ILMU, AKHLAK, AMAL
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (SMART) merupakan sebuah sekolah menengah tahfiz yang terletak di LOT 550064, Tanah Hitam, Mukim Hulu Kinta, 31250 Ipoh. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2024 dengan tujuan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam akademik serta hafazan Al-Quran.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Shuah Bin Halim, yang memulakan pentadbiran dan meletakkan asas pendidikan di SMART. Selepas beliau, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Bin Mohamed Yusof mengambil alih tanggungjawab sebagai pengetua kedua, meneruskan usaha memantapkan institusi ini.
SMART kini mempunyai seramai 58 orang murid dan dibantu oleh 26 orang guru dan staf sokongan. Dengan komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan dan tenaga pengajar, SMART berusaha menjadi institusi pendidikan tahfiz yang unggul, bukan sahaja dalam hafazan Al-Quran tetapi juga dalam pembinaan sahsiah dan akademik pelajar.