Kelebihan E- Wallet .
Terdapat banyak kelebihan yang pelanggan dapat nikmati melalui penggunaan E-dompet di negara ini . Di Malaysia , penggunaan e-wallet tidak ganjil lagi selepas negara ini dilanda pandemik kovid-19 . E-wallet telah digunakan secara berleluasa untuk membayar segala urusan harian seperti bil telefon, bil air dan lain-lain secara mudah .
Kelebihan E-dompet yang paling ketara ialah perkhidmatan yang pantas dan segera. Pada masa kini , kebanyakan orang sudah tidak mempunyai kesabaran untuk beratur di mesin ATM untuk mengeluarkan wang demi membayar urusan harian . Tambahan pula , peniaga dan pengguna tidak perlu runsing lagi untuk memncari duit baki bagi setiap transaksi yang dibuat . Semua masalah duit baki ini dapat diselesaikan dengan mudah melalui penggunaan E-wallet di mana pengguna tidak perlu runsing mengenai duit baki lagi. Transaksi yang dibuat juga menjadi pantas melalui keadah ini.
Kebanyakan pengguna tidak mempunyai masa untuk mencatat segala transaksi yang dibuat dalam masa sehari . Aplikasi E-wallet ini membolehkan pengguna melihat segala transaksi yang dibuat dalam masa sehari . Pengguna juga akan menjadi berhemah dalam segala perbelanjaan mereka.
Seterusnya , pandemik kovid-19 ini telah menyebabkan banyak pengguna takut untuk menggunkan wang tunai kerana takut dijangkiti kovid-19 yang masih berleluasa. E-dompet membantu pengguna menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan transaksi seharian melalui transaksi tanpa tunai . Pengguna tidak perlu lagi membawa wang tunai semasa berbelanja di luar. Melalui cara ini , risiko jangkitan juga dapat dikurangkan ke tahap minimum.
Kelebihan E- wallet di Malaysia tidak dapat disankangkal lagi . E-wallet telah membawa banyak kelebihan kepada pelanggan serta peniaga . Oleh itu, orang ramai diseru untuk menggunakan aplikasi e-wallet yang mempunyai banyak kebaikan untuk semua orang .
Hutan banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia sejagat. Berikan komen anda.
Hutan adalah kurniaan tuhan kepada manusia. Hutan adalah milik semua warga bumi iaitu manusia dan haiwan . Manusia hanya diberikan tanggungjawab untuk menjaga hutan tersebut. Tambahan pula, hutan banyak memberikan
sumbangan kepada manusia .
Hutan boleh menyederhanakan suhu bumi . Suhu bumi yang semakin meningkat adalah petanda hutan yang dibersihkan secara besar-besaran oleh manusia. Hutan yang luas boleh menyederhankan suhu bumi kerana ia menyerap cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Oleh itu, kebanyakan orang tidak menyedari suhu yang bahang pada waktu tengah hari semasa mereka berada di dalam hutan .
Hutan juga membekalkan banyak sumber bahan mentah untuk industri-industri tempatan . Hutan di Malaysia kaya dengan kayu-kayu keras seperti bahau, jati , meranti dan lain-lain. Kayu-kayu ini sesuai dijadikan bahan-bahan binaan .Selain itu, kayu balak yang ada juga boleh dieksport ke luar negara untuk mendapat mata wang asing. Hutan yang ada di Malaysia juga kaya dengan pelbagai herba . Akar, kulit ,daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesis tumbuhan sesuai dijadikan bahan ubat .
Hutan juga adalah kawasan tadahan hujan yang penting untuk manusia . Hutan yang ada bertindak sebagai span untuk menyerap air serta mengalirkan air ke sungai ,empangan , kolam dan tasik. Air yang ada diserap ke dalam tanah dan ditapis secara semula jadi menjadi air bersih. Tanpa hutan , manusia tidak akan mempunyai bekalan air yang mencukupi. Kehidupan seharian kita menjadi senang kerana adanya kawasan tadahan hujan.
Hutan juga penting untuk aktiviti pelancongan .Banyak pelancong ingin melihat keindahan alam semula jadi yang ada di dalam hutan kita. Pelancong yang datang boleh melihat keindahan hutan kita serta binatang liar yang ada di dalam hutan kita . Ini sekaligus menaikkan pendapatan negara serta peluang pekerjaan bagi rakyatnya. Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti pelancongan pula boleh dimanfaatkan untuk penjagaan hutan .
Hutan yang luas juga boleh mencegah masalah banjir yang semakin giat berlaku terutamanya di bandar besar. Ini adalah kerana hutan yang luas dapat menyerap air yang berlebihan melalui akarnya. Oleh itu, kita perlu menghargai hutan yang ada di Malaysia .
Kesimpulannya, hutan banyak memberikan sumbangan kepada manusia sejagat dalam kehidupan seharian. Kita harus berbanngga dengan hutan tebal yang masih ada di Malaysia.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah mat rempit di Malaysia .
Kebelakangan ini , surat khabar yang ada di Malaysia sering menyiarkan berita yang berkaitan dengan mat rempit . Mat Rempit adalah golongan pemuda yang membuat aksi lajak dengan motorsikal mereka. Tindakan mereka telah mengundang kepada pelbagai masalah sosial di Malaysia . Untuk mengatasi masalah ini, tindakan tegas wajib diambil untuk mengatasi masalah mat rempit di Malaysia .
Langkah pertama yang boleh diambil untuk mengatasi masalah mat rempit adalah melalui pendidikan di rumah dan di sekolah . Mat Rempit harus diajar melalui asuhan dan diberi hobi yang bermanfaat supaya mereka tidak terjebak ke dalam budaya mat rempit yang semakin berleluasa di Malaysia .Ibubapa haruslah meluangkan masa untuk mengetahui segala tindakan yang diambil oleh anak mereka. Ibubapa haruslah tahu pergerakan anak mereka sekiranya mereka bercadang untuk membeli motorsikal bagi anak mereka. Ini adalah sangat penting supaya mereka tidak menggunakan motorsikal tersebut untuk menjadi mat rempit. Sekolah juga memainkan peranan yang penting di mana pelajar sekolah perlu tahu akibat yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya mereka menjadi mat rempit.
Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakan pencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa.Sekiranya langkah ini diambil pada peringkat awal, masalah mat rempit senang diurus oleh kerajaan dan orang ramai . Tambahan pula, kawasan sekeliling menjadi lebih selamat dan tenteram .
Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Iklan yang ada juga boleh ditayangkan di pawagam untuk mengingatkan masyarakat tentang keburukan menjadi seorang mat rempit.
Kementerian Pengangkutan juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala mat rempit di kalangan pemuda-pemudi . Kementerian Pengangkutan boleh berganding bahu dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya, Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankan Kempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala mat rempit. Sekiranya masalah tersebut terlalu serius, mat rempit juga boleh digantung lesen kenderaan supaya mereka tidak boleh menunggang motorsikal untuk masa tertentu .
Ulasan -ulasan yang ada di atas mampu mengatasi masalah mat rempit yang semakin berleluasa di negara kita . Langkah -langkah ini hanya akan berkesan sekiranya semua pihak berganding bahu dalam mengatasi masalah sosial ini.