Pengurusan Tenaga Dan Perubahan Iklim
Pengurusan Tenaga Dan Perubahan Iklim
Penggunaan Nissan Serena S-Hybrid, sebuah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui di Malaysia
Ketuhar gelombang mikro dengan pengiktirafan 5 bintang kecekapan tenaga bagi kemudahan di ruang pantri. Peralatan ini telah diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai produk berkecekapan tinggi, yang dapat mengurangkan penggunaan elektrik tanpa menjejaskan keberkesanan pemanasan dan penyediaan makanan
Jabatan turut menggunakan penapis air/dispenser model LG WD518AN yang direka untuk penjimatan tenaga
Pelaksanaan Program “Amalan dan Penggunaan Peralatan Cekap Tenaga” ini dirangka dengan beberapa objektif utama, iaitu:
Meningkatkan kesedaran warga institusi mengenai kepentingan penjimatan tenaga dan amalan penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap.
Memberi pendedahan tentang peralatan cekap tenaga dan cara penggunaannya yang betul bagi mengurangkan pembaziran tenaga.
Menggalakkan budaya hijau dalam kalangan warga institusi melalui kempen, aktiviti interaktif, dan perkongsian ilmu berkaitan kecekapan tenaga.
Menyokong usaha kerajaan dalam mencapai sasaran pembangunan mampan (SDG) serta pengurangan pelepasan karbon demi kelestarian alam sekitar.
Mengurangkan kos operasi melalui pengaplikasian teknologi hijau dan amalan penjimatan tenaga yang sistematik.