ILMU, AKHLAK, AMAL
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tambun
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (SMART) merupakan sebuah sekolah menengah tahfiz yang terletak di LOT 550064, Tanah Hitam, Mukim Hulu Kinta, 31250 Ipoh. Bermulanya pecah tanah sekolah ini pada 26 November 2018 yang dirasmikan YAB Menteri Besar Perak.
Pembangunan sekolah ini diteruskan pada tahun 2024 pada tarikh 8 Mac 2024 sekolah ini telah siap sepenuhnya dan majlis penyerahan kunci diadakan di Dewan Imam 'Asim.
Sekolah ini juga dibina bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam akademik serta hafazan Al-Quran.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Shuah bin Halim, yang memulakan pentadbiran dan meletakkan asas pendidikan di SMART. Selepas beliau, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki bin Mohamed Yusof mengambil alih tanggungjawab sebagai pengetua kedua, meneruskan usaha memantapkan institusi ini. SMART kini mempunyai seramai 60 orang murid dan 90 orang murid pada 19 Januari 2026 dan dibantu oleh 24 orang guru dan staf sokongan. Dengan komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan dan tenaga pengajar, SMART berusaha menjadi institusi pendidikan tahfiz yang unggul, bukan sahaja dalam hafazan Al-Quran tetapi juga dalam pembinaan sahsiah dan akademik pelajar.