ILMU, AKHLAK, AMAL
Pusat Sumber Abu Jaafar Al-Madani merupakan sebuah pusat ilmu yang mampu memuatkan seramai 50 orang murid pada satu-satu masa. Ruang yang luas dan selesa ini merupakan tumpuan pusat bagi para murid meluangkan masa selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pusat Sumber ini juga menyediakan bahan bacaan yang meliputi pelbagai kategori seperti majalah, kamus, ensiklopedia dan lain-lain. Tambahan pula, terdapat kemudahan teknologi juga disediakan seperti komputer, layar projektor dan mesin cetak bagi melahirkan murid yang cekap dalam penggunaan teknologi.
Bagi mengoptimumkan penggunaan ruang ini, Pusat Sumber Abu Jaafar Al-Madani juga menyediakan sudut permainan dalaman sebagai satu usaha agar murid-murid dapat meluangkan masa lapang dengan sebaiknya.
Secara kesuluruhan, Pusat Sumber Abu Jaafar Al-Madani bukan sahaja sebagai tempat membaca buku semata-mata. Ia juga merupakan satu pusat yang menumpukan perkembangan ilmiah murid-murid SMART secara menyeluruh.