Berubah kerana Dia atau si dia? oleh Budak Bawang
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ...
Ok.. Firstly Alhamdulillah sangat Allah masih bagi peluang bernyawa lagi kat dunia Allah yang cantik, indah ni untuk hamba Dia seorang ni yang banyak sangat lupa pada Dia. Bila susah kau bukan main cari Dia nangis2 (*nangis mcm tengah kupas bawang) tersedu2 kau, bila kau senang sikit mula laa lupa habis Dia (*ok dh mula nak touching nih). Yalaa banyak sangat jalan kau (diri sendiri) ikut tapi cuba balik kau pikir, betul ka jalan2 yang kau ikut selama nih (*bermonolog dalaman! ~~) persoalan demi persoalan bermain dalam otak kau masa tu (*termenung) mencari jawapan untuk tanda tanya kau selama ni, jalan keluar untuk kau keluar dari jalan yang selama ni kau harungi.
Weyh "Bawang" (to dear self) kau kena sedar and bersyukur weyhh. Allah rindu kau tuh, yaka sebab? Tegur seorang member aku yang kadang-kadang boleh tahan alim dia hahah
Ok sebabnya weyh dalam kau sibuk mengejar hal and kesenangan dunia, tapi Allah masih gerakkan hati kau untuk balik ingatkan Dia. Dalam kau keseorangan mencari jalan keluar weyh, Dia sahaja yang bantu kau. Jadi Alhamdulillah first step aku untuk kluar dari jalan kekosongan dalam hidup aku selama ni success weyh!.
Ok persoalannya kenapa dlm success first step aku tu tiba2 aku tertnya "berubah kerana Dia atau si dia"? Fuhhh haa nilaah sebabnya dalam perubahan aku tu kadang2 aku malu dengan orang sekeliling aku (*si dia tu bukan bermaksud gf or bf sahaja ok guys) yelaa tiba2 dalam kau berubah orang pandang kau ehh bajet alim arh dia ni! Paling teruk pun aku kena munafik arh sebenarnya dia nih (*berkaca mata). So kadang2 aku rasa down teruk tu tak perlu nak katalah sampai nak menyerah pun ada beb.
And.... Apa paling penting tiba2 kau sendiri yang tergerak hati kau (*nasib ada akal lagi kau ya bawang) kau nih sebenarnya berubah kerana Allah ka atau diorang tu? Ehh boleh pula kau cepat mengalah nak berubah balik ke jalan kau dulu disebabkan diorang.
Aduhh come on laa!. Gentle sikit hati tu.
Kau kena ingat Allah selalu ada bersama hamba2Nya yang betul2 perlukan dan inginkan bantuanNya. Jadi berubahlah kerana Dia, sebabnya Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kau bukan orang2 sekeliling kau yang mulut sentiasa nak jatuhkan kau. (well manusia beb)
So, jalan dan keputusan aku buat ni tak salah kan guys?
✏@budakbawang
“LIFE MUST GO ON BAWANG” and not just for me, but “KHAS UNTUK KORANG JUGA” GO ON untuk kembali ke jalan Pencipta kita.
Trend Cinta Kahwin Paksa -- A daydream or a nightmare?
Nadia Khan. Buat penggemar novel bergenre fixi, nama ini bukan lagi asing untuk didengar. Melalui peluang keemasan yang diperoleh daripada tugasan Sastera Kebangsaan, aku sekumpulan telah menemuramah penulis novel Gantung itu secara alam maya, bagi judul tugasan kami yang bertajuk Penulis Wanita. Tajuk tugasan ini diberikan sebagai satu platform untuk mahasiswa meneroka topik tersebut dan memberikan a sense of awareness terhadap penulis perempuan di Malaysia.
Alhamdulillah, temu bual secara keseluruhannya berjalan dengan lancar. Namun, terdapat sebuah pandangan daripada Nadia Khan yang sedikit sebanyak memberikan tamparan kepada aku dan rakan-rakan. Katanya, sama ada kita sedar ataupun tidak, apa yang menjadi minat bacaan kita itu sebenarnya mencerminkan diri kita ini yang bagaimana. Memandangkan tema perkahwinan dan domestic abuse adalah sesuatu yang popular di Malaysia, aku tertarik untuk bertanyakan pendapatnya. Ternyata, beliau sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang meminati bacaan berbentuk penderaan emosi dan mental dalam perkahwinan ini berkemungkinan memiliki trauma ataupun krisis diri yang belum diselesaikan melalui pengaruh daripada pengalaman ataupun keadaan sekeliling. Maka, menyelimuti diri dalam dunia percintaan yang penuh penyeksaan oleh lelaki yang bergelar suami sendiri boleh menjadi salah sebuah cara untuk berdepan dengan krisis tersebut.
Bagiku tidak ada salahnya untuk membaca cerita-cerita sebegitu. If that helps, why not? If there isn’t actual harm in it, go ahead. Coping mechanism orang berlainan mengikut individu itu sendiri. Atau seandainya tidak ada krisis dalaman dan individu itu hanyalah ingin membaca sekadar mengikut hiburannya, tiada yang haram pun di situ. Akan tetapi, apabila fenomena cerita-cerita cinta dan penderaan ini menjadi viral dan sebuah trend dalam masyarakat Malaysia bertahun-tahun lamanya sehingga diadaptasi menjadi cerita hangat pukul 7 petang, wujud beberapa soalan yang timbul. Sampai bilakah masyarakat kita akan dibayangi terus dengan kisah-kisah percintaan cliché sebegini? Tidak muakkah kita disajikan terus-terusan dengan cerita yang sama diulang layar berkali-kali di kaca TV dengan plot yang sama, watak yang sama sehingga akhir penceritaan atau endingnya juga dapat diagak daripada episode lima lagi.
Bercakap tentang plot yang sama, siapa agaknya yang masih belum dapat meneka apa yang aku maksudkan di sini? Watak lelaki yang menjadi hero dalam sesebuah karya seolah-olah wajib merupakan seorang hartawan (CEO sebuah syarikat), rupawan, macho, hot-tempered, kaki perempuan, bongkak, dan paling penting sekali, tidak dapat menerima isteri yang dijodohkan dengannya. Dan watak wanita pula? Mestilah seorang yang kurang daripada lelaki itu dalam segala aspek, kecuali agama dan akhlaknya. Perempuan itu haruslah lembut dan mengalah serta pasrah dengan apa sahaja yang disuakan oleh sang suami. Ingin mengejar title wanita solehah, bukan? Sehinggalah suatu hari nanti, lelaki itu akan berjaya dijinakkan oleh kelembutan hati si isteri yang seolah-olah tidak memiliki had kesabaran langsung.
Tampak manis. Memang tidak semua penceritaan yang membawa tema kahwin paksa itu hodoh. Lihat sahaja Nur Kasih yang menyulam elemen islamik dan cinta dalam pelbagai warna. Namun, tema kahwin paksa dan penderaan domestik ini terusan menjadi minat ramai pembaca terutamanya dalam kalangan wanita sehingga banyak cerita di Wattpad yang menghasilkan penulisan berbentuk domestik abuse, sehingga pemerkosaan antara suami isteri itu bukanlah perkara yang baru.
Bukanlah niat aku untuk bash mereka yang berminat dengan genre sebegitu. Namun, jika benarlah apa yang dikatakan oleh Nadia Khan bahawa nilai-nilai masyarakat itu dapat difahami melalui apa yang dibacanya, maka tidakkah menjadi sebuah kebimbangan apabila genre cinta yang sering dikombinasikan dengan penderaan menjadi tema hangat dalam budaya kita? Lebih menggusarkan adalah, adakah dalam diam cerita-cerita tersebut merupakan sebuah fantasi yang dirasakan romantik? Mungkin aku melompat terlalu jauh dalam merangka kesimpulan dan teori sendiri namun kemungkinan itu sentiasa ada.
Cinta itu pada asalnya sebuah elemen yang dipandang luhur dan indah. Cinta seharusnya menguatkan, bukan melemahkan. Maka, di saat kita terbuai-buai dengan kisah cinta romantik yang ghairah lagi beremosi, janganlah dilupakan untuk menyuburkan cinta kita pada perkara yang haknya. Penulisan artikel ini tidak lain tidak bukan untuk mengingati diri sendiri jua yang pernah meminati genre yang sama dalam medium bacaan.
Anak-anak Singa Menjadi Kijang by Ghuraba’ Dunia
Anak-anak singa yg menjadi kijang?
Ape wehhh??? tak faham..
relax guys..jom selami frasa ni...👂👀
Pada 1400 tahun yang lalu, ramai pemuda- pemudi yang sanggup mengorbankan segala jiwa dan harta mereka memperjuangkan islam, menunaikan kewajipan dakwah, serta sanggup berjalan beribu-ribu kilometer demi menuntut ilmu Allah maha Bijaksana..Tak tertinggal juga mereka juga sanggup menggendong tanggungjawab-tanggungjawab yang berat walaupun pada usia yang sangat muda..Segala puji bagi Allah.
Antara mereka, para sahabat nabi seperti Ali R.A yg berani menggantikan tempat tidur nabi, Usamah bin Zaid,yg bersungguh-sungguh berjumpa Rasulullah utk menyertai perang..namun permintaannya ditolak kerana usianya ketika itu sangat muda..Tidak lupa jugak para tabiin, seperti salah satu imam mazhab kita yang terkenal..iaitu imam Syafie..yang sanggup berjalan jauh dan meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu dengan imam Maliki ketika itu...Allahu Akbar...Sungguh berani dan himmah yg dimiliki mereka sangat tinggi...
Namun..............................
Berbeza dengan anak-anak muda zaman sekarang...berbeza 360 darjah...
Pemuda-pemudi sekarang lebih gemar berseronok,befoya-foya dan anti dengan tanggungjawab walhal tanggungjawab yg diberikan sangat ringan berbanding tanggungjawab2 lain..Mereka tidak suka untuk memikirkan perkara-perkara berat dan kritikal...namun lebih gemar untuk memikirkan hal2 yang remeh seperti masalah cinta dengan pasangan yg masih belum halal, di mana hendak lepak dan berseronok dan macam2 lagilah...Perkara begini pon sudah tidak mahu..apatah lagi bila diajak utk bejihad dan berjuang demi islam..pasti pelbagai alasan diberi utk menolak..pasti sudah terketar lutut utk menjalankan nya...Himmah dan keberanian utk memperjuangkan Islam kian menipis dalam anak muda Islam sekarang..😓😔
Terbukti konspirasi orang kafir telah berjaya dalam menanam perasaan takut dan lemah semangat untuk memperjuangkan Islam dalam kalangan anak-anak umat Islam sekarang..oh..pedih
Maka sedarilah anak2 muda..termasuk saya..tuntutlah ilmu banyak2..bukak mata..kenal dunia..buka mata hati..tengok umat sekarang ..tenatttt..tenat setenatnya..banyak penyelewengan sudah berlaku..kerana masa depan kita terletak pada tangan kita...pda diri kita..sensitiflah kepada masyarakat...berubah kepada lebih baik..tinggalkan segala keseronokan dan kesenangan melalaikan...
Singa2 berani yang menjadi kegerunan seluruh hidupan hutan,
kini menjadi kijang yang lemah,
yang hanya tahu berlari dan bersembunyi dari musuh,
bukan lagi singa yang suka menerkam dan mengejar musuh..😷😷🦁🦁🦌🦌
Maka jom lah sama2 kita muhasabah, dan bangkit dari kejatuhan ini..👊👊