Kumpulan 7
Pengenalan
Pembangunan infrastruktur merujuk kepada penyediaan dan peningkatan kemudahan fizikal seperti jalan raya, bekalan elektrik, sistem air bersih, dan kemudahan awam lain yang penting untuk menyokong kehidupan seharian serta pertumbuhan ekonomi. Projek pembangunan infrastruktur adalah lazimnya melibatkan kerjasama antara dua pihak iaitu pihak kerajaan, sektor swasta, dan komuniti tempatan bagi memastikan pembangunan yang mampan serta berkesan. (Shafil et al., 2021). Dengan adanya projek pembangunan infrastruktur yang baik, ia bukan sahaja meningkatkan taraf hidup masyarakat, tetapi juga membantu merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar serta merangsang peluang pekerjaan dan pelaburan untuk penduduk setempat di kawasan tersebut.