ILMU, AKHLAK, AMAL
Sabtu, 12 April 2025 - Seramai 59 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bersama 10 orang guru pengiring telah mengikuti program lawatan sambil belajar ke Muzium Perang Pulau Pinang, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Masjid Busyra. Program anjuran Unit Kokurikulum ini bertujuan memberi pendedahan luar bilik darjah melalui aktiviti seperti lawatan berpandu, sesi taklimat oleh petugas serta kuiz berkumpulan. Lawatan ini bukan sahaja menyeronokkan, malah turut memperkayakan pengetahuan pelajar dalam aspek sejarah dan dakwah.