggota polis berkenaan sebelum cuba menyelak saku untuk mengambil barangan berharga anggota
2. Penolong rumah saya telah menghantar adik saya ke sekolah .
3.Lapan warga asing dibekas dipercayai terlibat dalam kes seluk saku di Jalan Ampang di sini pada Ahad.
4.Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tumpas dua kumpulan mencuri motosikal yang aktif di Klang, Shah Alam dan Banting, Selangor.
5.Suasana persekitaran yang konduksif dalam menuntut ilmu amat penting bagi menjaga keselesaan murid dan juga guru.
6. Kita boleh melakukan sedikit ringan senaman di tempat kerja dengan meregangkan tangan .
7. Buli adalah tindakan dengan niat untuk menyakit dan memberikan tekanan kepada seseorang .
8. Sebahagian orang penduduk suka menghabiskan masa dengan bercakap kosong di kedai kopi.
9. Aktiviti menjelejah hutan dapat mengurangkan kegantungan anak-anak kepada gajet elektronik untuk mengisi hari cuti mereka.
10. keracunan bahasa kebangsaan oleh penyampai radio tempatan sangat membimbangkan.
11. Karya akan terbantut jika pengkayaan terkongkong.
12. Kemahiran lisan menitikkan kemahiran mendengar dan bertutur.
JAWAPAN.
1.menyelak---- menyeluk
2. penolong----- pembantu
3. dibekas----diberkas
4.tumpas---- menumpaskan
5. konduksif----kondusif
6.Ringan senaman-------senaman ringan .
7. Menyakit-----menyakiti
8.Sebahagian orang penduduk------------ sebahagian penduduk .
9. kegantungan---------kebergantungan.
10. keracunan-----kerancuan
11. pengkayaan----pengkarya
12. menititikkan ---------menitikberatkan
Kosa kata Bahasa Istana
Mengadap- Berjumpa
Ampun- Maaf
Anugerah- Hadiah
Beradu- tidur
Merafak- mengangkat
Santap- makan
Gering-sakit
Hari keputeraan- hari jadi
Murka- marah
Putera- anak lelaki
Puteri-anak pereumpuan
Permaisuri- isteri
Pacal- Patik, saya
Santap -Makan
Bersiram- mandi
Bertitah - berkata
Bersabda- berkata
Kamar-bilik.
berahi- cinta
gharib-ganjil
ratna mutu manikam (batu permata)
masyghul (dukacita, sedih)
ceritera (cerita),
Kosa kata.
Aspirasi- hasrat.
Kerajaan mempunyai aspirasi untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
Onak dan duri - pelbagai rintangan.
Kerajaan berdepan dengan pelbagai onak dan duri dalam membanteras aktiviti penyeludupan rokok dari negara jiran .
Mengorak- memulakan
Dia mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan sejak lima tahun lalu.
Nafsi- mementingkan diri
Sikap Abu yang nafsi sering menjadi buah mulut rakan-rakanynya.
Metropolitan - Bandar Raya.
Metropolitan Tokyo adalah salah satu metropolitan yang terbesar di dunia.
Kosa kata hari ini.
Pragmatis: praktikal.
-Dia merupakan seorang yang pragmatis dalam kehidupannya.
Darah daging:anak atau saudara dari keturunan sendiri.
-Dia tidak dapat membuat keputusan untuk membantu sesiapa kerana kedua-dua orang yang bertelingkah itu adalah darah daging sahabat baiknya.
Tarbiah : pendidikan
Dia mendapat tarbiah di Pahang.
Tersohor: terkenal.
Penyanyi tersohor itu sedang menyanyi di hadapan saya.
Mantan: bekas
Pemuda itu merupakan seorang mantan tentera yang berani .
Kosa kata .
iras-iras- hampir serupa.
Muka ilir iras-iras muka ibunya.
kekangan- halangan
Saya berdepan dengan pelbagai kekangan semasa belajar di menara gading.
masa senggang- masa lapang
Masa senggang yang ada digunakan untuk bermain permainan video.
badai kehidupan - cabaran hidup.
Kita haruslah tabah menghadapi segala badai kehidupan dan bukan melarikan diri apabila berdepan dengan badai kehidupan.
Dwitahunan: maksudnya dua tahun sekali.
Acara sukan sekolah dianjurkan secara dwitahunan.
Kesalahan tatabahasa.
Golongan profesyional digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan.
Saya suka membeli barangan perluan di pasar raya besar yang ada di kawasan saya.
Ibu menghadiahkan Norani sebuah telefon tangan kerana mendapat johan dalam pertandingan badminton.
Jawapan kesalahan tatabahasa.
1. profesional
2. keperluan
3. menghadiahi : telefon bimbit
Kosa kata hari ini .
Jentik-jentik- anak nyamuk.
Kita disarankan untuk membunuh semua jentik-jentik yang ada untuk mengurangkan populasi nyamuk.
Kabu-kabu - sesuatu yang lembut dan kelihatan seperti kapas.
Mata-mata- polis.
Molek-molek - elok-elok, cantik-cantik.
Pepuyu- sejenis ikan.
Kekudung- tudung kepala
Anak pinak-anak yang ramai
belat-belit- tidak jujur.
Kosa kata
Penggodam - hacker / 黑客
Internet benda (IoT) - Internet of Things/ 物联网
Rumputan - tanah yang dilitupi rumput. / places that are full of grass/ 长满草的。
Royalti- royalty/ 版税。
Cari kesalahan tatabahasa di bawah.
Rumahtangga Abu kucar-kacir.
Saya membeli cendera mata dari Indonesia untuk kawan saya.
Terdapat banyak pengodam hebat di negara ini.
Industri automobile di negara kita berkembang maju dan pesat.
Syarikat saya mempunyai hakcipta untuk membakar sampah tanpa asap.
Cari kesalahan tatabahasa di bawah.
Rumahtangga Abu kucar-kacir.
Saya membeli cendera mata dari Indonesia untuk kawan saya.
Terdapat banyak pengodam hebat di negara ini.
Industri automobile di negara kita berkembang maju dan pesat.
Syarikat saya mempunyai hakcipta untuk membakar sampah tanpa asap.
Jawapan .
1. Rumah tangga
2. cenderamata
3. penggodam
4. automobil
5.hak cipta.
Kosa kata penting
Dentam-dentum - maksudnya bunyi yang sangat kuat seperti mercun. 很高的声音。
Contoh: Bunyi dentam-dentum adalah perkara biasa semasa malam Tahun Baru Cina.
Dolak-dalik- tidak tetap dan bertukar-tukar. 不稳定或者在旋转。
Contoh: Pasangan selebriti itu sering berdolak-dalik mengenai status hubungan mereka selepas ditangkap berpegangan tangan di tempat awam .
Peninju- orang yang meninju atau orang yang menumbuk. 拳手
Contoh : Peninju yang hebat itu sering menakutkan lawannya di perlawanan tinju .
Menggemburkan: membuat tanah menjadi gembur dengan cangkul. 松土
Contoh:Kita harus menggemburkan tanah di halaman rumah supaya tanaman yang ada mudah membesar.
Gembar-gembur: Bersorak-sorak.
Contoh Buatlah kerja awak , jangan asyik bergembar-gembur sahaja.
Kesalahan tatabahasa. Terdapat satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat di bawah .
Semua kakitangan kilang akan keluar makan tengahhari selama satu jam setengah.
Zaidaai hanya mendiamkan diri bila dimarahi oleh ayah.
Murid-murid dikehendaki untuk menyiapkan kerja mereka dalam masa satu setengah jam .
Kegemaran saya di waktu lapang ialah membaca buku cerita.
Kerja-kerja memperlebarkan jalan raya itu perlu dilakukan dengan segera.
Jawapan Tatabahasa
tengahhari - tengah hari
bila-apabila
setengah jam-jam setengah
di-pada
memperlebarkan- memperlebar.
Jawab soalan-soalan di bawah dengan peribahasa yang betul.
Rashid sangat meminati permainan badminton sejak di bangku sekolah lagi . Dia sering mengikuti ayahnya bermain badminton sejak kecil lagi . Akhirnya, dia juga mewakli negaranya untuk bermain badminton di peringkat antarabangsa.
_____________________________________________________________________________________.
Noh adalah seorang yang tidak mengenang budi ibubapanya setelah mereka membiayai pelajarannya di menara gading. Dia tidak menziarahi ibubapanya di kampung selepasa meninggalkan kawasan tersebut untuk bekerja di bandar besar.
_______________________________________________________________________________________.
Abu suka membeli sesuatu yang mahal tetapi kualitinya bagus dan tahan lasak. Dia berpendapat bahawa kita harus membeli sesuatu barangan yang berkualiti supaya wang yang dibelanjakan itu berbaloi .
_________________________________________________________________________________________.
Jawpan peribahasa.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Bagai kacang lupakan kulit
Alah membeli, menang memakai.
Tatabahasa hari ini.
Melaram ; menghias diri dengan memakai pakaian yang cantik (untuk menunjuk-nunjuk)
Memperkasa- meningkatkan
Dangkal- pengetahuan yang cetek .
Contoh: Dia mempunyai pengetahuan yang dangkal dalam bidang pertanian.
Tahayul - Kepercayaan yang karut-marut.
Membanting : menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah .
Contoh: Saya membantu ayah saya membanting pada cuti sekolah yang lalu.
Keributan : huru-hara.
Tatabahasa teknologi
Teknologi awan - cloud computing.
Telefon pintar- smartphone
Sembang siber- chatting
Kafe siber- cybercafe
laman sesawang - website.
Tatabahasa
Tatarias: usaha menghias atau mengatur hiasan yang akan dipertunjukkan .
Contoh: Lambakan mekap di pasaran menyebabkan anak-anak gadis kita kian suka dengan tatarias.
kantung ketuban : amniotic sac.
Contoh. Seorang bayi dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih utuh.
ajal-death.
contoh. Ajal Pak Kadir akhirnya datang kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Kampung.
Perkataan hampir maksud
Jerang- memasak air. 煮水
Saya akan menjerang air untuk membuat air kopi .
jarang-jarang- tidak kerap.
Saya jarang-jarang pergi ke bandar kerana terlalu jauh dari rumah saya.
rabun -tidak dapat melihat dengan jelas. 看的不清楚。
Saya mempunyai rabun malam . Oleh itu, saya tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam .
Menjinjit - membawa sesuatu dengan tangan ke bawah .
Dia keluar dari kedai runcit itu sambil menjinjit beg plastik.
Mengangkit - membawa sesuatu dari tempat asal.
Dia mengangkit periuk yang panas itu dengan menggunakan kain basah .
Tatabahasa hari ini .
Potato wedges - bebaji kentang
Brought in dead - mati ketika dibawa .
Cash recycling machine - mesin kitar semula tunai .
Decent standard of living - taraf hidup yang wajar.
Asymptomatic carrier- pembawa tidak bergejala
Accusing others- menuding jari.
Confinement lady - pramurawat ibu bersalin .
figure- figura
trailer- treler
help others; menyantuni.
Ayat songsang
Ayat songsang adalah ayat yang mengalami proses penyusunan semula.
Ayat biasa: Ibu memasak nasi di dapur
Ayat songang; Memasak nasi di dapur emak
Ayat songang 2: Memasak nasi emak di dapur
Ayat songsang 3: Di dapur, emak memasak nasi.
Ayat biasa: Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital
Ayat songsang: Di hospital ibu Fauziah sedang sakit tenat
Ayat songsang 2:Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital .
Ayat biasa: Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.
Ayat biasa: Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
Ayat songsang: Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
Tatabahasa hari ini .
empuk - lembut dan mudah dikunyah
Ubi kayu itu empuk setelah direbus oleh saya di dapur.
Dicekup - ditangkap.
Akhirnya, penjahat itu berjaya dicekup oleh polis.
Getir -rasa pahit .
Pak cik itu telah mengharungi banyak halangan serta mempunyai banyak pengalaman getir .
mengait- memetik sesuatu dengan galah yang bercangkuk .
Pak cik itu sedang mengait buah mangga dari pokok mangga yang tinggi .
Mengangkit- mengangkat sesuatu yang tidak memerlukan banyak tenaga.
Dia mengangkit cerek itu dari dapur ke ruang tamu.
Direbus tak empuk - sangat sukar dikalahkan
Pasukan India direbus tak empuk walaupun berdepan dengan pasukan lawan yang kuat.
Ejaan salah Ejaan betul
lebuhraya lebuh raya
jalanraya jalan raya
bandarraya bandar raya
pasarraya pasar raya
stesen penguatkuasa stesen penguat kuasa
Tatabahasa hari ini .
Seranah - kata-kata mengutuk .
Tohor-tidak dalam , cetek .
Contoh : Air yang ada di halaman rumah saya sangat tohor.
Suri teladan - contoh terbaik .
Contoh . Orang tua yang ada di rumah harus menjadi suri teladan supaya dia akan digemari oleh orang ramai.
Memandang enteng : Memandang mudah .
Contoh ; Golongan bangsawan digesa supaya jangan memandang enteng masalah yang dihadapi oleh rakyat tempatan .
Sedondon ; matching.
Terdapat satu link majalah bagus yang ingin saya kongsikan dengan orang ramai iaitu https://lamanweb.dbp.gov.my/majalah-percuma/. Terdapat banyak kosa kata yang boleh dipelajari dari sini .
Cari kesalahan bahasa bagi setiap ayat di bawah.
Beliau akan meresmikan pelancaran kempen kebersihan di sekolah kita.
Saya tersalah tafsir harga buku yang dijual pada pagi ini sehingga kerugian duit .
Kawasan pendalaman tidak mendapat peluang pekerjaan yang secukupnya pada masa ini .
Jawapan kesalahan bahasa
meresmikan ----------------------------------- merasmikan
tafsir---------------------------------------------- taksir
pendalaman------------------------------------ pedalaman
Cari kesalahan bahasa dalam setiap ayat
Pembelajaran di talian antara murid dengan guru dilihat dapat meningkatkan kemahiran teknologi .
Sektor pertanian seringkali diterajui oleh golongan berumur dan berkemahiran rendah .
Teknik pertanian susun-tindih dan teknologi hidroelektrik hanya memerlukan tanah yang minimum berbanding dengan pertanian konvensional .
Penyuntingan bahasa
Dalam petikan di bawah, terdapat 6 kesalahan bahasa.
Petikan 1
Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak ekonomi negara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dan kapalterbang.
Penyuntingan bahasa
Bahan 1
Terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa di bawah . Cuba cari kesalahan bahasa tersebut .
BALING - Debaran lebih 100 calon ujian lesen memandu kereta dan motorsikal di sebuah pusat latihan memandu di sini hilang seketika selepas menyertai kempen Kibar Jalur Gemilang.Pengarah Urusan Pakatan Latihan Memandu Baling, Muhammad Mumtaz Zulkifli berkata,syarikat berkenaan mewujudkan kempen berkenaan lebih awal bertujuan memberi kesedaran tentang bulan kemerdekaan. Menurutnya, inisiatif ini diharapkan mampu menarik lebih ramai rakyat menunjukkan semangat kemerdekaan yang sama sekaligus memupuk rasa patriotik dan cinta akan negara. "Kita turut memasang Jalur Gemilang pada semua kenderaan pusat latihan memandu dan kawasan sekitar," katanya menjelaskan tentang kempen berkenaan.
Cari kesalahan bahasa dalam setiap ayat di bawah
1.Kesiapsiagalan dalam industri pelancongan atau tourism readiness merujuk kemampuan sebuah destinasi atau industri pelancongan menangani situasi darurat atau bencana serta menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelancong.
2.Pekerjaan berasaskan routin bagi pekerja wanita berkemahiran rendah juga menjejaskan penyertaan tenaga buruh golongan itu .
3. Orang Cina Peranakan ramai yang terbabit dengan warisan budaya Kelantan antara bermain wayang kulit.
4. Beribu peniaga tempatan dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan
5. Penggunaan bahasa lisan yang difahami oleh pesakit amat penting bagi memastikan keberkesan petua dan arahan penjagaan kesihatan yang disampaikan .
6.Sistem perhubungan industri di Malaysia adalah warisan penjajahan British, yang telah dan masih digunakan untuk menindaskan hak pekerja.
7. Untuk merombak landskap buruh di negara ini, tindakan perlu diambil secara berbeza dan beberapa perspektif baru diperlukan.
8. Pihak berkuasa merampas produk tiru bernilai sepuluh juta ringgit.
Jawapan
1. Kesiapsiagalan------------------------ Kesiapsiagaan
2. routin------------------------- rutin
3. antara------------------------ antaranya
4. beribu-------------------------- beribu-ribu
5. keberkesan----------------- keberkesanan
6. menindaskan-------------- menindas
7. baru------------ baharu
8. tiru---------------tiruan
Nota bahasa istana
1.baginda- dia (rakyat menyapa raja)
2. bahtera-perahu
3. beradu- tidur
4. berangkat- berlepas
5. bercemar duli- pergi ke/ berjalan
6. berkenan- suka akan/sudi
7. berputera- beranak
8. bersiram- mandi
9. permaisuri- isteri
10. makhota- topi
11.titah - kata, perintah
12. paduka bonda - ibu
Penyuntingan bahasa
Petikan ini mengandungi 11 kesalahan bahasa. Sila betulkan perkataan tersebut.
Jika ada peruntukkan dan lokasi yang sesuai eloklah jejantas dibina kerana anak-anak boleh melimpas jalan dengan selamat. Pihak sekolah dengan bantuan PIBG juga perlu mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan yang bertindak sebagai warden trafik ketika waktu puncak. Malah tawaran Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal lalu lintas di kawasan sekolah juga wajar
ditimbangkan. Pihak polis pula diharap dapat mengatasi masalah lebih berat seperti gangsterisme, penyalah gunaan dadah dan berbagai jenayah lain membabitkan pelajar sekolah disamping kes penculikan di luar kawasan sekolah. Rondaan secara kerap oleh anggota polis untuk melakukan intipan secara berjadual wajar dilaksanakan supaya dapat mencegah kejadian penculikan dan pelbagai salah laku jenayah di kalangan pelajar sekolah daripada terus berleluasa. Kita tidak mahu selepas sesuatu kejadian itu berlaku barulah masing-masing menuding jari menyalahkan pihak lain. Dalam hal ini, baik dalam perimeter sekolah mahu pun di luar pagar sekolah, perkara pokoknya adalah tahap keselamatan anak-anak kita.
Jawapan
1. Peruntukkan----------- peruntukan
2. kerana----------- supaya
3. melimpas------------ melintas
4.ditimbangkan---------------- dipertimbangkan
5. gangsterisme------------------- gengsterisme
6.penyalah gunaan--------------- penyalahgunaan
7.berbagai----------------- pelbagai
8. disamping----------------- di samping
9. di kalangan-------------------- dalam kalangan
10. mahu pun-------------------- mahupun
11. adalah------------------------ ialah
Kata tepat
Pilih jawapan yang betul.
1.Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.
A. baik
B. mujarab
C.berperisa
D. pahit
2.Shasha ............................memikirkan masalah yang dihadapinya.
A. keliru
B. matang
C. binggung
D. benggang
3. Pada masa lapang, nelayan itu akan ............................. jalanya yang rosak.
A. menyirat
B. menenun
C. menjahit
D. menyulam
Simpulan bahasa
Anak bapak- anak kesayangan bapa.
Anak cucu- keturunan/zuriat
Curi hati- cuba memikat
Busuk hati- niat yang jahat
Darah putih- darah golongan bangsawan
Penyuntingan bahasa.
Terdapat kesalahan bahasa di dalam petikan tersebut. Sila cari kesalahan bahasa tersebut.
Sudah menjadi kebiasaan, rumah terbuka mampu mengetatkan hubungan kejiranan di dalam
kalangan anggota masyarakat. Oleh hal demikian, rumah terbuka wajar diteruskan demi
untuk kebaikan sesama. Walaubagaimanapun, yang dipersoalkan adalah kesan negatif
rumah terbuka yang jarang-jarang dijadikan isu. Rumah terbuka di Malaysia bermaksud
majlis keraian sesuatu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama
dengan tujuan memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
Jawapan penyuntingan bahasa
mengetatkan----- mengeratkan
di dalam------------- dalam
demi untuk--------- demi
sesama-------------- bersama
walaubagaimanapun--------walau bagaimanapun
adalah---------------- ialah
Cari kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat di bawah.
1. Untuk menguasai bahasa Inggeris, kita perlu ada motivasi intrinsic yang mampu memuaskan diri kita sendiri tanpa mengikut orang lain.
2. Melatih diri kita untuk berfikiran dalam bahasa Inggeris adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk membiasakan diri kita dengan penggunaan bahasa Inggeris.
3.Ketidaksepadan kemahiran dan ketidaksesuaian kualifikasi dengan keperluan industri mempunyai hubungan dengan kadar pengangguran.
4.Kerajaan boleh mempertimbang pelaksanaan sekatan umur untuk akaun media sosial, mengawal selia kandungan dalam talian yang tidak sesuai juga mengadakan kempen kesedaran risiko penggunaan media sosial.
5.Dia berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Jawapan kesalahan tatabahasa
1. intrinsik
2. berfikir
3. ketidaksepadanan
4. mempertimbangkan
5. untuk
Gariskan perkataan yang sesuai bagi setiap ayat.
Pelancong asing kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang ( bengis , ramah , kedekut ).
Alan jatuh terlentang kerana berlari di lantai yang ( kasar, licin , leceh ).
Warna ( hitam , putih , gelap , cerah ) ialah warna yang melambangkan kesucian.
Kami memakai pakaian yang ( nipis , tebal , comot ) ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.
Kepalanya ( benjol , bulat ,bulat , berat ) kerana terhantuk dinding.
Bahan -bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1:
BALING - Debaran lebih 100 calon ujian lesen memandu kereta dan motorsikal di sebuah pusat latihan memandu di sini hilang seketika selepas menyertai kempen Kibar Jalur Gemilang. Pengarah Urusan Pakatan Latihan Memandu Baling, Muhammad Mumtaz Zulkifli berkata, syarikat berkenaan mewujudkan kempen berkenaan lebih awal bertujuan memberi kesedaran tentang bulan kemerdekaan. Menurutnya, inisiatif ini diharapkan mampu menarik lebih ramai rakyat menunjukkan semangat kemerdekaan yang sama sekaligus memupuk rasa patriotik dan cinta akan negara. "Kita turut memasang Jalur Gemilang pada semua kenderaan pusat latihan memandu dan kawasan sekitar," katanya menjelaskan tentang kempen berkenaan.
Jawapan
1 motorsikal - motosikal
2 mewujudkan - melancarkan / mengadakan / melaksanakan
3 memberi - memberikan
4 sekaligus - sekali gus
5 menjelaskan tentang - menjelaskan
Cari kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan.
1. Bagi lelaki yang dikatagerikan sebagai gagal menjadi seorang suami dan ayah , mereka sering dimalukan dengan panggilan dayul.
2. Panggilan buruk hampir membuatkan keluarganya borak-peranda kerana perasaan egonya tercalar.
3. Pihak berkuasa tempatan mengarahkan anggota pasukan keselamatan tambahan di Bandar-bandar utama untuk mengawak rusuhan .
4. Seorang lelaki maut dipercayakan digilis kereta api di Kampung Tanjung.
5. Guru perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran melalui pembubaran idea dan celik digital bagi menyokong pendidikan generasi masa depan .
6. Selepas contractnya di syarikat tersebut tamat , dia pun kembali ke Bangladesh .
Jawapan bahasa
1. dayul-----dayus
2. borak-peranda-------- porak-peranda
3. mengarahkan----mengerahkan .
4. dipercayakan----dipercayai
5. pembubaran ----- pembugaran
6. contractnya---------kontraknya.
Cari kesalahan bahasa atau tatabahasa pada ayat di bawah.
1. Saya terkejut bila Lili menjerit di luar rumah .
2. Bayi itu lapar hingga dia menangis.
3. Ramai orang yang hadir dalam majlis itu.
4. Kakak sedang menggolong tikar di ruang tamu.
5. Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama pada minggu ini.
6. Kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan.
7. Para penganjur tidak menghiraukan keburukan yang berlaku kerana mereka lebih
mementingkan keuntungan mata-mata.
8. Hotel Seri Malaysia yang saya tumpangi itu menawarkan potongan harga.
Jawapan:
1. Bila
2. Maka
3. Banyak . Ramai biasanya digunkan untuk menunjukkan suasana atau keadaan .
4. menggulung
5. mempertontonkan
6. pemakanan
7. mata-mata menjadi semata-mata.
8. Tumpangi menjadi tumpang
Ilmu peribahasa
Gali lubang tutup lubang ----pinjam wang untuk bayar hutang .
Gatal mulut------- suka cakap keburukan orang.
Gigit jari--------- menyesal
kain basah kering di pinggang----amat miskin
Lurus akal ------jujur
pacat ingin menjadi ular---- orang yang miskin berlagak menjadi orang kaya.
Ilmu peribahasa
Gali lubang tutup lubang ----pinjam wang untuk bayar hutang .
Gatal mulut------- suka cakap keburukan orang.
Gigit jari--------- menyesal
kain basah kering di pinggang----amat miskin
Lurus akal ------jujur
pacat ingin menjadi ular---- orang yang miskin berlagak menjadi orang kaya.
Cari kesalahan bahasa /ejaan .
1.Melanjutkan pengajian adalah pemulaan kepada fasa kehidupan yang lebih mencabar.
2. Manfaatkan sepenuhnya kemudahan disediakan untuk memaksimumkan pembelajaran dan pengalaman yang anda peroleh di university.
3.Peristiwa tragisi sebegini mampu dielakkan sekiranya faktor penyumbang kepada kemalangan ngeri dikaji dan diperhalusi
Jawapan.
permulaan
universiti
tragis
Kosa kata penting
1. pembugaran --- pemulihan semula , pembaikian semula
2. memugari---- memperbaiki, memperelok semula.
3. kuli---- kadam
4. kamil-- sempurna, lengkap
5. keti -seratus ribu.
6. lepau--- kedai kecil
7. merantau di sudut darpu--- merantau dekat
8. merasai masin garam-----mengalami susah hidup
9. merdeka ayam--- boleh buat sesuka hati
10. menyolok mata--- dibenci
11. minta jalan--- minta izin untuk lalu
12. minum madat--- menghisap candu
13. minyak urat--- kata-kata manis untuk menggoda
14. mulut gatal-- tidak hati-hati cakap...
15. musim piama- musim menanam padi
16. naik hati---sombong
17.Lepuh----pembentukan gelembung berair pada kulit..
18. penyondol--- wanita yang merampas suami orang
19. gigi ronggak-- gigi yang banyak tanggal.
20. leweh----terlalu banyak hingga melimpah.
Cari jawapan yang betul .
Aman tidak suka makan ubat itu kerana rasanya pahit seperti____________.
A. jadam B.hempedu C. akar kayu D.kopi
2.Sejak Abu terlantar di atas katil selama 2 bulan, badan Abu _____________ seperti lidi.
A. panjang B.runcing C.kurus D. rapuh
3.Jalan raya yang berturap itu memudahkan kami __________________ ke tempat kerja.
A. ulang-alik B.pindah-randah C. mundar-mandir D.lalu-lalang
Peribahasa melayu
Patah sayap bertongkat paruh---------terus berusha dengan tidak putus harap.
Apa boleh buat , sakit menimpa sesal terlambat------------sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi .
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh --------orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang------ gagah atau angkuh kerana harta orang lain .
Setinggi-tinggi melanting , jatuhnya ke tanah juga-----pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal .
Cari kesalahan bahasa atau ejaan dalam setiap ayat.
1. Saya terpaksa mencari rata-rata Malaysia termasuk pergi ke Kelantan untuk mendapatkan biji benih .
2. Pihak penyelidik berusaha menjalankan penyelidikan lebih meluas bagi mengenalpasti lokasi sesuai untuk pengenalan ketam ke habitat asal.
3. Pelajar kini banyak menghabiskan masa dengan media sosial membuat mereka kurang membaca surat khabar atau bahan bacaan lain yang sarat dengan isu semasa.
Jawapan ;
1. Rata-rata-------- serata
2. Mengenalpasti--------- mengenal pasti
3. Membuat------ membuatkan
Kesalahan bahasa/tatabahasa--------24.4.24
Cari kesalahan yang ada dalam setiap ayat.
Taib merasa kecewa apabila permohonnya ke universiti ditolak.
Kad jemputan perkahwinan saudara telah saya terima.
Kami akan mengundang abang di lapangan terbang.
Jawapan.
1.merasa------berasa
2. jemputan------undangan
3. mengundang------ menjemput