Saya menyediakan maklumat berguna tentang bahan Pendidikan Jasmani dalam tajuk olahraga asas secara menyeluruh merangkumi DSKP dan Buku Teks. Bagi memenuhi tugasan PJMS 3152 saya mencipta laman web digital untuk subjek Pendidikan Jasmani mengenai tajuk olahraga asas bertujuan untuk menyediakan platform interaktif yang memudahkan murid memahami konsep asas berlari, lompatan, dan balingan untuk memenuhi kehendak tugasan PJ. Laman web ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran secara aktif melalui sumber multimedia seperti video, grafik, dan kuiz yang menarik. Objektif utamanya meningkatkan kefahaman murid dalam perlakuan Olahraga Asas yang lebih efektif melalui pembelajaran interaktif, memupuk minat keterlibatan murid secara aktif di dalam kelas dan menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan murid untuk meneroka ilmu dalam teknologi digital.