PROJEK EMPANGAN HIDROELEKTRIK BAKUN
SEKTOR: TENAGA DAN INFRASTRUKTUR
SEKTOR: TENAGA DAN INFRASTRUKTUR
Empangan Bakun ialah sebuah empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan empangan batu dilitupi konkrit setinggi 205 meter, menjadikannya empangan tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia. Projek ini bertujuan untuk menjana sehingga 2,400 MW tenaga elektrik, dengan 30% digunakan di Sarawak dan selebihnya dirancang untuk disalurkan ke Semenanjung Malaysia melalui talian DC voltan tinggi merentasi Laut China Selatan. Pembinaan empangan ini memerlukan penempatan semula lebih daripada 9,000 penduduk asli, terutamanya dari komuniti Kayan dan Kenyah, ke penempatan Sungai Asap. Projek ini juga menenggelamkan kawasan hutan hujan seluas 700 km², yang setara dengan saiz Singapura, yang menimbulkan kebimbangan mengenai kerosakan ekologi dan sosial yang tidak dapat dipulihkan. Empangan Bakun mula beroperasi pada tahun 2011 dan telah menyumbang kepada penjanaan tenaga elektrik yang signifikan di Sarawak. Walau bagaimanapun, projek ini turut menghadapi kritikan berkaitan isu keselamatan, alam sekitar, dan hak-hak penduduk asal yang terjejas.
Objektif Empangan Hidroelektrik Bakun
1) Menjana tenaga hidroelektrik.
Menghasilkan sehingga 2,400 MW tenaga elektrik untuk memenuhi keperluan tenaga di Sarawak dan kawasan lain.
2) Membangunkan ekonomi wilayah.
Merangsang pembangunan industri dan infrastruktur serta menarik pelaburan ke Sarawak.
3) Mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.
Menyokong tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan gas pelepasan rumah hijau.
PIHAK BERKEPENTINGAN
Sarawak Energy Berhad: Menguruskan penjanaan dan pengagihan elektrik.
Kerajaan Persekutuan dan Negeri: Membiayai dan mengawal selia projek.
Komuniti Asal: Terjejas oleh penempatan semula dan perubahan alam sekitar.
NGO dan Pencinta Alam Sekitar: Memantau kesan sosial dan ekologi.
Lebihan Kos dan Kelewatan: Projek Bakun pada mulanya dianggarkan bernilai RM2.5 bilion pada awal 1980-an tetapi meningkat kepada kira-kira RM15 bilion pada masa ia siap pada 2011. Peningkatan kos boleh dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya Krisis Kewangan 1997-98 dan kadar faedah yang meningkat (Del Gallego-Ngo, 2013) .
Pembiayaan dan Beban Hutang: Pembiayaan untuk Empangan Bakun diperoleh terutamanya melalui pinjaman dan bon. Entiti milik kerajaan seperti Sarawak Energy Berhad (SEB) mengambil alih pemilikan empangan itu, membiayai semula hutang melalui terbitan bon.
Sebagai contoh, Bakun Hydro Power Generation Sdn Bhd menerbitkan bon sukuk untuk membiayai semula hutang RM5.5 bilion (RAM Ratings Reaffirms Bakun Hydro’s AAA/Stable Issue Rating, n.d.). Walau bagaimanapun, komitmen kewangan ini memberi tekanan yang ketara kepada sumber awam, dengan jadual pembayaran balik berlanjutan selama berdekad.
Kehilangan Habitat dan Biodiversiti: Pembinaan empangan ini menyebabkan penenggelaman kawasan hutan hujan seluas 69,640 hektar, mengakibatkan kehilangan habitat bagi banyak spesies flora dan fauna. Antara spesies yang terjejas termasuk 10 spesies yang dilindungi sepenuhnya seperti burung enggang dan monyet daun perak, serta 25 spesies lain yang dilindungi. Kesan ini membawa kepada penurunan biodiversiti di kawasan tersebut. (William et al.,1995)
Peningkatan Gas Rumah Kaca: Empangan Bakun menjadi sumber pelepasan gas rumah kaca seperti karbon dioksida dan metana. Ini berpunca daripada pereputan bahan organik yang terendam di dasar empangan, menyumbang kepada perubahan iklim (Keong, 2003).
Impak terhadap Teknologi dan Inovasi: Projek ini membuka jalan kepada kemajuan teknologi dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan hidroelektirik boleh meningkatkan inovasi dan menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau rantau ini. Generasi muda boleh memanfaatkan peluang ini untuk membangunkan kepakaran dan teknologi baharu dan mampu menyumbang kepada pembangunan mampan (Emodi et al., 2015).
Impak kepada warisan budaya: Empangan Bakun memberi kesan besar kepada ekosistem dengan menenggelamkan kawasan luas hutan dan habitat semula jadi. Kawasan bakun yang kaya dengan sejarah dan budaya turut hilang. Walau bagaimanapun, inisiatif pemuliharaan dan dokumentasi warisan boleh meningkatan kesedaran untuk melindungi sumber semula jadi dan budaya tempatan (Yusoff et al., 2022). Justeru, generasi masa hadapan boleh belajar daripada kesan ini untuk membangunkan projek yang lebih lestari.