ILMU, AKHLAK, AMAL
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK TAHUN 2026
Permohonan dibuka mulai 15 September hingga 15 Oktober 2025.
Permohonan secara atas talian di https://e-smanperak.my
Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak.
Sukacita dimaklumkan pengisytiharan jumaat surau Imam Syu'bah telah disempurnakan oleh AF Ustaz Nor Hilmi bin Salimi Khoiren, Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh pada 15 Ogos 2025.
Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran sekolah menjemput warga sekitar yang berdekatan untuk solat jumaat di sini termasuk cuti sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Melakar Roh Insani telah diadakan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2025 bertempat di Dewan Imam 'Asim, SMART. Kehadiran yang memberangsangkan menggambarkan sokongan padu daripada ibu bapa serta komitmen tinggi pihak sekolah dalam memastikan perkembangan murid sentiasa berada pada landasan yang terbaik.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi mesyuarat diikuti oleh amanat daripada Pengetua sekolah. Mesyuarat turut membuka ruang kepada ahli dan waris untuk mengemukakan usul dan cadangan. Perbincangan ini berlangsung dengan baik dan penuh semangat kerjasama, memperlihatkan kesungguhan semua pihak dalam menyumbang ke arah pembangunan sekolah.
Selesai mesyuarat, acara diteruskan dengan majlis HARMONI. Dalam sesi ini, guru Al-Quran dan guru mata pelajaran berpeluang menyampaikan laporan pencapaian akademik serta sahsiah murid secara terus kepada ibu bapa. Pertemuan ini memberi ruang kepada waris untuk berbincang mengenai perkembangan anak-anak mereka dan mendapatkan penjelasan berhubung langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil. Perbincangan dua hala ini amat bermakna kerana ia membuka jalan kepada strategi baharu dalam membantu murid mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung PIBG dan majlis HARMONI berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Semua pihak yang hadir memberikan kerjasama yang baik, dan di akhir majlis, ucapan penghargaan telah disampaikan kepada semua yang terlibat. Harapan besar diletakkan agar hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan, sekaligus memastikan murid-murid dapat berkembang dengan seimbang dalam aspek akademik, kokurikulum dan perkembangan sahsiah.